Edmund Ironside

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Edmund Ironside
Edmund Ironside - MS Royal 14 B VI.jpg
Edmund berdasarkan Genealogical Roll of the Kings of England pada awal kurun ke-14
Raja England
Pemerintahan23 April – 30 November 1016
Didahului olehÆthelred si Tidak Bersedia
Diikuti olehCnut si Agung
Keputeraan990
Kemangkatan30 November 1016 (umur 26)
Oxford atau London, England
PemakamanGlastonbury Abbey
PasanganEaldgyth
AnakandaEdward si Buangan
Edmund Ætheling
KerabatWessex
AyahandaÆthelred si Tidak Bersedia
BondaÆlfgifu dari York

Edmund Ironside (c. 990 – 30 November 1016; Bahasa Inggeris Tua: Ēadmund Isernside, Bahasa Latin: Edmundus; kadang kala juga dikenali sebagai Edmund II[a]) adalah Raja England bermula pada 23 April sehingga 30 November 1016. Beliau merupakan anak lelaki kepada Raja Æthelred si Tidak Bersedia dengan isteri pertama beliau , Ælfgifu dari York. Pemerintahan Edmund diselubungi dengan peperangan yang beliau warisi daripada bapa beliau; nama panggilan beliau "Ironside" telah diberikan kepada beliau "di sebabkan keberanian beliau" dalam melawan serangan Denmark yang diketuai oleh Cnut si Agung.[1]

Edmund tidak dijangka akan menajdi Raja England; bagaimanapun menjelang bulan Jun 1014, dua orang abang beliau meninggal dunia, menjadikan beliau pewaris takhta. England telah ditakluk oleh Sweyn Forkbeard pada akhir tahun yang sama, tetapi tidak lama kemudian meninggal dunia, memberi jalan bagi Æthelred untuk kembali bertakhta, yang mana dilakukan oleh beliau, tetapi tidak tanpa sebarang tentangan. Anak lelaki Sweyn, Cnut, telah dikalahkan dan kembali ke Denmark, di mana beliau mengumpulkan sebuah pasukan penyerang untuk menakluk semula England. Tentera ini tiba setahun kemudian.

Selepas mendapat semula takhta, keluarga diraja mula menguatkan kuasa mereka di negara dengan bantuan Eadric Streona (abang ipar Edmund). Penduduk yang menyebelahi orang Danes pada tahun 1014 dihukum, ada antaranya yang dibunuh. Dalam satu kes, dua adik beradik lelaki, Morcar dan Sigeferth, telah dibunuh dan harta mereka, bersama-sama dengan isteri Sigferth, telah diserahkan kepada Aethelred. Janda Sigeferth dipenjarakan di dalam biara. Tetapi beliau telah menarik perhatian Edmund.

Cnut kembali ke England pada bulan Ogos 1015. Untuk beberapa bulan selepasnya, Cnut menjarah kebanyakan kawasan England. Edmund menyertai Æthelred untuk mempertahankan London, tetapi pada tahun 1016, Edmund secara tidak rasminya menamakan diri beliau sebagai Earl Midlands Timur dan memulakan pemberontakan untuk menentang bapa beliau sendiri. Tanpa kebenaran raja, beliau menawan Ealdgyth daripada biara, dan berkahwin dengan beliau; ia mungkin menjadi sebuah perkahwinan yang menguntungkan dari segi politik, kerana beliau merupakan anggota dari salah sebuah keluarga terkuat di Midlands.

Æthelred meninggal dunia pada 23 April 1016, menjadikan Edmund seorang raja. Tiada sebarang pertempuran serius sehingga musim panas tahun 1016: apabila Edmund bertempur lima kali melawan Danes, dan berakhir dengan kekalahan beliau pada 18 Oktober dalam Pertempuran Assandun, selepas kedua-duanya bersetuju untuk membahagikan kerajaan, Edmund mendapat Wessex dan Cnut wilayah negara selebihnya. Edmund meninggal dunia pada 30 November, meninggalkan dua orang anak lelaki, Edward dan Edmund; bagaimanapun, Cnut menjadi raja untuk seluruh England, dan mengusir anggota keluarga Edmund yang masih tinggal.

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Lawson tidak disediakan

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Numbers were not used to identify kings until well after the Norman Conquest of 1066, so their use to identify Anglo-Saxon kings is anachronistic. However, since Edmund I is usually identified as such, Edmund Ironside is sometimes referred to in the same manner.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Anglo-Saxon Chronicle
  • Clemoes, Peter. The Anglo-Saxons: Studies Presented to Bruce Dickins, 1959
  • Henry of Huntingdon (2002). Historia Anglorum [History of the English People]. 
  • Lavelle, Ryan (2008). Aethelred II: King of the English. The History Press. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Æthelred si Tidak Bersedia
Raja England
1016
Diikuti oleh:
Cnut si Agung