Eksperimen Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eksperimen Cinta
Genre
Ditulis olehMufid Suhaimi Baharuddin
PengarahEmi Suffian Sabhe
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanMungkin Kamu - Sissy Iman
Lagu penutupTerima Kasih Cinta - Tasha Manshahar feat. RJ
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohammad Norazhar Baharuddin
PenerbitHj Md Fadzil Teh
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Dahlia)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 Jun 2015 – 23 Ogos 2015

Eksperimen Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2015 arahan Emi Suffian Sabhe, Dibintangi oleh Fahrin Ahmad dengan dua watak, Izreen Azminda, dam Sherry Ibrahim. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Dahlia TV3 bermula 13 Jun 2015 menggantikan Asam Pedas Untuk Dia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kali pertama bertentang mata, Tengku Aaron Shah (Fahrin Ahmad) sudah mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak (Izreen Azminda) yang lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tak terduga sikapnya. Tengku Aaron memaksa Damia untuk menerima lamarannya walaupun dia melakukannya hanya sebagai satu eksperimen cinta. Hakikatnya perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutama abang kembarnya, Tengku Adrean (juga Fahrin Ahmad) yang sangat dibencinya setelah merampas kekasihnya, Seri (Sherry Ibrahim). Aaron mahu membuktikan kepada Adrean yang dia juga boleh hidup bahagia.

Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi (Faye Kusairi) yang cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia, selagi lafaz talak tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]