Ekonomi perang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ekonomi perang adalah serangkaian tindakan yang diambil oleh sebuah negara modern untuk memaksimumkan ekonominya demi menampung keperluan perang. Philippe Le Billon mendefinisikan ekonomi perang sebagai "sistem penghasilan, penggerakan, dan peletakkan sumber daya untuk mempertahankan diri daripada serangan [lawan]." Tindakan yang diambil meliputi kenaikan pinjaman dan penerapan program peletakan sumber daya. Setiap negara melakukan penataan ulang ekonominya dengan cara yang berbeza. Banyak negara meningkatkan perancangan ekonomi semasa perang yang kadangkala mencakupi peruntukan dan pengerahan tentera untuk tujuan pertahanan awam, misalnya Women's Land Army dan Bevin Boys di Britania Raya semasa Perang Dunia Kedua.

Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt mengatakan dalam keadaan seandainya Kuasa Paksi menang, "kita harus berubah sepenuhnya menjadi negara militaristik yang ditampung oleh ekonomi perang."[1]

Pada masa perang total, beberapa bangunan dan posisi sering dipandang sebagai sasaran penting oleh kombatan. Penyekatan Kesatuan, Gerak Jalan ke Laut yang dipimpin Jeneral Kesatuan William T. Sherman semasa Perang Saudara Amerika Syarikat, dan pengeboman berstrategi kota dan perkilangan musuh pada Perang Dunia kedua merupakan contoh kaedah peperangan sebegini.[2]

Di sisi permintaan agregat, ekonomi perang sering dikaitkan dengan konsep "Keynesianisme tentera", iaitu masa ketika pengeluaran ketenteraan pemerintah menstabilkan kitaran perniagaan dan fluktuasi dan/atau dimanfaatkan untuk mengurangkan kesan resesi. Di sisi penawaran pula, terdapat masa-masa tertentu ketika perang yang justeru mempercepat kemajuan teknologi sehingga ekonomi negara pascaperang menjadi sangat kuat, terutama lagi apabila negara tersebut terhindar dari kehancuran yang berlaku akibat peperangan. Fenomena ini dialami oleh Amerika Syarikat pada Perang-Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sejumlah ahli ekonomi seperti Seymour Melman berpendapat bahawa perbelanjaan ketenteraan yang cenderung membazirkan sumber daya pada akhirnya akan menghambat kemajuan teknologi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Roosevelt, Franklin Delano. "The Great Arsenal of Democracy". 
  2. ^ Durham, Robert. "Supplying the Enemy: The Modern Arms Industry & the Military–Industrial Complex". Google Books. Lulu.com, 2015. Dicapai 1 August 2015.