Elena of Avalor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Elena Negeri Avalor)
Elena of Avalor
Fail:Elena of Avalor logo.png
Juga dikenali sebagai
Elena Negeri Avalor
GenrePengembaraan
Berdasarkan daripada
Sofia the First oleh
Craig Gerber
PenciptaCraig Gerber
Pelakon suara
Penggubah lagu tema
John Kavanaugh dan Craig Gerber
Lagu pembukaanElena of Avalor oleh
Gaby Moreno
Lagu penutupElena of Avalor (instrumental) oleh
{{{2}}}
PenggubahTony Morales
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim3
Bilangan episod77 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Craig Gerber
  • Jamie Mitchell
Tempoh siaran22–24 minit
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Penyiaran
Saluran asalDisney Channel
Siaran asal22 Julai 2017 (2017-07-22) – sekarang
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan Disney Television Animation

Elena of Avalor (Elena Negeri Avalor atau Elena dari Avalor dalam versi bahasa Melayu) ialah sebuah siri animasi komputer televisyen Amerika Syarikat yang ditayangkan pertama kali di Disney Channel pada 22 Julai 2017. Siri ini tentang seorang puteri Latina dan keluarga dan berlaku dalam alam sama dengan siri Disney Junior Sofia the First.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Puteri remaja Elena Castillo Flores[1] telah menyelamatkan kerajaan magis Avalor miliknya daripada seorang ahli sihir jahat dan kini mesti mempelajari peraturan sebagai puteri mahkotanya. Pengembaraan-pengembaraan Elena akan memahamkannya bahawa peranan baharunya itu memerlukan timbang rasa, semangat kental, dan kasih sayang, ciri-ciri bagi seseorang pemimpin yang benar-benar hebat. Oleh sebab dia hanya berumur 16 tahun secara fizikal (biarpun dia meluangkan 41 tahun lagi secara sedar di dalam Azimat Avalor, sebenarnya menjadikannya berumur 57 tahun), dia mesti mengikuti bimbingan Majlis Agung yang terdiri daripada datuk neneknya, sepupunya yang lebih tua Canselor Esteban, dan sahabat baharu, Naomi Turner. Elena juga bergantung pada adik perempuannya Isabel, sahabat-sahabatnya, ahli siri Mateo dan leftenan Pengawal Diraja Gabe, seekor haiwan semangat yang bernama Zuzo, dan sekumpulan tiga ekor makhluk ajaib terbang yang dipanggil jaquin untuk bimbingan dan sokongan.

Watak[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

  • Puteri Elena (Aimee Carrero) ialah puteri mahkota Avalor yang berumur 16 tahun.[2] Dia sukar menerima nasihat dan kerap berbuat dengan cara yang dikehendaki olehnya tanpa mendengar orang lain. Apabila dia terperangkap di dalam azimat ajaib, dia mendapat kebolehan untuk menggunakan kuasa ajaib apabila memegang cogan dirajanya dan dia boleh melihat haiwan semangat.
  • Puteri Isabel (Jenna Ortega) ialah adik kepada Elena, yang merupakan pencipta. Kedua-duanya merupakan puteri kepada Raja Raul dan Ratu Lucia yang telah mangkat.
  • Zuzo (Keith Ferguson) ialah rubah semangat yang bermisteri dan licik yang bertindak sebagai penghubung antara dunia manusia dengan dunia semangat. Dalam episod "Hari untuk Diingati", Elena ditunjukkan dapat memanggilnya dengan menyebut namanya tiga kali.
  • Naomi (Jillian Rose Reed) ialah seorang gadis yang merupakan sahabat baik Elena, anak perempuan kepada Kapten Turner, dan salah seorang ahli Majlis Agung Elena.
  • Jaquin merupakan suatu bangsa makhluk yang menyerupai jaguar dengan sayap dan bulu pelepah makaw. Jaquin datang dari alam Vallestrella, tempat ia berlatih untuk membantu dalam menjaga Avalor daripada pelbagai ancaman.
  • Skylar (Carlos Alazraqui) ialah seekor jaquin yang suka bersenang dan anak kepada Raja Verago.
  • Migs (Chris Parnell) ialah seekor jaquin praktikal.
  • Luna (Yvette Nicole Brown) ialah seekor jaquin betina lantang dan kasar.
  • Gabe (Jorge Diaz) ialah sahabat Elena dan bakal bintang Pengawal Diraja, yang disertai olehnya pada hari Elena menjadi puteri mahkota.
  • Mateo (Joseph Haro) ialah seorang ahli sihir yang sedang berlatih dan cucu kepada Alacazar yang merupakan seorang lagi sahabat rapat Elena.
  • Canselor Esteban (Christian Lanz) ialah sepupu sebelah ibu kepada Elena dan Isabel yang suka bercakap besar dan Canselor Avalor yang merupakan sebahagian daripada Majlis Agung Elena. Ibunya merupakan saudara perempuan kepada Ratu Lucia dan mereka merupakan puteri kepada Luisa dan Francisco. Tanpa disedari oleh sesiapa, dia dan sahabat lamanya Victor Delgado secara rahsia menolong Shuriki untuk menakluk Avalor, dan dia terdesak untuk menyimpan rahsia ini kerana takut ditolak oleh keluarganya.
  • Armando (Joe Nunez) ialah Ssorang hamba istana yang bertungkus-lumus yang membantu Elena dalam perjalanannya ke atas takhta.
  • Francisco (Emiliano Díez) ialah datuk sebelah ibu kepada Elena, Isabel, dan Esteban. Dia merupakan sebahagian daripada Majlis Agung Elena.
  • Luisa (Julia Vera) ialah nenek sebelah ibu kepada Elena, Isabel, dan Esteban. Dia merupakan sebahagian daripada Majlis Agung Elena.

Sokongan[sunting | sunting sumber]

  • Shuriki (Jane Fonda) ialah ahli shiri jahat yang merupakan penjahat utama siri ini kerana dia merupakan sebab kepada pemenjaraan 41 tahun terhadap Elena di dalam Azimat Avalor dan pembunuh ibu bapa Elena, Raoul dan Lucia. Dia mengambil alih Avalor dengan bantuan rahsia daripada Esteban dan Victor Delgado. Dia akhirnya dikalahkan dalam "Elena and the Secret of Avalor". Malangnya, dia telah tinggal di kotej di tanah Avalor yang berjauhan dan telah bekerja secara rahsia dengan Victor dan anak perempuannya Carla, yang telah dia ajar tentang kuasa ajaib berkuasa.
  • Kapten Turner (Rich Sommer) ialah syahbandar dan bapa kepada Naomi.
  • Higgins (Mikey Kelley) ialah salah seorang anggota pengawal diraja Avalor, dan kerap berkhidmat sebagai pembantu peribadi dan setiawan kepada Canselor Esteban.
  • Doña Paloma (Constance Marie) ialah ketua persatuan pedagang. Dia diperihalkan oleh Esteban sebagai pemimpin paling penting di Avalor. Dalam episod "Krismas", Doña Paloma ditunjukkan mempunyai sebuah emporium.
  • Carmen (Justina Machado) ialah pemilik bersama bagi Cafe Anjelica dan saudari kepada Julio yang bekerja sebagai cef.
  • Jiku (Lucas Grabeel)
  • Marlena (Gaby Moreno)
  • Julio (Jamie Camil) ialah pemilik bersama bagi Cafe Anjelica dan saudara kepada Carmen.

Episod[sunting | sunting sumber]

Musim 1 (2017–2018)[sunting | sunting sumber]

Bil. Judul[3][4]
(Judul bahasa Melayu)
Pengarah Pengarang Tarikh siaran Kod
penerbitan[3][5]
Amerika Syarikat[3][4] Asia Tenggara
1"First Day of Rule"
"Hari Pertama Pemerintahan"
Elliot M. BourCraig Gerber22 Julai 2017 (2017-07-22)13 November 2017101
2"Model Sister"
"Kakak Contoh"
Elliot M. BourCraig Gerber
Becca Topol
22 Julai 2017 (2017-07-22)13 November 2017102
3"All Heated Up"
"Keadaan Semakin Hangat"
Elliot M. BourTom Rogers29 Julai 2017 (2017-07-29)20 November 2017103
4"Island of Youth"
"Pulau Keremajaan"
Nathan ChewBecca Topol12 Ogos 2017 (2017-08-12)27 November 2017104
5"Spellbound"
"Kesaktian"
Robb PrattTom Rogers26 Ogos 2017 (2017-08-26)4 Disember 2017105
6"Finders Leapers"
"Siapa Jumpa Dia Punya"
Nathan ChewSilvia Olivas23 September 2017 (2017-09-23)18 Disember 2017106
7"Prince Too Charming"
"Putera Terlalu Menggoda"
Nathan ChewMercedes Valle16 September 2017 (2017-09-16)11 Disember 2017107
8"Royal Retreat"
"Percutian Diraja"
Robb PrattBecca Topol30 September 2017 (2017-09-30)22 Januari 2018108
9"A Day to Remember"
"Hari untuk Diingati"
Elliot M. BourSilvia Olivas16 Oktober 2017 (2017-10-16)15 Januari 2018109
10"The Scepter of Light"
"Cogan Cahaya"
Robb PrattCerita oleh Tom Rogers
Teledra oleh Mercedes Valle
4 November 2017 (2017-11-04)19 Februari 2018110
11"Navidad"
"Krismas"
Nathan ChewCraig Gerber9 Disember 2017 (2017-12-09)19 Mac 2018if111
12"Crystal in the Rough"
"Kristal yang Belum Dibentuk"
Nathan ChewMercedes Valle11 Mac 2018 (2018-03-11)16 Julai 2018112
13"The Princess Knight"
"Sang Pahlawan Puteri"
Nathan ChewBecca Topol18 Mac 2018 (2018-03-18)10 September 2018113
14"Olaball"
"Bola Ola"
Nathan ChewTom Rogers25 Februari 2018 (2018-02-25)23 April 2018114
15"Flight of the Jaquins"
"Penerbangan Jaquin"
Robb PrattBecca Topol4 Mac 2018 (2018-03-04)7 Mei 2018115
16"King of the Carnaval"
"Raja Sambutan Carnaval"
Robb PrattTom Rogers22 April 2018 (2018-04-22)18 Jun 2018116
17"Captain Turner Returns"
"Kepulangan Kapten Turner"
Nathan ChewKaita Mpambara8 April 2018 (2018-04-08)9 Julai 2018117
18"Spirit Monkey Business"
Nathan ChewTom Rogers30 Jun 2018 (2018-06-30)6 Ogos 2018118
19"My Fair Naomi"
Robb PrattMaria Escobedo6 Mei 2018 (2018-05-06)15 Oktober 2018119
20–21"Realm of the Jaquins"
Elliot M. BourSilvia Olivas
Craig Gerber
12 Ogos 2018 (2018-08-12)TBA120–121
TBA"Wizard-in-Training"
Robb PrattBecca Topol21 Julai 2018 (2018-07-21)TBATBA
TBA"The Gecko's Tale"
Robb PrattKaita Mpambara18 Ogos 2018 (2018-08-18)TBATBA
TBA"Party of a Lifetime"
Robb PrattMercedes Valle25 Ogos 2018 (2018-08-25)TBATBA
TBA"Blockheads"
Robb PrattTom Rogers16 September 2018 (2018-09-16)TBATBA
TBA"Masks of Magic"
TBATBA1 Oktober 2018 (2018-10-01)TBATBA

Musim 2 (2018–)[sunting | sunting sumber]

Bil. Judul[3][4] Pengarah Pengarang Tarikh siaran[3][4] Kod
penerbitan[5]
TBA"The Jewel of Maru"TBATBA14 Oktober 2018 (2018-10-14)TBA
TBA"Royal Rivalry"TBATBA28 Oktober 2018 (2018-10-28)TBA

Media rumah[sunting | sunting sumber]

Media rumah diedarkan oleh Walt Disney Studios Home Entertainment.

Keluaran DVD
Judul Tarikh pengeluaran Episod Tambahan
Elena of Avalor: Ready to Rule[6] 6 Disember 2017
  • 101: "First Day of Rule"
  • 102: "Model Sister"
  • 103: "All Heated Up"
  • 104: "Island of Youth"
Cokmar unjuran
Elena and the Secret of Avalor: The Magic Within[7] 7 Februari 2018
  • Jaquin mobile
  • Video muzik: "My Time"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Priscilla Rodriguez (18 Julai 2016). "Elena of Avalor First Latina Disney Princess Facts". Latina. Dicapai pada 26 April 2017.
  2. ^ "First Day of Rule". Elena of Avalor. Musim 1. Episod 1. But you did not age, mija. Technically, you're still sixteen.
  3. ^ a b c d e "Elena of Avalor Episode Listings". The Futon Critic.
  4. ^ a b c d "Elena of Avalor Episode Guide". Zap2It.
  5. ^ a b "Elena of Avalor Episodes". Disney ABC Press.[pautan mati kekal]
  6. ^ David Lambert (26 Ogos 2017). "Elena of Avalor – Disney Sent Over a Press Release for Ready to Rule on DVD". TV Shows on DVD. Dicapai pada 29 Ogos 2017.
  7. ^ David Lambert (15 November 2017). "Elena of Avalor – Press Release: DVD for the Crossover Special with Sofia the First". TV Shows on DVD. Dicapai pada 21 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]