Ejen Ali: The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ejen Ali: The Movie
PengarahUsamah Zaid Yasin[1]
PenulisUsamah Zaid Yasin
Shafiq Isa
Fuad Md Din
BerdasarkanEjen Ali oleh Usamah Zaid Yasin
Dibintangi olehIda Rahayu Yusoff
Nabilah Rais
Azman Zulkiply
Noorhayati Maslini Omar
Shafiq Isa
Salina Salmee Mohd Ali
Abu Shafian Abd Hamid
Ahmad Sufian Mazilan
Megat Zahrin Megat Hisham
Altimet
Muzik olehAzri Yunus
Hakim Kamal
Syarikat
penerbitan
PengedarPrimeworks Studios
Mula ditayangkan
28 November 2019
Tempoh tayangan
97 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM6.5 Juta
Pecah panggungRM13 Juta (7hari tayangan)

Ejen Ali: The Movie ialah filem animasi mata perisik Malaysia 2019. Filem ini mengikuti misi ejen Ali yang kini perlu merungkai misteri teknologi yang telah mengancam bandar Cyberaya dan pertaruhkan kesetiaannya kepada agensinya MATA.

Filem ini adalah filem pertama yang diterbitkan oleh WAU Animation berdasarkan siri animasi Ejen Ali. Filem ini diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin. Ia telah ditayangkan di pawagam pada 28 November 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei.[2][1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ali seorang budak lelaki 12 tahun yang telah menjadi ejen rahsia di MATA, iaitu sebuah agensi perisikan rahsia yang melindungi bandar Cyberaya. Semuanya berlaku selepas Ali tidak sengaja mengaktifkan gajet IRIS. IRIS ini peranti ciptaan MATA yang membolehkan pemakainya lebih berkuasa dalam misi. Ali sahaja yang mampu menguasai IRIS ini kerana ia telah diselaraskan dengan badannya. Jadi Ali pun dilatih sebagai perisik. Bersama dengan pakciknya Bakar dan ejen muda lain, mereka bekerjasama dalam misi MATA.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ejen Ali semakin cergas dengan misinya di MATA. Tetapi, konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS. Kini MATA telah menaiktarafkan IRIS kepada IRIS NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen. Ini membuatkan Ali persoalkan kegunaannya di MATA. Ketika ini, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia tahu sebab kehilangan ibunya. Sekarang, Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada MATA sebelum terlewat.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

  • Ida Rahayu Yusoff sebagai Ali & Comot
  • Nabilah Rais sebagai Niki
  • Noorhayati Maslini Omar sebagai Alicia
  • Shafiq Isa sebagai Bakar
  • Azman Zulkiply sebagai General Rama
  • Salina Salmee Mohd Ali sebagai Aliya
  • Abu Shafian Abd Hamid sebagai Dato' Othman
  • Ahmad Sufian Mazilan sebagai Bobby
  • Megat Zahrin Megat Hisham sebagai Fit
  • Azuan Wanji sebagai Vikram
  • Altimet sebagai Andik
  • Amir Bamer sebagai Surya
  • Fadhli Shafian sebagai Abang Bear

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengambil kos RM6.5 juta termasuk kos promosi.[3] Pasukan pembuatan filem yang terdiri daripada 80 pereka animasi dan pelukis grafik tempatan. Penghasilan filem berkenaan menggunakan teknologi digital yang berkualiti tinggi.[4]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Skor Muzik[sunting | sunting sumber]

Skor muzik dihasilkan oleh Azri Yunus, ketua komposer, dibantu oleh pembantu komposer, Hakim Kamal. Azri Yunus berkata perbezaan skor muzik di dalam siri dengan filem ini adalah mereka ingin meletakkan lebih banyak nilai ekstatik dengan memasukkan lebih banyak perasaan emosi untuk membuatkan penonton di pawagam terasa bersambung dengan filem tersebut.[5]

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

"Bukalah Matamu" adalah single pertama yang dikeluarkan daripada album soundtrack rasmi Ejen Ali: The Movie, dikeluarkan di YouTube dan semua platform streaming pada 20 September 2019.[6] Lagu ini memberi mesej kepada mereka yang ada segalanya untuk buka mata dan perbaiki diri mereka sendiri. Dalam filem ini, lirik lagu ini seolah-olah ditujukan kepada Dato' Othman, datuk bandar Cyberaya.

"Kita Jaga Kita" adalah single kedua daripada album soundtrack rasmi.[7] Pada mulanya, mereka mendekati Altimet hanya untuk lakonan suara sahaja. Tetapi apabila mereka mencuba nasib dengan bertanya Altimet untuk buatkan lagu, beliau bersetuju untuk berbuat demikian. Lirik lagu ini datang dari perspektif orang-orang Pinggiran Cyberaya.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

WAU Animation mengumumkan projek filem ini apabila mereka memuat naik teaser trailer pertama untuk filem ini pada 7 Ogos 2018.[8] Teaser trailer kedua dimuat naik pada 29 Mac 2019.[9] Treler rasmi pertama telah dikeluarkan pada 1 Ogos 2019[10] manakala treler rasmi kedua telah dikeluarkan pada 9 Oktober 2019.[11]

Pada 2 Oktober 2019, WAU Animation telah mengeluarkan secara rasmi poster pawagam rasmi untuk filem ini, yang juga telah mendedahkan tarikh keluaran rasmi untuk pawagam Malaysia. Ia ditayangkan di 146 buah pawagam di Malaysia, 8 di Singapura dan 7 di Brunei. Terdapat juga kemungkinan untuk ditayangkan di 50 buah negara tetapi Ahmad Izham Omar, CEO Primeworks Studios berkata ia masih dalam perbincangan.[12]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

WAU Animation menyasarkan RM20 juta untuk pasaran tempatan untuk filem ini.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b 'Ejen Ali The Movie' in the works. New Straits Times. Diterbitkan pada 23 September 2017.
  2. ^ Filem Ejen Ali temui penonton tahun depan. Berita Harian. Diterbitkan pada 30 November 2018. Dicapai pada 13 Mac 2019.
  3. ^ "Altimet terbit lagu tema Ejen Ali The Movie" Berita Harian. 24 Mac 2019. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  4. ^ "Selami lebih mendalam dunia Ejen Ali" Harian Metro. 11 Julai 2019. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  5. ^ "Misi: The Making Of Ejen Ali The Movie" YouTube. 25 November 2019. Retrieved on 29 November 2019.
  6. ^ "Bukalah Matamu - Aisyah Aziz, Bunga Lyrics Video (Ejen Ali The Movie OST)" YouTube. 20 September 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  7. ^ "Kita Jaga Kita - Altimet x Cuurley x Malik Abdullah Lyrics Video (Ejen Ali The Movie OST)" YouTube. 25 Oktober 2019. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  8. ^ "Ejen Ali : The Movie (Teaser Trailer)" YouTube. 7 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  9. ^ "Ejen Ali The Movie - Official Teaser Trailer" YouTube. 29 Mac 2019. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  10. ^ "Ejen Ali The Movie - Official Trailer #1" YouTube. 1 Ogos 2019. Dicapai pada 1 Ogos 2019.
  11. ^ "Ejen Ali The Movie - Official Trailer #2 | Di pawagam 28 November 2019" YouTube. 9 Oktober 2019. Dicapai pada 21 November 2019.
  12. ^ "#Showbiz: An updated spy kid" New Straits Times. 26 Julai 2019. Dicapai pada 31 Julai 2019.
  13. ^ "(RM1.86 JUTA DALAM 1 HARI) Terima kasih Ejen! ❤ #EjenAliTheMovie berjaya mendapatkan kutipan pembukaan TERTINGGI BAGI FILEM ANIMASI TEMPATAN sebanyak RM1.86 JUTA di Malaysia, Brunei dan Singapura!" Facebook. 29 November 2019. Dicapai pada 29 November 2019.
  14. ^ "Ejen Ali The Movie kutip RM6.4 juta tiga hari" Berita Harian. 2 Disember 2019. Dicapai pada 2 Disember 2019.
  15. ^ "Sasaran RM20 juta untuk Ejen Ali The Movie" Harian Metro. 24 Mac 2019. Dicapai pada 24 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]