Eduardo Camavinga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eduardo Camavinga
Maklumat peribadi
Nama penuh Eduardo Camavinga
Tarikh lahir (2002-11-10) 10 November 2002 (umur 21)
Tempat lahir Miconge, Cabinda, Angola[1]
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Real Madrid
Nombor 12
Kerjaya remaja
2009–2013 Drapeau-Fougères
2013–2018 Rennes
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2018–2019 Rennes II 13 (4)
2019–2021 Rennes 71 (2)
2021– Real Madrid 71 (2)
Pasukan kebangsaan
2019–2022 Perancis B21 13 (2)
2020– Perancis 12 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:55, 30 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:16, 12 September 2023 (UTC)

Eduardo Camavinga (lahir 10 November 2002) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis kelahiran Angola yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Real Madrid dan pasukan kebangsaan Perancis.[2] Dilahirkan di Miconge,Angola, Camavinga berpindah ke Perancis semasa beliau berusia dua tahun. Pada 5 November 2019, beliau telah memperoleh kerakyatan Perancis.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Camavinga telah dilahirkan di Miconge, Angola pada tahun 2002. Ibu bapanya merupakan orang Congo dan beliau mempunyai lima orang adik-beradik. Keluarganya berpindah ke Perancis semasa beliau berusia dua tahun. Mereka berpindah ke Fougères, tempat beliau membesar. Camavinga juga berlatih judo buat masa seketika sebelum menumpukan sepenuhnya kepada bola sepak. Pada tahun 2013, rumah Camavingas telah terbakar dijilat api dan banyak harta-harta keluarganya termusnah.[4]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Camavinga merupakan sebahagian daripada akademi Rennes ketika berusia sebelas tahun. Beliau menandatangani kontrak pertamanya bersama Rennes pada 14 Disember 2018 ketika berusia 16 tahun dan satu bulan sekali gus menjadi pemain termuda di Rennes.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Rennes pada perlawanan Ligue 1 menentang Angers yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 pada 6 April 2019[6] lalu menjadikan beliau sebagai pemain Rennes termuda yang pernah beraksi bersama skuad utama[7] iaitu pada usia 16 tahun dan empat bulan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 11 November 2019, Camavinga telah terpilih untuk mewakili pasukan bawah-21 Perancis untuk menghadapi perlawanan menentang Georgia dan Switzerland selepas Matteo Guendouzi dipanggil untuk menyertai skuad senior.[8]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 8 Mac 2020.[9]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Stade Rennais 2018–19 7 0 0 0 0 0 0 0 7 0
2019–20 25 1 5 0 1 0 4[a] 0 1[b] 0 36 1
Jumlah kerjaya 32 1 5 0 1 0 4 0 1 0 43 1
  1. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.
  2. ^ Penampilan di Trophée des Champions.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "VIDÉO. Football : Eduardo Camavinga, la pépite de Fougères qui vient de signer pro au Stade Rennais". actu.fr.
  2. ^ Biodata Eduardo Camavinga di Soccerway
  3. ^ "Rennes : Eduardo Camavinga a été naturalisé français". L'Équipe (dalam bahasa Perancis). 5 November 2019. Dicapai pada 5 November 2019.
  4. ^ "Eduardo Camavinga is only 16 but his form for Rennes has top European scouts circling". espn.com. ESPN. 25 September 2019. Dicapai pada 4 April 2020.
  5. ^ "Premier contrat professionnel pour Eduardo Camavinga". staderennais.com (dalam bahasa Perancis). Stade Rennais F.C. 14 December 2018. Dicapai pada 4 April 2020.
  6. ^ "Angers SCO vs. Rennes - 6 April 2019". soccerway.com. Soccerway. 6 April 2019. Dicapai pada 4 April 2020.
  7. ^ "Rennes Sensation Eduardo Camavinga Is a New Kind of 16-Year-Old Footballer". bleacherreport.com. Bleacher Report. 7 November 2019. Dicapai pada 4 April 2020.
  8. ^ "Eduardo Camavinga (Rennes) officiellement convoqué en équipe de France Espoirs". L'Équipe (dalam bahasa Perancis). 11 November 2019. Dicapai pada 11 November 2019.
  9. ^ Biodata Eduardo Camavinga di Soccerway
  10. ^ "EDUARDO CAMAVINGA, JOUEUR DU MOIS D'AOÛT DE LA LIGUE 1 CONFORAMA !" (dalam bahasa Perancis). UNFP. 16 September 2019. Dicapai pada 16 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]