Edison Chen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chen.
Edison Chen
Edison-Chen-EDC.jpg
Nama Cina (Tradisional)
Nama Cina (Ringkas)
Pinyin Chén Guānxī (Mandarin)
Jyutping Can4 Gun3hei1 (Kantonis)
Yale Chàhn Gunhēi (Kantonis)
Nama lahir Chen Hing-wah ()
Keturunan Shanghai, China
Asal Hong Kong, China
Lahir (1980-10-07) 7 Oktober 1980 (umur 37)
Vancouver, British Columbia, kanada
Nama lain EDC
Pekerjaan Pelakon, pemuzik, penerbit, usahawan, pereka fesyen
Jenis muzik Hip hop, Kantopop
Alat muzik Vokal
Syarikat rakaman Clot Media Division (2007–2008)
EEG (2000–2005)
Tahun aktif 1999–kini
Rakan kongsi Shu Pei (2015-kini)
Anak 1
Ibu bapa Edward Chen
Mempengaruhi Sammi Cheng, Leslie Cheung, R. Kelly, Janet Jackson, Jay Z
Laman web rasmi Official Website

Edison Chen Koon-hei (lahir 7 Oktober 1980) merupakan pelakon filem, pemuzik, usahawan, dan pereka fesyen Hong Kong-[Kanada]]. Chen juga merupakan pengasas kepada CLOT Inc., dan CEO kepada Clot Media Division Limited.

Chen berbahasa Inggeris, namun berkebolehan bercakap dan menyanyi dalam bahasa Kantonis dan Mandarin serta boleh berbahasa Jepun,[1] yang membolehkan beliau terlibat dalam pelbagai industri hiburan di seluruh dunia. Pada 21 Februari 2008, Chen mengumumkan pengunduran diri dari industri hiburan Hong Kong setelah terlibat dalam skandal foto seks, yang memaparkan pelbagai gambar bogelnya serta beberapa pelakon wanita lain yang tersebar di Internet.[2][3] Beliau kembali pada tahun 2010 dan muncul dalam filem Golden Chickensss (2014) sebagai cameo. Beliau hanya muncul secara sepenuhnya dalam industri perfileman Hong Kong pada tahun 2016.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Chen dilahirkan di Vancouver, British Columbia, Kanada berketurunan Cina dan 1/8 Portugis. Bapa beliau, Edward Chen (陳澤民) merupakan ahli perniagaan dalam industri hiburan Hong Kong dan lebih dikenali sebagai "Ninth Brother" (九哥).[4][5][6]

Beliau pernah belajar di R.C. Palmer Secondary School dan Hong Kong International School. Beliau berada di kelas gred sepuluh bersama pelakon Nicholas Tse.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama Chen sebelum beliau kemudiannya belajar bahasa Kantonis dan Mandarin. Beliau turut boleh bertutur dalam bahasa Jepun selain mempunyai asas dalam bahasa Khmer yang dipelajarinya untuk berlakon dalam 'Dog Bite Dog.[7] Chen turut mempunyai dua orang kakak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1999, seorang pencari bakat telah mendekati Chen ketika beliau sedang berhibur dengan rakan-rakannya di Hong Kong. Beliau diminta untuk membintangi sebuah iklan. Ketika berusia 19 tahun,[8] beliau muncul dalam iklan Citibank dan pada awal 2000-an, beliau muncul dalam sebuah iklan bersama-sama dengan Cecilia Cheung.[9]

Beliau kemudiannya muncul dalam sebuah filem Jepun, Dead or Alive 2: Birds. Filem Hong Kong pertama beliau pula adalah Gen-Y Cops (2000).[10] Selain itu, beliau turut membintangi banyak filem-filem popular seperti Infernal Affairs, Infernal Affairs II, Initial D, dan Dog Bite Dog. Beliau kemudiannya membintangi drama Jepun, Under the Same Moon. Pada tahun 2006, beliau muncul dalam filem Amerika Syarikat pertama The Grudge 2 sebagai wartawan Hong Kong. Beliau turut ditawarkan watak kecil dalam The Fast and the Furious: Tokyo Drift namun ditolak.[11] Filem Hong Kong terakhir beliau adalah The Sniper, yang dilakukan pengambaran sebelum kejadian skandal foto seksnya. Beliau turut muncul dalam The Dark Knight, namun skandal tersebut menyebabkan wataknya dikurangkan. Menurut sebahagian laporan, beliau sepatutnya melakonkan watak Lau, seorang akauntan Cina yang melakukan rasuah, yang dilakonkan oleh Chin Han. Beliau melakukan kemunculan semula dalam filem Almost Perfect di mana beliau dan bintang lain melakukan promosi dalam beberapa buah festival filem. Pada 28 Oktober, semasa acara fesyen di Beijing, Chen mengumumkan bahawa beliau akan membintangi Initial D 2. Pengambaran filem tersebut dijadualka bermula pada tahun 211, namun tergendala.[12] Pada tahun 2014, beliau muncul dalam Golden Chickensss. Selepas lapan tahun muncul dengan watak sampingan, beliau akhirnya muncul secara rasmi dalam dunia hiburan selepas membintangi projek terbaharu Lou Yepada April 2016.[13]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, ketika berusia 20 tahun, Chen bekerjasama dengan Emperor Entertainment Group. Album hip-hop pertama beliau dikeluarkan pada Februari 2004 berjudul Please Steal This Album dan beberapa buah single beliau berjaya menggungguli carta. Chen menyatakan sukar untuk beliau masuk dalam Hong Kong yang didominasi oleh kantopop, namun berpendapat hip-hop mempunyai potensi yang besar.[14]

Beliau kemudiannya muncul dalam album M-Flo, Cosmicolor, menerusi lagu "LOVE ME, HATE THE GAME" bersama Chan, Thaitanium dan Ryohei Yamamoto.

Pada penghujung 2009, Chen kembali membikin album baru berjudul CONFUSION. Beliau turut berkolaborasi dengan MC HotDog, MC Yan, dan Master Chef selain Sammi Cheng and Jay Chou.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Album Label Nota
30 November 2000 Edison Chen
陳冠希
EEG EP Kantonis
11 Mei 2001 Fast and Furious EEG Album Kantonis
5 Jun 2001 Visual Diary EEG Album Kantonis
21 Ogos 2001 Ultraman Gaia
超人佳亞
EEG EP Kantonis
2 November 2001 Ed Is On EEG Album Mandarin
20 Disember 2001 Peace and Love EEG Album Kantonis
3 July 2002 Break Through EEG Album Kantonis
29 Ogis 2002 Transition EEG Album Mandarin
13 Februari 2003 Hits or Misses EEG Kompilasi Kantonis
26 Februari 2004 Please Steal This Album EEG ALbum Kantonis
4 Januari 2005 Hazy: The 144 Hour Project EEG Album Kantonis
18 April 2005 Hazy: The 144 Hour Project (Version 2) EEG Album Kantonis
21 Disember 2005 The Best Collection EEG Kompilasi Kantonis
12 Mei 2006 69FM Mixtape - Mixtape Kantonis
15 Jun 2007 (Versi 1)
10 Ogos 2007 (Versi 2)
Allow Me to Re-Introduce Myself
讓我再次介紹我自己
Clot Media Division Album Mandarin
28 Disember 2010 CONFUSION Clot Media Division Album Mandarin/Kantonis
27 Julai 2012 3 Corners East Asia Music Album Kantonis
20 September 2013 Super Brothers East Asia Music Album Mandarin
Ogos 2015 3 Corners Ⅱ Clot Media Division Album Kantonis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ rancanga TV Jepun "Koisuru Hanikami" telah disiarkan pada 21 dan 28 April 2006, menerusi TBS di Jepun.
    Edison berbual dengan Anne Suzuki dalam Jepun tanpa penterjemah dalam rancangan ini.
  2. ^ Hong Kong's Edison Chen to quit after nude photo scandal, Reuters news, 21 February 2008
  3. ^ South China Morning Post video "Sorry Edison bows out". Dicapai 25 February 2008. 
  4. ^ Fagela, Cleo (2014-10-08). "Did Edison Chen's Father Bring New Boyfriend to Family Dinner?". Chinatopix. Dicapai 2017-08-15. 
  5. ^ http://www.singtaobooks.com/images/in-Edison%20intro.pdf
  6. ^ Time magazine. "Time.com." A Star is Formed article mention his sister is 1/8 Portuguese. Retrieved on 19 November 2008.
  7. ^ "Edison Chen Interview: Almost Perfect - Asians on Film". Asians on Film (dalam bahasa Inggeris). 2011-04-30. Dicapai 2017-08-15. 
  8. ^ Cbc.ca. "Cbc.ca." Vancouver-born actor Edison Chen apologize for taking sex photos. Retrieved on 21 February 2008.
  9. ^ wxpiero (2008-02-14), Cecilia &Edison's 2000 subway ad张柏芝陈冠希千嬉年地铁广告, dicapai 2017-08-15 
  10. ^ South China morning post. "SCMP." Icon Chen., 12 February 2008, Original date: 6 February 2001. Retrieved 2008-02-22.
  11. ^ Chang, Jeff (11 October 2006). "Movies, hip-hop, fashion design -- Edison Chen is an impresario for a new Pacific Rim". The San Francisco Chronicle. 
  12. ^ Initial D 2, starring Jay Chou and Edison Chen, is coming soon. Asiapacificarts.usc.edu.
  13. ^ 段亚英. "Edison Chen back filming after sex scandal - China.org.cn". www.china.org.cn. Dicapai 2017-08-15. 
  14. ^ South China morning post. "SCMP." A hip crop., 12 February 2008, Original date: 17 December 2004. Retrieved 2008-02-22.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]