Elica Paujin
Angelica Paujin (lahir 20 November 1999), yang lebih dikenali sebagai Elica Paujin, merupakan seorang penyanyi wanita berasal dari Sabah serta juara program realiti televisyen. Beliau mula meraih perhatian umum selepas menjuarai Mentor Milenia 2017, diikuti kejayaan memenangi Stariser: Mencari Bintang Nusantara edisi perdana pada tahun 2020. Pada tahun 2022, Elica menyertai program realiti terbitan Astro, Big Stage musim keempat, dan seterusnya dinobatkan sebagai juara bagi musim tersebut.
Elica yang berketurunan Dusun telah menunjukkan minat serta bakat dalam bidang nyanyian sejak usia muda. Selain Mentor Milenia 2017, beliau pernah menyertai pertandingan Idola Kecil 3 dan berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir ketika berusia 11 tahun.
Pada Disember 2025, Elica secara rasmi bergabung sebagai artis di bawah naungan XIOKK Entertainment selepas menamatkan kontraknya bersama CHAOSS Entertainment. Di bawah label baharu tersebut, beliau melancarkan single berbahasa Melayu yang berjudul Terbaik Untukku, menandakan satu fasa baharu dalam perjalanan seni muziknya.
Elica Paujin | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Angelica Paujin[1] |
| Kelahiran | 20 November 1999 |
| Asal | Tambunan, Sabah |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Pop, balada |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Tahun aktif | 2017—kini |
| Syarikat rakaman | Xiokk entertainment |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Dalam kerjaya rakamannya, Elica telah mencatat pelbagai pencapaian membanggakan. Lagu berbahasa Dusun, Momuhobo, berjaya meraih lebih 10 juta tontonan di YouTube, sekaligus menempatkannya sebagai antara karya etnik tempatan paling berjaya di platform digital. Selain itu, lagu Huminodun turut mencatat lebih 1 juta tontonan di YouTube Dan telah melayakkan beliau ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik seterusnya tersenarai dalam lima teratas kategori Lagu Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), satu pengiktirafan berprestij dalam industri muzik Malaysia.
Di samping pencapaian seni, Elica turut menerima pengiktirafan di peringkat negeri apabila dianugerahkan Pingat Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K) oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar bin Datun Haji Mahiruddin, sempena ulang tahun rasmi ke-71, sebagai penghargaan atas sumbangan beliau dalam bidang seni dan budaya.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Angelica Paujin (lahir 20 November 1999), yang lebih dikenali sebagai Elica Paujin, merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berasal dari Tambunan, Sabah, Malaysia. Beliau mula dikenali ramai selepas menjuarai program realiti Mentor Milenia 2017 dan seterusnya Stariser: Mencari Bintang Nusantara edisi perdana 2020, menandakan titik permulaan kerjaya profesionalnya dalam industri muzik tempatan.
Elica berketurunan Dusun dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau telah menunjukkan minat serta bakat dalam bidang nyanyian sejak usia kanak-kanak, termasuk turut serta dalam pertandingan Idola Kecil 3 dan mara ke peringkat separuh akhir ketika berusia 11 tahun.
Dalam perjalanan seni profesionalnya, Elica bukan sahaja aktif menyertai pertandingan realiti televisyen, malah telah mengeluarkan beberapa karya muzik yang mendapat sambutan yang baik. Antara lagu yang dirakamkan termasuk Araatan, Hilang, Momuhobo, Oh Huminodun, Tak Sempurna dan Potilombuson yang memperlihatkan kelainan musikalnya antara genre pop dan lagu berunsur tradisional.
Pencapaian utama beliau termasuk: Dinobatkan sebagai juara Big Stage musim keempat (2022), sebuah program realiti nyanyian popular di Astro, di mana beliau menewaskan peserta lain serta membawa pulang hadiah wang tunai dan trofi.
Lagu Momuhobo telah mencatat lebih 10 juta tontonan di YouTube, menunjukkan impaknya di kalangan pendengar digital.
Lagu Oh Huminodun turut menerima pengiktirafan industri dan mendapat pencapaian visual yang tinggi di platform digital, selain membawa Elica ke peringkat separuh akhir pertandingan Muzik-Muzik melalui sedutan atau prestasinya dalam edisi tersebut.
Beliau turut tersenarai sebagai ahli berdaftar dengan Recording Performers Malaysia Berhad bagi kategori vokalis, menandakan perakuan rasmi keanggotaannya dalam industri rakaman Malaysia.
Pada Disember 2025, Elica secara rasmi menandatangani kontrak bersama XIOKK Entertainment selepas tamat perjanjian bersama CHAOSS Entertainment dan melancarkan single berbahasa Melayu pertamanya di bawah label baharu tersebut yang bertajuk Terbaik Untukku, menandakan langkah strategik dalam memperluas capaian seni beliau di pasaran muzik Melayu.
Selain muzik, beliau juga aktif dalam aktiviti seni lain seperti tarian dan latihan persembahan, serta pernah membuka studio tarian di Sabah untuk memupuk minat seni dalam kalangan komuniti setempat.
jaya
[sunting | sunting sumber]2010: Idola Kecil 3
[sunting | sunting sumber]| Konsert | Tema | Lagu (penyanyi asal) | Rank |
|---|---|---|---|
| Minggu 1 | Bebas | "Gemilang" (Jaclyn Victor) | Selamat |
| Minggu 2 | Pop & Balada | "Realiti Dewi" (Alyah) | Selamat |
| Minggu 3 | Duet | "Bertamu Di Kalbu" (Jaclyn Victor (duet Hadi) |
3 Tercorot |
| Minggu 4 | Indie Rock | "Aurora" (Estranged) | Selamat |
| Minggu 5 | Tribute Dato' Siti Nurhaliza | "Percayalah" (Dato' Siti Nurhaliza) | Selamat |
| Minggu Separuh Akhir | Road to Final | "Pakai Buang" (Stacy) | Tersingkir |
2017: Mentor Milenia 2017
[sunting | sunting sumber]Elica terpilih untuk menyertai Mentor Milenia 2017 dan berjaya menarik minat Akim untuk menjadikan Elica protégé beliau. Elica berjaya ke peringkat akhir rancangan tersebut dan berdepan empat pesaing iaitu Usop (Muhammad Saiful Naim Muhd Noor), Along (Mohamad Rozaimi Rosli) dan Syeera (Nur Syaheera Abd Aziz).[2]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Mentor Milenia 2017:
| Konsert | Lagu (penyanyi asal | Rank |
|---|---|---|
| Minggu 1 | "Hurt" (Christina Aguilera) | Ke-2 |
| Minggu 2 | "Akhirnya Kini Pasti" (Anita Sarawak) | Ke-3 |
| Minggu 3 | "Mama Aku Ingin Pulang" (Nike Ardilla) | Pertama |
| Minggu 4 | "Obses" (Akim & The Majistret) + "Janji Manismu" (Aishah) | Pertama |
| Minggu 5 | "Benci Tapi Rindu" (Diana Nasution) | 2 Tercorot |
| Minggu 6 | "Bang Bang" (Ariana Grande, Nicki Minaj & Jessie J) | Ke-2 |
| Minggu 7 | "Rindu Bertandang Lagi" (Dato' Hattan) | Ke-3 |
| Minggu 8 | "Bosan" (Stacy) | Ke-2 |
| Minggu Separuh Akhir | "Bertamu Di Kalbu" (Jaclyn Victor) | 2 Tercorot |
| "Secret Love Song" (Little Mix) (duet Akim Ahmad) | ||
| Minggu Akhir | "Ceritera Cinta" (Jaclyn Victor & Rio Febrian) (duet Hael Husaini) |
Juara |
| "Samar Bayangan" (Nicky Astria) |
2017–2019: Single pertama dan pelancaran lagu-lagu bahasa Dusun
[sunting | sunting sumber]Elica melancarkan single pertama beliau, "Bila Nanti" pada Jun 2017 melalui Paradox Music.[3] Walaubagaimanapun, single tersebut gagal meraih sambutan daripada para peminat.[4] Elica merupakan antara artis kelahiran Sabah yang mengadakan persembahan di Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan Tambunan yang diadakan pada 25 November 2017 bagi mempromosikan Tahun Melawat Tambunan 2017.[5] Artis yang terlibat termasuk Rosario Bianis, Francis Landong, Esther Applunius Chin, George Lian, Jestie Alexius, dan lain-lain.[5]
Mulai Mac 2018, beliau bernaung di bawah pengurusan Rhythm & Rhyme Entertainment.[4] Pada Oktober 2018, Elica terpilih untuk mewakili Malaysia ke Festival K-Pop Dunia Changwon 2018 dalam kategori vokal.[6] Single kedua Elica yang berentak K-pop, "Kau Lah!" dilancarkan pada November 2018.[4] Elica melancarkan lagu-lagu berbahasa Dusun. Salah satu single beliau, Araatan telah dinobatkan Juara Lagu Popular (JLP) Kadazan Dusun Murut (KDM) 2019.[7]
2020-kini: "Stariser: Mencari Bintang Nusantara" dan Big Stage
[sunting | sunting sumber]Pada April 2020, Elica terpilih sebagai salah satu daripada enam finalis satu rancangan realiti hiburan nusantara, "Stariser : Mencari Bintang Nusantara" edisi perdana 2020 dan seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan rancangan tersebut. Beliau yang mempertaruhkan lagu "Haram" berjaya membawa pulang wang kemenangan RM10,000.[8]
Berikut ialah lagu-lagu yang dipertaruhkan oleh Elica untuk pertandingan "Stariser : Mencari Bintang Nusantara" edisi perdana 2020:[9]:
| Persembahan dan Keputusan "Stariser : Mencari Bintang Nusantara" | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Episod | Lagu | Artis | Keputusan # | ||
| Battle Round 2 | "Jampi" | Hael Husaini | Mara ke Grand Finale | ||
| Grand Finale | "Haram" | Hael Husaini | Pemenang
| ||
Pada tahun 2022, Elica terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat dan telah dinobatkan sebagai juara. Menewaskan empat peserta lain, beliau meraih hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.[10]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
| Persembahan dan Keputusan Big Stage musim 4 | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan | |
| Minggu 1 | Game On | "Samar Bayangan" | Nicky Astria | 5 | |
| Minggu 2 | Hypebeat | "Impikan" | Dolla | 1 | |
| Minggu 3 | Playlist 2000 | "Behind These Hazel Eyes" | Kelly Clarkson | 2 | |
| Minggu 4 | Go Viral! | "Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja" | Judika | 2 | |
| Minggu 5 | This Is Siti Nurhaliza | "Ku Milikmu" | Siti Nurhaliza | 1 | |
| Minggu 6 | Rotasi 36T | "Rindu" | Hetty Koes Endang | 6 | |
| Minggu 7 (Separuh Akhir) | Flex & Battle Mashup | "Anggapan Mu" | Ziana Zain | 4 | |
| "Hukum Karma & Pelesit Kota" (battle Yazmin Aziz) | Wings & Search | ||||
| Minggu 8 (Akhir) | Ultimatum Solo & Duet | "Cinta" | Marsha Milan Londoh | JUARA | |
| "Believer"
(duet bersama Hael Husaini) |
Imagine Dragons | ||||
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single
[sunting | sunting sumber]- Sebagai artis utama
| Tahun | Judul Lagu | Album | Nota |
|---|---|---|---|
| 2017 | "Bila Nanti" | Bukan album single | |
| 2018 | "Kau Lah!" | ||
| 2019 | "Araatan" (Benci) | Lagu dalam Bahasa Dusun di bawah benn studio | |
| "Hilang" | Single di bawah Jozel Entertainment.[11] | ||
| 2020 | "Momuhobo" (Bernafas) | Lagu dalam Bahasa Dusun di bawah benn studio.[12] | |
| "Percaya Aku" | Single terbitan MPH Sdn Bhd & Benn's Studio.[13] | ||
| 2021 | Napasan | single dibawah benn studio | |
| 2022 | Uhupai Oku | ||
| 2024 | Oh Huminodun | single dwibahasa di bawah Chaoss entertainment | |
| Oh Huminodun (dusun version) | |||
| Queen | Single berbahasa English di bawah chaoss entertainment | ||
| Christmas Magic | Special Single for Christmas | ||
| 2025 | Tak Sempurna | Single berbahasa Melayu di bawah chaoss entertainment | |
| Potilombuson | Single berbahasa dusun | ||
| Terbaik Untukku | single berbahasa melayu |
- Sebagai duet atau artis jemputan
| Tahun | Judul Lagu | Album | Nota |
|---|---|---|---|
| 2019 | "Agabku" (Niatku) | Bukan album single | Menampilkan Rosario Bianis. Lagu dalam Bahasa Dusun. |
| 2020 | "Sabah Bangkit" | Bersama S.B.H menampilkan Fareed K-Clique, Noki K-Clique, Tuju K-Clique, Velvet Lawrence Aduk, Marsha Milan, Rich Estranged, MKNK, Brie, Andrea, Elle & Sipsofcola.[14] | |
| "AKU FAIYA" | Bersama BRYFRHN, YUNK-G dan SkyonSax.[15] | ||
| 2021 | Sonsodo | Single Duet Bersama Arddley Nicholas | |
| 2023 | Torimoonku | Single Duet Bersama Rosario Bianis | |
| 2023 | Racun | Single Duet Bersama Dem lepak Boyz | |
| 2025 | Kotobian Tadau Kaamatan | kolaborasi bersama XIOKK all-star | |
| Daddy Masih Kaya | Kolaborasi bersama kupi-kupi fm |
Muzik video
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Judul Lagu | Pengarah | Nota |
|---|---|---|---|
| 2018 | "Kau Lah!" | - | YouTube chanel rythm&rhyme entertaiment |
| 2019 | "Araatan" (Benci) | Jevf Shen | YouTube chanel Jevf Shen |
| 2020 | "Momuhobo" (Bernafas) | Benn Simon[16] | YouTube chanel benn studi |
| "Sabah Bangkit" | - | Terbitan KGE Studio.[14] | |
| "AKU FAIYA" | Bryan Kouju | Terbitan NuBornMusic.[15] | |
| 2022 | uhupai oku | einstein majanil | YouTube channel elica paujin |
| 2023 | torimoonku | einstein majanil | YouTube channel elica paujin |
| 2024 | oh huminodun | einstein majanil | YouTube channel elica paujin |
| Queen
(dance performance) |
einstein majanil | YouTube channel elica paujin | |
| 2025 | Ku Tak Sempurna | einstein majanil | YouTube Channel Elica Paujin |
| Kotobian Tadau Kaamatan | - | Terbitan XIOKK | |
| Potilombuson | einstein majanil | YouTube Channel Elica Paujin |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2021 | Leo The Wildlife Ranger | Jane | Mediacorp Okto | Suara |
| 2022 | Onduri | Zulaikha | RTM | Pelakon Tambahan dan Penyanyi Lagu Tema Drama "Onduri" |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan | Rujukan |
|---|---|---|---|---|---|
| 2017 | Mentor Milenia 2017 | - | - | Pemenang
|
[2] |
| 2019 | Juara Lagu Popular (JLP) Kadazan Dusun Murut (KDM) | - | "Araatan" (Benci) | Menang | [7] |
| 2020 | Stariser : Mencari Bintang Nusantara | - | - | Pemenang
|
[8] |
| 2022 | Big Stage 2022 | - | - | Pemenang
|
|
| 2023 | separuh akhir muzik-muzik 38 | Racun | Tersingkir | ||
| 2024 | Separuh Akhir muzik-muzik 39 | Oh huminodun | Tersingkir | ||
| 2025 | Anugerah Industri Muzik Ke-24 | Oh Huminodun | Top 5 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kemalia Othman (8 Mei 2017). "Elica Mahu Balik Sabah Buat Kenduri". mstar.com.my. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ a b Budiey (3 Mei 2017). "Usop, Along, Syeera & Elica Mara Ke Konsert Akhir Mentor Milenia 2017". Budiey.com. Dicapai pada 20 Februari 2019.
- ^ "Bila Nanti - Single". 13 Jun 2017. Dicapai pada 20 Februari 2019.
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaklonstacy - ^ a b "Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan bakal meriahkan Tambunan 25 Nov ini". New Sabah Times. 18 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2017. Dicapai pada 14 Mac 2019.
- ^ Harap tuah menyebelahi saya - Elica. Harian Metro. 3 Julai 2018.
- ^ a b Alfred Petrus. "BEN SIMON UNGGULI JUARA LAGU POPULAR KDM 2019, RANGKUL TIGA KEMENANGAN". Sabah News Today. Dicapai pada 24 Mei 2019.[pautan mati kekal]
- ^ a b "Menang RM10,000, Elica Paujin Juara Stariser 2020!". Amri Hassan. Gempak.com. 19 April 2020. Dicapai pada 2 September 2020.
- ^ "Jadi Juara di Ajang Stariser 2020, Elica Paujin : Emosi Muncul Dari Hati". Gempak ID. Gempak.com. 19 April 2020. Dicapai pada 2 September 2020.
- ^ Najiy Jefri (28 Mac 2022). "Elica dinobatkan juara Big Stage 2022". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mac 2022.
- ^ Benn Studio. "Hilang-Elica Paujin". Dicapai pada 17 November 2019.
- ^ Benn Studio (17 Mei 2020). "MOMUHOBO - ELICA PAUJIN". Dicapai pada 18 Mei 2020.
- ^ MPH Studio Official (20 November 2020). "Percaya Aku - Elica Paujin (Official Audio)". Dicapai pada 22 November 2020.
- ^ a b Anne Grace Savitha (10 September 2020). "'Sabah Bangkit': Stars rally for youth empowerment in the Land Below the Wind (VIDEO)". Dicapai pada 11 September 2020.
- ^ a b NuBorn Music Malaysia (8 Oktober 2020). "AKU FAIYA - ELICA PAUJIN / BRYFRHN / YUNK - G / SKYONSAX [Official Music Video]". Dicapai pada 9 Oktober 2020.
- ^ Benn Studio (30 Ogos 2020). "MOMUHOBO - ELICA PAUJIN (Official Music Video)". Dicapai pada 2 September 2020.

