El Gran Carlemany

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
El Gran Carlemany
Bandera de Andorra.jpg
Maklumat am
Negara  Andorra
Penulis Juan Benlloch i Vivó
Penggubah Enric Marfany Bons
Diterima pakai September 8, 1921

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

"El Gran Carlemany" ("Charlemagne Agung") ialah lagu kebangsaan Andorra. Lagunya ditulis oleh Enric Marfany Bons dan seni kata oleh Joan Benlloch i Vivó yang ditulis dari perspektif naratif orang pertama. Lagu ini digunakan secara rasmi pada 8 September 1921, yang juga merupakan hari kebangsaan Andorra. Lirik lagu kebangsaan ini jugha banyah merujuk kepada beberapa aspek penting dalam budaya dan sejarah Andorra, terutama warisan Empayar Carolingian negara itu.

Lirik[sunting | sunting sumber]

El gran Carlemany, mon Pare dels alarbs em deslliurà,
I del cel vida em donà de Meritxell, la gran Mare,
Princesa nasquí i Pubilla entre dues nacions neutral
Sols resto lúnica filla de l'imperi Carlemany.
Creient i lluire onze segles, creient i lliure vull ser.
¡Siguin els furs mos tutors i mos Prínceps defensors!
I mos Princeps defensors!

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Bapaku Charlemagne yang gagah telah membebaskanku dari Saracen
Dan dari syurga dia menganugerahkan Meritxell, Ibu perkasa.
Aku dilahirkan seorang Puteri, dara yang neutral di antara dua negara
Akulah anak terakhir dari kerajaan Carolingian
Setia dan bebas selama sebelas abad; setia dan bebas tekadku
Perlembagaan pedomanku dan para Putera pembelaku!
Para Putera pembelaku!