Edrie Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Edrie Hashim
Kelahiran (1973-08-26) 26 Ogos 1973 (umur 50)
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
GenreRock, pop rock, balada, pop
PekerjaanKomposer, jurutera bunyi, penerbit rakaman, konduktor muzik
InstrumenGitar, gitar elektrik, keyboard
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakaman
Neo Gendang Records
Pengkarya berkait
Chapters, Projek Pistol, Dato' Awie, Wings, Dato' Hattan, Amy Search, Search, Giegiel, DefGabC, Cromok, Ella, Sarah Raisuddin, Kat Hassan

Edrie Hashim (lahir 26 Ogos 1973) merupakan seorang komposer, jurutera bunyi, penerbit rakaman, pengarah dan konduktor muzik untuk artis rakaman, televisyen dan filem yang prolifik di Malaysia.[1][2]

Sebagai komposer, beliau telah menerbitkan album dan lagu untuk artis-artis terkenal seperti Dato' Awie, Dato' Hattan, Search, Amy Search, DefGabC, Giegiel, Ella, Sarah Raisuddin dan Kat Hassan. Selain itu, beliau juga terkenal sebagai gitaris kumpulan Chapters (ditubuhkan pada 1988) dan Projek Pistol (ditubuhkan pada 2009).[3]

Pengasas Neogendang Records dan Studio Rakaman Neogendang ini pernah memenangi beberapa kategori dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), antaranya kategori Lagu Rock Terbaik (Dibawah Gerbang Skaea - Amy Search), Album Rock Terbaik (Gothik Malam Edan - Search) dan Album Pop Rock Terbaik (Santai - Awie).

Edrie telah dijemput untuk menganggotai kumpulan rock lagenda, Wings sejak tahun 2015 dan masih kekal bersama kumpulan tersebut sehingga kini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 26 Ogos 1973 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Edrie bersekolah di Sekolah Menengah Taman Keramat.[4] Dari 2000 hingga 2004, Edrie pernah memegang jawatan sebagai Pengurus A&R di BMG Music.[2] Pada tahun 2005, beliau menubuhkan syarikat rakamannya, Neo Gendang Records dan beberapa anak syarikat lain.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Edrie berkahwin dengan vokalis kumpulan Candy, Nurul Nadhira Patricia Robert pada 2002 dan dikurniakan dua cahayamata, Darren Haikal dan Dylan Haidar yang kedua-duanya menghidap autisme.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Transfigurasi Vol. 1 (2007)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdul Aziz Itar (21 November 2011). "Edrie bersemangat hero gitar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-22. Dicapai pada 19 Julai 2018.
  2. ^ a b c "Seni Fokus: Komposer filem - Edrie Hashim, si pemburu masterpiece". The Daily Seni. 19 Julai 2015. Dicapai pada 24 Oktober 2015.
  3. ^ "Projek Pistol, bukan rock kapak". Kosmo!. 18 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2010. Dicapai pada 24 Oktober 2010.
  4. ^ Khadijah Ibrahim (4 Mei 2006). "Edrie Hashim komposer rock berjiwa romantis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-17. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  5. ^ Zaiton Abdul Manaf (10 Julai 2019). ""Tak boleh terima anak saya autism, bimbang mereka malu jika orang tahu" - Edrie Hashim dan isteri cuba dedah dua anak autism, puji Zarina Zainuddin contoh terbaik". Keluarga. Dicapai pada 24 Oktober 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]