Edward Mordake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Edward Mordrake adalah seorang lelaki dan menurut sumber yang boleh dipercayai, beliau dilahirkan pada abad ke-19 dan berketurunan orang Inggeris, dan mempunyai wajah kedua di belakang kepalanya. Wajah kedua tersebut tidak dapat melihat, menghidu, makan, minum dan bercakap dengan jelas tetapi ia dikatakan boleh mengejek sementara Mordrake dalam keadaan gembira dan tersenyum ketika Mordrake dalam keadaan menangis atau kesedihan.[1] Mordrake berulang kali memohon kepada doktor peribadinya agar wajah keduanya yang juga digelar sebagai (demon face) dihapuskan. Beliau juga mendakwa perlakuan wajah kedua tersebut selalu berbisik sesuatu yang buruk-buruk belaka kepadanya setiap waktu malam. Namun begitu, tiada seorang doktor yang berani untuk menuruti permintaannya memandangkan tiada kemudahan perubatan pada ketika itu. Akhirnya, Mordrake mengambil keputusan untuk membunuh diri pada usia 23 tahun kerana mengalami kemurungan dan gangguan mental yang tidak terbatas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gould, George M. (1956). Anomalies and Curiosities of Medicine. Blacksleet River. m/s. 124–125. ISBN 978-1-4499-7722-1. Dicapai pada October 29, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]