Edika Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Edika Yusof
[[File:nona-6-1-336x420 = birth_date = (1967-04-23) 23 April 1967 (umur 53)|frameless|upright=1]]
Kelahiran
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1989—1997
2017—kini
PasanganNorhidayah Yusri
Anak3

Edika Yusof (lahir 23 April 1967) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pelakon dan model iklan yang popular di era 90an ini berasal Dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Meskipun kerap membawa watak anak orang kaya, bongkak tetapi sebenarnya dia berasal dari keluarga biasa.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Edika Yusof dilahirkan pada 1967 dan berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Edika menceburi bidang seni secara tidak sengaja, apabila dia menjalani ujibakat semasa bekerja sebagai pelayan di sebuah resort di Cherating, Pahang.[1]

Ketika usianya menjangkau 18 tahun, dia terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kerana perlu mencari pekerjaan. Ketika itu, dia berhijrah ke Cherating, Pahang dan bekerja sebagai pelayan restoran di daerah itu.

“Saya perlu bekerja sebab dua orang adik masih bersekolah waktu tu. Dengan pendapatan RM450 sebulan saya kirimkan separuh kepada emak di Kuala Lumpur. Dalam sibuk bekerja, saya dapat tawaran untuk jadi model. Syukur kepada Allah S.W.T., waktu itu rezeki dalam bidang iklan komersial sangat memberangsangkan.

Iklan pertama yang dijayakan oleh Edika ialah iklan Wrangler Jeans bersama Kavita Sidhu.[2]

Popularitinya sebagai model iklan komersial juga turut membawa Edika mengembangkan bakatnya dalam cabang seni lakonan apabila ditawarkan untuk berlakon filem Pelumba Malam pada tahun 1989.

“Saya sebenarnya memang tidak ada bakat langsung dalam bidang lakonan, namun kerana tidak mahu menghampakan rakan-rakan yang mahu melihat saya terlibat dalam bidang lakonan, saya terima cabaran itu.

“Sebenarnya Erma Fatima adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam bidang lakonan di mana suatu hari dia tiba-tiba bawa saya berjumpa dengan pengarah A.R. Badul dan pada hari yang sama jugalah saya terus sain kontrak.

“Memang lucu jugalah bila ingat balik macam mana saya mula terlibat dalam bidang lakonan ini, tapi itu hanyalah menjadi penyebab kerana rezeki saya barangkali memang dalam bidang ini,” akui Edika lagi.

Bertuah memiliki wajah kacukan, Edika mengorak langkah dalam bidang seni hiburan dengan berlakon sebagai watak utama dalam filem-filem popular era lewat 80an dan 90 an. Selain filem, pada tahun 90an Edika juga pernah memegang watak utama dalam sebuah Cerekarama TV3 bersama aktres ternama Uji Rashid berjudul Abang Muda.

Mengimbas kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika meniti zaman popularitinya lebih 20 tahun lalu, Edika menganggap dirinya bertuah kerana mempunyai ramai peminat yang menyokong kerjaya seninya.

Meskipun digilai ramai peminat wanita yang tertarik dengan ketampanan wajah dan personaliti yang yang dimilikinya, pelakon yang terkenal dengan sikap rendah dirinya ini tidak pernah mengambil kesempatan atas situasi itu.

“Terlalu banyak kenangan manis bila sebut tentang peminat di mana dari awal saya berada dalam bidang seni, terutamanya dalam lakonan mereka sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

“Paling lucu yang saya ingat bila ramai peminat yang suka sangat nak belanja saya, tidak kiralah belanja makan atau belanja barang-barang sampai ada yang tawarkan diri nak bawa saya pergi shopping.

“Apa pun saya tidak pernah mengambil kesempatan sebaliknya menolak secara baik, malah kalau mereka mahu juga saya lebih selesa pergi beramai-ramai dengan peminat yang lain juga untuk membolehkan saya berlaku adil pada yang lain,” akuinya sambil ketawa kecil.

Berikutan Krisis ekonomi 1997, Edika turut terkena tempias, lantas dia mengambil langkah memulakan kerjaya dalam bidang penerbangan dengan bertugas sebagai Pramugara seterusnya melibatkan diri dalam bidang seni reka grafik. Sejak itu dia lebih banyak menumpukan pada tugas barunya itu.

Edika mengundur diri dari bidang seni selepas isteri tercintanya lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka. Atas rasa kasih dan tanggungjawab Edika lebih banyak menghabiskan masa menjaga isteri disamping mengusahakan perniagaan seni reka grafiknya.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Edika mempunyai dua orang anak hasil pernikahannya dengan isteri dan seorang anak angkat iaitu Fardeen Nasrulhaq, Fereena Nurulhaq dan Nazirul Afiq. Beliau terkenal dengan pick up line iaitu, seorang isteri bukannya MAID you, akan tetapi SOUL MATE you. THIS FAMILY TILL JANNAH. [4].

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
1989 Pelumba Malam A. R. Badul Filem pertama
1990 Driving School Abang Othman Hafsham
1992 XX Ray Karim Datuk Yahya Aziz M. Osman
1995 Awas Roy Abdul Aziz Razak
1996 Maria Mariana Jeffri Datuk Yusof Haslam

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996 Abang Muda Abang Muda/ Doktor Razman TV3
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Datuk Syakir Astro Ria
2018 Pengantin 100 Hari Rusdi TV3
Inai Yang Hilang Wan Jamil ntv7
Isteri Dalam Sangkar Tengku Yusuf Hypp Sensasi
2019 Cinta Non Grata Datuk Marzuki TV3
Puteri Yang Ditukar Tuan Malik Astro Prima
2020 Pengantin Satu Malam Dato' Haris TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Permata Hati Ghulam Rasool Astro First Eksklusif
2018 Sofea Affendi Datuk Imran ntv7

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]