Eka Sharif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eka Sharif
Kelahiran
Nur Atiqah binti Shariffuddin

(1989-10-31) 31 Oktober 1989 (umur 34)
PendidikanDiploma Kesetiausahaan
Pusat pendidikanKolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2009–kini
PasanganNazrulnaim Abdul Jabar (k. 2020)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
MAP Music
Pengkarya berkait

Nur Atiqah Shariffuddin (lahir 31 Oktober 1989)[a] atau lebih dikenali sebagai Eka Sharif ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian umum sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9.[1]

Eka menandatangani kontrak rakaman bersama MAP Music. Pada tahun 2016, beliau melancarkan single sulungnya, "Mengenal Cinta".[2] Selain kerjaya muzik, beliau turut berbakat dalam tarian dan peragaan.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Eka dilahirkan pada 31 Oktober 1989 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kajang, Selangor. Beliau berkelulusan dalam Diploma Kesetiausahaan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC).[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menjadi penyanyi, Eka memulakan kerjaya awal sebagai penari dan pernah menganggotai beberapa kumpulan tarian.[3] Beliau juga pernah menjadi penari latar untuk Siti Nurhaliza dan beberapa majlis anugerah hiburan termasuk Anugerah Industri Muzik (AIM).[3]

Pada tahun 2011, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 14 peserta Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan yang turut disertai oleh Ayda Jebat, Amir Jahari dan Raqib Majid. Beliau tersingkir di konsert minggu kedua.[5]

Selepas tamat AF9, pada 2014, beliau bersama Isyariana Che Azmi (kemudian menjadi peserta Akademi Fantasia musim ke-13) menyertai duo Hanarose yang ditubuhkan oleh Cat Farish.[6] Kumpulan ini bernaung di bawah Godzilla Boombox milik Cat dan seterusnya mengeluarkan single sulung mereka bertajuk "Girlfriend" pada April 2014,[7] diikuti oleh single kedua, "Deritaku" yang terpilih sebagai runut bunyi filem Pengantin Malam. Hanarose dibubarkan pada 2016.

Pada 8 Julai 2016, Eka menandatangani kontrak bersama MAP Music dan melancarkan single sulungnya, “Mengenal Cinta”,[8][9] hasil ciptaan beliau sendiri dan Ardiv Jauhari yang menceritakan tentang seseorang yang baru mengenal cinta dan belajar untuk setia.[10] Beliau kemudian melancarkan single keduanya yang bertajuk “Sepenuh Jiwa” pada 24 November 2017, hasil nukilan Puyu dan Razif selaku gitaris Projector Band.[11]

Beliau juga aktif menyanyikan lagu-lagu saduran di aplikasi Smule,[12] sekaligus menerima jolokan Ratu Smule.[13]

Pada tahun 2018, Eka muncul dengan lagu duet pertamanya bersama Projector Band yang bertajuk “Percaya Hati”. Ia mendapat tontonan lebih dari 3 juta di YouTube.[14][15]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Eka melangsungkan perkahwinannya dengan Nazrulnaim Abdul Jabar pada 19 Julai 2020.[16][17] Beliau sebelum ini pernah menangguhkan perkahwinan sebanyak dua kali susulan penularan pandemik COVID-19.[18][19] Pada Oktober 2020, beliau mengumumkan kehamilannya.[20] Eka dan suami, Nazrulnaim dikurniakan seorang anak lelaki, Luth Mateen yang dilahirkan pada 17 April 2021.[21]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2016
"Mengenal Cinta"
2017
"Sepenuh Jiwa"
2018
"Percaya Hati"
Duet bersama Projector Band

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Isyariana Che Azmi yang dilahirkan pada 31 Oktober 1990.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Eka Sharif mahu memastikan kehadirannya dalam dunia nyanyian mendapat perhatian". Utusan Malaysia. 27 Disember 2017. Dicapai pada 13 Januari 2018.[pautan mati kekal]
  2. ^ Syanty Octavia Amry (29 Ogos 2016). "Eka tambah yakin". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2016.
  3. ^ a b c Dennis Chua (10 September 2016). "Rising above failure" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Disember 2016.
  4. ^ "Eka Sharif tak kenal erti putus asa". Kosmo!. 1 Oktober 2016. Dicapai pada 14 Disember 2016.
  5. ^ "Eka Tersingkir, Peluang 4 Calon Baru Sertai AF9". Murai.com. 16 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2011. Dicapai pada 17 April 2011.
  6. ^ Ifqdar Rahman (2 September 2014). "Duo Hanarose milik Cat Farish". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-22. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  7. ^ Budiey (22 Mei 2014). "Kumpulan duo Hanarose bakal lancar single "Girlfriend"". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  8. ^ "Transformasi Eka". Berita Harian. 19 September 2016. Dicapai pada 14 Disember 2016 – melalui PressReader.
  9. ^ "Eka Sharif muncul single pertama lepas popular di Smule". mStar Online. 14 Ogos 2016. Dicapai pada 14 Disember 2016.
  10. ^ Budiey (12 Ogos 2016). "Eka Sharif pertaruh lagu terbaru Mengenal Cinta". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 Disember 2016.
  11. ^ Syanty Octavia Amry (1 Januari 2018). "Eka bawa kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2018.
  12. ^ "Siapakah gerangan di sebalik nama Eka Sharif". Metrowealth Pictures. 25 April 2016. Dicapai pada 13 Disember 2016 – melalui WordPress.
  13. ^ Norhayati Nordin (13 Februari 2018). "Takut 'kena ayam'". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2018.
  14. ^ Norhayati Nordin (1 Mac 2018). "Langkah berhati-hati Eka". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2018.
  15. ^ Feride Hikmet Atak (7 Februari 2018). "Populariti di laman sosial bantu Eka Sharif". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-07. Dicapai pada 14 Februari 2018.
  16. ^ Norafezah Sakri (21 Julai 2020). "Kali ini sah! Eka Sharif selamat bergelar isteri selepas dua kali tangguh". mStar Online. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  17. ^ "Dua kali tunda nikah". Berita Harian. 4 Julai 2020. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  18. ^ Norfaezah Sakri (3 Julai 2020). "Kurang 24 jam Eka Sharif (AF9) nak nikah, majlis terpaksa batal gara-gara makcik positif COVID-19 - Makanan katering terpaksa disedekah". mStar Online. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  19. ^ "Majlis pernikahan Eka Sharif terpaksa dibatalkan". Media Permata. 7 Julai 2020. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  20. ^ Zulhilmi Jalil (30 Oktober 2020). "3 kali tangguh naik pelamin, Eka Sharif dah berbadan dua, usia kandungan 3 bulan, tahniah!". Astro Gempak. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  21. ^ Syafiqah Jalal (19 April 2021). "Eka sharif selamat bersalin, perkenalkan nama anak". Astro Gempak. Dicapai pada 31 Julai 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]