Eksploitasi berlebihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stok ikan kod Atlantik dieksploitasi secara berlebihan pada 1970-an dan pada 1980-an, membawa kepada keruntuhan tiba-tiba pada 1992.[1]

Eksploitasi berlebihan, atau juga dipanggil penuaian berlebihan, merujuk penuaian sumber boleh baharu sehingga titik kepulangan yang menurun. Eksploistasi berlebihan secara berterusan boleh membawa kepada kemusnahan sumber. Istilah ini digunakan untuk sumber semula jadi seperti: tumbuhan perubatan liar, padang ragut, haiwan buruan, stok ikan, hutan, dan akuifer air.

Dalam ekologi, eksploitasi berlebihan menggambarkan salah saru daripada lima kegiatan utama yang mengancam biokepelbagaian global.[2] Ahli ekologi menggunakan istilah ini untuk menggambarkan populasi yang dituai pada kadar yang tidak mampan, yang diberikan kadar mortaliti semula jadi dan kapasiti untuk pembiakan. Ini boleh menyebabkan kepupusan pada paras populasi dan juga kepupusan keseluruhan spesies. Dalam biologi pemuliharaan, istilah ini biasanya digunakan dalam konteks kegiatan ekonomi manusia yang melibatkan pengambilan sumber biologi, atau organisma, dalam bilangan besar melebihi kebolehan populasinya untuk bertahan.[3] Istilah ini juga digunakan dan ditakrifkan agak berlainan dalam perikanan, hidrologi, dan pengurusan sumber semula jadi.

Eksploitasi berlebihan boleh membawa kepada kemusnahan, termasuk kepupusan. Walau bagaimanapun, kemampanan eksploitasi berlebihan adalah tidak mustahil. Dalam konteks perikanan, istilah penangkapan ikan berlebihan boleh digunakan sebagai ganti kepada eksploitasi berlebihan, seperti ragut rumput berlebihan dalam pengurusan stok, pembalakan berlebihan dalam pengurusan hutan, pengedrafan berlebihan dalam pengurusan akuifer, dan spesies terancam dalam pengawasan spesies. Ekploitasi berlebihan bukan kegiatan terhad kepada manusia. Pemangsa dan herbivor yang diperkenalkan, contohnya boleh mengeksploit flora dan fauna asli secara berlebihan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Kenneth T. Frank, Brian Petrie, Jae S. Choi, William C. Leggett (2005). "Trophic Cascades in a Formerly Cod-Dominated Ecosystem". Science 308 (5728): 1621–1623. doi:10.1126/science.1113075. PMID 15947186. 
  2. Wilcove, D. S.; Rothstein, D.; Dubow, J.; Phillips, A.; Losos, E. (1998). "Quantifying threats to imperiled species". BioScience 48: 607–615. http://www.elkhornsloughctp.org/uploads/1238527754Wilcove%201998%20Endangered%20species%20threats.pdf. 
  3. Oxford. (1996). Oxford Dictionary of Biology. Oxford University Press.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Impak manusia terhadap persekitaran Templat:Modelling ecosystems Templat:Kepupusan