Eduardo Mondlane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eduardo Mondlane, presiden Frelimo yang pertama

Eduardo Chivambo Mondlane (20 Jun 1920 - 3 Februari 1969) ialah Presiden Barisan Pembebasan Mozambique (Frelimo) yang pertama dari tahun 1962, iaitu tahun Frelimo ditubuhkan di Tanganyika (kini Tanzania), sehingga pembunuhannya pada tahun 1969. Dia adalah seorang ahli antropologi, dan bekerja sebagai profesor sejarah dan sosiologi di Universiti Syracuse.