Elie Youssef Najem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Elie Youssef Najem merupakan 'jutawan' dari negara Lubnan / Lebanon. Beliau pernah berjanji untuk menyumbang RM1 bilion kepada Majlis Kanser Nasional.

Beliau pernah ditangkap kerana memiliki wang palsu AS$66.02 juta (RM220.6 juta).

Penjara kerana menipu[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2010, beliau dijatuhi hukuman penjara 6 tahun 6 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur . Dia dihukum penjara 3 tahun bagi dua tuduhan menipu dan 5 bulan bagi tuduhan menyalahguna pas lawatan.Majistret Mohd Azali Ibrahim mendapati tiada keraguan munasabah.

Elie telah menipu Tan Sim Chai, 64 bahawa dia akan membayar balik hutangnya apabila memperoleh wang dari luar negara berjumlah 2.6 juta pound sterling. Oleh itu Tan sanggup menyerahkan 9 cek Maybank RM22,000 pada 10 malam, 12 September 2005.

Elie juga menipu Tan atas alasan yang sama sehingga mendorong Tan menyerahkan RM13,000 pada pukul 11 malam, 13 September 2005. Seksyen 415 dan 417 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Elie turut bersalah di bawah Peraturan 11(7) Imigresen 1963 kerana bekerja sebagai pengarah syarikat dengan menggunakan pas lawatan. Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di B-3-14, Blok B, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kuan Seng, di Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi membenarkan Elie diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan pasportnya ditahan sehingga kes selesai.

Berkhalwat[sunting | sunting sumber]

Pada 27 April 2010, Elie (50) berkhalwat dengan Roslin Taha (49) di bilik 8804, Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfieldsjam 3.45 petang . Elie didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 sementara Roslin pula didakwa mengikut Seksyen 27(b) akta sama. [1]

Bernikah tanpa kebenaran[sunting | sunting sumber]

Elie juga bernikah dengan isterinya, Farinnie Mohd. Farid, tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984. Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.]

Beliau juga mengugut isterinya.

Isterinya Farinnie menuntut cerai fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]