Ekozon Indomalaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alam Indomalayan

Alam Indomalayan merupakan salah satu daripada lapan buah alam biogeografi. Ia mengunjur melintasi kebanyakan kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara sehingga ke selatan Asia Timur.

Alam ini juga dikenali sebagai Alam Timur oleh ahli biogeografi, Indomalaya mengunjur daripada Afghanistan melalui benua kecil India dan Asia Tenggara hingga ke tanah rendah selatan China, dan melalui Indonesia sejauh Jawa, Bali, dan Borneo, timur di mana terletaknya garis Wallace, sebuah sempadan alam yang dinamakan bersempena dengan Alfred Russel Wallace yang mana memisahkan Indomalayan daripada Australasia. Indomalaya juga termasuk Filipina, tanah rendah Taiwan, dan Kepulauan Ryukyu, Jepun.

Kebanyakan kawasan Indomalaya asalnya ditutupi oleh hutan, kebanyakan hutan lembab tropika dan subtropika, di kebanyakan kawasan di India dan sebahagian Asia Tenggara. Hutan lembab tropika di Indomalaya dikuasai oleh pokok-pokok dalam keluarga dipterocarp (Dipterocarpaceae).

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Wikramanayake, E., E. Dinerstein, C. J. Loucks, D. M. Olson, J. Morrison, J. L. Lamoreux, M. McKnight, and P. Hedao. 2002. Terrestrial ecoregions of the Indo-Pacific: a conservation assessment. Island Press, Washington, DC, USA, [1].

Koordinat: 7°00′N 97°00′E / 7.000°N 97.000°E / 7.000; 97.000

Pautan luar[sunting | sunting sumber]