Pergi ke kandungan

Elastase

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Model ruangan isian elastase
Hablur elastase khinzir

Elastase ialah sejenis enzim dalam kelas protease (peptidase) yang menguraikan elastin.[1] Secara lebih khusus, ia merupakan serina protease.[2]

Bentuk dan pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Lapan gen manusia mengekod kepada elastase:

Keluarga Simbol gen Nama protein Nombor EC
Diiktiraf Sebelum Diiktiraf Sebelum
Seperti
kimotripsin
CELA1 ELA1 keluarga elastase seperti kimotripsin, ahli 1 elastase 1, pankreas EC 3.4.21.36
CELA2A ELA2A keluarga elastase seperti kimotripsin, ahli 2A elastase 2A, pankreas EC 3.4.21.71
CELA2B ELA2B keluarga elastase seperti kimotripsin, ahli 2B elastase 2B, pankreas EC 3.4.21.71
CELA3A ELA3A keluarga elastase seperti kimotripsin, ahli 3A elastase 3A, pankreas EC 3.4.21.70
CELA3B ELA3B keluarga elastase seperti kimotripsin, ahli 3B elastase 3B, pankreas EC 3.4.21.70
Kimotripsin CTRC ELA4 kimotripsin C (kaldekrin) elastase 4 EC 3.4.21.2
Neutrofil ELANE ELA2 elastase neutrofil elastase 2 EC 3.4.21.37
Makrofaj MMP12 HME metaloelastase makrofaj elastase makrofaj EC 3.4.24.65

Elastase memecahkan elastin, gentian anjal yang memberi sifat mekanikal tisu penghubung, bersama-sama kolagen. Jenis neutrofil memecah protein membran luar A (OmpA) daripada E. coli dan bakteria negatif Gram lain. Elastase juga mempunyai peranan imunologi yang penting dalam memecahkan faktor pemvirulenan Shigella. Ini dicapai melalui pembelahan ikatan peptida dalam protein sasaran. Ikatan peptida khusus yang dipecahkan adalah pada bahagian karboksil asid amino hidrofobik kecil seperti glisina, alanina dan valina.

  1. ^ Bieth JG (2001). "[The elastases]". J. Soc. Biol. (dalam bahasa Perancis). 195 (2): 173–9. doi:10.1051/jbio/2001195020173. PMID 11723830.
  2. ^ Bruce, Alberts (2014-11-18). Molecular biology of the cell (ed. Sixth). New York, NY. ISBN 9780815344322. OCLC 887605755.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]