Ekonomi hadiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kedai barangan percuma di Utrecht. Bunting menunjukkan "Bumi ini cukup untuk keperluan semua orang, tetapi tidak cukup untuk ketamakan semua orang".

Ekonomi hadiah atau budaya penghadiahan ialah cara penukaran barangan di mana barangan tidak dijual, tetapi diberi secara percuma tanpa persetujuan penerimaan ganjaran pada masa yang sama mahupun pada masa hadapan.[1]

Berdasarkan Jonathan Parry, seorang ahli antropologi, perbincangan tentang ciri hadiah dan alam berasingan penukaran hadiah yang membentuk sistem ekonomi, terjejas akibat salah faham penggunaan moden Barat dan masyarakat pasaran. Ekonomi hadiah di dunia dapat dilihat di ialah Moka, iaitu sistem penukaran secara bersaingan di Papua New Guinea, dan pengebumian kaum Toraja di Indonesia, dengan pengagihan daging. Pendermaan juga digalakkan mengikut pelbagai budaya seperti penghasilan merit dalam agama Buddha, dan konsep dana dalam agama Hindu. Antara contoh penghadiahan dalam masyarakat pasaran ialah: rangkaian pemindahan organ dan dermaan darah, copyleft, kedai barangan percuma dan kegiatan freecycling (pemberian secara percuma untuk digunakan semula). Banyak ahli anarki percaya bahawa ekonomi hadiah atau cara seumpamanya merupakan penyelesaian terhadap kitaran kemiskinan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cheal, David J (1988). "1". The Gift Economy. New York: Routledge. m/s. 1–19. ISBN 0415006414. Dicapai pada 2009-06-18.