El Nino 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fenomena El Nino 2010 terjadi pada bulan Januari - April 2010 di Malaysia dan beberapa tempat di seluruh dunia. Cuaca panas dan kering kerana hujan tidak turun.Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan hujan tidak turun sehingga bulan April atau Mei.

Punca[sunting | sunting sumber]

Jabatan Meterologi Malaysia menyatakan bahawa punca El Nino kali ini ialah posisi matahari, yang terletak di atas Khatulistiwa, dan awan rendah. Keadaan ini akan berlanjutan sehingga Mei 2010.


Kesan El Nino[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Mac 2010, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) melaporkan penyusutan paras air di Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tengi, Empangan Semenyih, Empangan Sungai Langat, Klang Gates, Empangan Tasik Subang dan Empangan Sungai Batu.

Paras air di Sungai Labu, Sungai Langat dan Sungai Selangor juga menyusut. Sungai-sungai ini membekalkan air ke loji-loji rawatan air di negeri Selangor.[1]

Empangan, sungai dan terusan kering di Johor dan negeri di utara Malaysia serta Sabah. Hujan tidak turun di Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Sabah pada hujung Mac 2010 selama seminggu. Empangan yang menyusut teruk ialah Empangan Bekok di Johor (baki hanya 0.96 %), Empangan Machap (23.43 %) dan Klang Gate (47.89 %). Kadar air sangat rendah di beberapa sungai di Perlis, Johor, Kedah dan Pahang.

Kudat, Sandakan dan Tawau di sabah akan mengalami kekeringan yang teruk. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menjangkakan Sabah akan berhadapan dengan catuan air jika tahap air di empangan semakin susut.

Terusan pengairan di Kampung Tok Kuning di Perlis kering-kontang . Cuaca pada paras 38 darjah Celcius.

Kebakaran semakin kerapa berlaku terutama di kawasan hutan dan paya gambut. Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan pusat operasi kebakaran di 81 buah hutan dan gambut . Bomba Johor berjaya memadam 147.5 hektar daripada 305 hektar tanah hutan yang terbakar. Kebanyakannya melibatkan kebakaran hutan, semak belukar, tanah gambut dan kawasan lalang. Operasi memadam sukar dijalankan kerana kereta bomba tidak dapat masuk kerana jauh di pedalaman. Selain itu bomba berhadapan dengan masalah mendapatkan sumber air.

Penduduk di Kampung Babagon , Penampang, Sabah [2] bimbang kerana pokok pisang dan nanas menjadi layu. Air sungai hanya di pergelangan kaki sahaja, sedangkan dahulu lebih 1 meter. Sekolah Kebangsaan Tatagas di Nabawan berhadapan masalah tiada air hampir sebulan lamanya. Bekalan air dari Empangan Nabawan hanya cukup untuk kawasan bandar dan rumah kerajaan sahaja. Lori air daripada Jabatan Kerja Raya hanya mengagih air tetapi hanya cukup untuk 3 hari sahaja.[3][4]

Langkah persediaan[sunting | sunting sumber]

orang ramai disarakan menjimatkan air dan tidak melakukan pembakaran terbuka.

Pada 24 Mac 2010, Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan mengarahkan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains meneroka sumber air bawah tanah.Paras air sungai merosot di muka sauk loji rawatan air Pantai, Sungai Ngoi-Ngoi dan Sungai Mahang yang membekalkan air terawat ke kawasan di sekitar Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng. Pada 7 Mac , SAINS mula catuan air di daerah Seremban beberapa hari.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]