Eisya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eisya
Nama lahirFarhana Bariyah binti Ahmad Dasuki
Juga dikenali sebagai
  • Eisya Nurani
  • Eisya Ahmad
Kelahiran (1976-03-21) 21 Mac 1976 (umur 48)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1997–2002
Syarikat rakaman
Ambang Klasik
Pengkarya berkait
Wahid Senario

Farhana Bariyah Ahmad Dasuki (lahir 21 Mac 1976) atau dikenali sebagai Eisya ialah seorang bekas penyanyi wanita Malaysia.[1] Meraih kejayaan tempoh singkat dalam industri muzik antara 1997 dan 2002, beliau terkenal dengan lagu "Nurani" yang juga merupakan single pertamanya dari album sulungnya bertajuk sama.[1][2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Eisya memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada 1997 dengan menandatangani kontrak rakaman bersama Ambang Klasik dan muncul bersama album pertama, Nurani[4] yang memuatkan lagu yang bertajuk sama dikeluarkan single pertama.[1][5][6][7]

Kemudian pada 2001, album keduanya pula menyusul dengan tajuk Firasat yang menyaksikan beliau merakamkan lagu ciptaan sendiri.[8][9][10] Album ini sempat dilancarkan sebelum Ambang Klasik menutup operasinya.[1]

Beliau juga berjinak-jinak dengan bidang lakonan apabila memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi filem Gemerlapan arahan Abdul Razak Mohaideen, ini kemudian diikuti oleh filem Syukur 21 arahan Eddie Pak yang dibintangi oleh kumpulan Raihan.[1][11] Eisya juga pernah menjadi salah seorang peserta pertandingan Franchise Hunt 2000.[12]

Eisya juga menyumbangkan suaranya bersama Wahid Senario untuk runut bunyi filem Lagi-Lagi Senario yang bertajuk "Di Antara Kita". Selepas perkahwinannya, Eisya mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai penyanyi.[1] Dalam temubual bersama Harian Metro pada 2018, Eisya berkata selepas kematian bapanya, beliau bernekad untuk berhenti menyanyi dan tidak berhasrat untuk mengubah fikiran untuk kembali aktif. Beliau berkata: "Saya nekad berhenti nyanyi dan tiada perasaan untuk menyanyi di khalayak. Setakat menyanyi di rumah bersama anak biasalah".[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Azrul Irwan Mat Rahim pada 2002 dan sejak itu, beliau menumpukan perhatian kepada keluarganya. Hasil perkongsian hidup Eisya dan bekas suaminya selama 13 tahun, mereka dikurniakan 3 anak. Eisya dan Azrul Irwan bercerai pada 2015.[1][13] Bapanya, Ahmad Dasuki meninggal dunia pada April 2016 akibat serangan jantung.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Nurani
Firasat
  • Dikeluarkan: 2001
  • Label: Ambang Klasik
  • Format: CD, kaset

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Nurani" 1997
"Di Antara Kita" (ft. Wahid Senario) 2001
"Sendiri"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
1997 Gemerlapan Wawa
2000 Syukur 21 Aishah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Ridzuan Abdul Rahman (1 September 2018). "Eisya 'tutup buku'". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  2. ^ "Impian Eisya belum terlaksana". Utusan Malaysia. 1 Julai 2002. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  3. ^ Rosli Manah (22 Disember 2001). "Eisya tidak patah semangat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  4. ^ Hanim Mohd Salleh (27 Oktober 1997). "Eisya terkejut dengan kejayaan album sulung". Berita Harian. m/s. 6.
  5. ^ "Eisya populariti masih bertahan". Utusan Malaysia. 4 Disember 2000. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  6. ^ "Eisya masih mencari arah". Utusan Malaysia. 9 Februari 2000. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  7. ^ Sani Salleh (16 Mei 1998). "Hasrat Eisya tak terjejas". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  8. ^ "Eisya... rakam lagu ciptaan sendiri". Utusan Malaysia. 17 April 2001. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  9. ^ Khadijah Ibrahim (12 Oktober 2001). "Eisya... album kesinambungan karier". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  10. ^ Saharudin Musthafa (7 Oktober 2001). "Eisya enggan kecewa lagi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  11. ^ "Eisya timba pengalaman pelakon veteran". Utusan Malaysia. 20 Mei 2000. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  12. ^ Neville Spykerman (4 Julai 2000). "Contributions pour in for treasure hunt" [Sumbangan mencurah dalam pemburuan harta karun] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  13. ^ "Detik sukar Eisya". Berita Harian. 3 September 2016. Dicapai pada 2 Julai 2019 – melalui Pressreader.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]