Ekonomi Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ekonomi Selangor ialah sebuah ekonomi pasaran bebas yang amat maju dan berjaya. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapitanya adalah antara yang tertinggi di Malaysia selepas Kuala Lumpur iaitu sekitar 37,851 Ringgit Malaysia pada tahun 2016. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

Aspek ekonomi[sunting | sunting sumber]

Perindustrian dan perdagangan[sunting | sunting sumber]

Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta Proton dan Perodua. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dan Motorola dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi. Antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Rawang, Selayang, Ampang Jaya Petaling Jaya dan Banting.

Pelabuhan Klang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Selangor, pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia.

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Selain perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara kejayaan yang telah dikecapi adalah seperti "Lembah Buah Selangor" merupakan pengeluar buah-buahan tropika terbesar dunia seperti belimbing, betik dan pisang. Begitu juga dengan sawah padi di Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah juga dijalankan di negeri ini.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

  • Penyumbang Tenaga Buruh & Guna Tenaga Terbesar Di Malaysia - menyumbang 18.5% tenaga buruh Malaysia iaitu Tenaga buruh 2.1 juta , Guna tenaga 2.0 juta , Kadar pengangguran 3.5%.
  • Prestasi Ekonomi Makro Yang Stabil (Kadar Pertumbuhan Dan KDNK Sebenar Selangor (2000-2005) (Harga Asas 1987).
  • Sebuah Negeri Perindustrian - Dalam tempoh RMK8, berjaya menarik pelaburan sebanyak RM29.2 bilion dan menyediakan 105,000 peluang pekerjaan, angka tertinggi di Malaysia.
  • Penyumbang Terbesar KDNK Negara - Negeri Selangor (2004-2005) KDNK 22.8%, Pertumbuhan Ekonomi 6.2%.
  • Selangor Negeri Terkaya Di Malaysia - Pendapatan isi rumah purata meningkat kepada RM5,175 pada 2004 berbanding RM 3,144 pada 2002 merupakan tertinggi di Malaysia. Kadar kemiskinan keseluruhan 2004, 1.0% dan tiada kemiskinan tegar. PGK 2004:RM691 & PGK kemiskinan tegar RM350.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]