Ekor lotong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dua meriam pusing di Muzium Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Meriam hitam adalah ekor lutong.

Ekor lotong, ekor lutong, atau ekor lutung merujuk kepada salah satu daripada jenis senjata api tradisional Melayu yang menggunakan ubat bedil.

Reka bentuk Ekor lotong ialah sejenis bedil mudah alih yang agak kecil. Pada kebiasaannya, Ekor lotong diperbuat daripada besi. Ekor lotong merujuk kepada unjuran pada bahagian belakang meriam yang digunakan bagi membidik meriam kepada sasarannya. Unjurannya biasanya melengkung, menyerupai ekor monyet lotong, dan juga diperbuat daripada besi.[1]

Lihat Pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Teoh, Alex Eng Kean (2005). The Might of the Miniature Cannon A treasure of Borneo and the Malay Archipelago. Asean Heritage.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]