Elizabeth Gillies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Elizabeth Gillies
Elizabeth Gillies by Gage Skidmore.jpg
KelahiranElizabeth Egan Gillies
(1993-07-26) 26 Julai 1993 (umur 26)
Haworth, New Jersey, Amerika Syarikat
Nama lainLiz Gillies
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
Tahun aktif2005–kini

Elizabeth Egan Gillies[1] (lahir 26 Julai 1993)[2] juga dikenali sebagai Liz Gillies ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Beliau muncul dalam beberapa siri televisyen dan iklan, sebelum memperolehi peranan penting pertama sebelum ulang tahun kelahiran beliau yang ke-17, memegang watak sebagai Jade West dalam siri TV Victorious. Beliau membuat kemunculan Broadway sulungnya pada usia 15 tahun menerusi teater muzikal 13, memegang watak sebagai Lucy.[3] Beliau juga memegang watak utama dalam siri komedi rock 'n' roll FX Sex&Drugs&Rock&Roll.

Biografi[sunting | sunting sumber]

1993–2009: Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Gillies dilahirkan di Haworth, New Jersey kepada pasangan Dave dan Lorrie Gillies. Beliau mempunyai seorang adik lelaki bongsu yang dilahirkan pada 1996.[4] Beliau berketurunan Itali dan Ireland.[5]

Kerjaya Gillies dalam bidang lakonan bermula pada usia 12 tahun, apabila beliau mula hadir ke ujibakat lakonan terbuka. Beliau segera muncul di iklan untuk syarikat seperti Virgin Mobile.[6] Peranan televisyen pertamanya ialah menerusi watak ulangan dalam siri The Black Donnellys. Beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak dibenarkan untuk menonton persembahan keseluruhannya kerana ibu bapanya merasakan ia tidak sesuai untuknya pada masa itu. Beliau muncul dalam tiga episod. Pada tahun 2007, beliau memainkan peranan kecil dalam The Clique, Harold, dan Locker 514[7] Pada pertengahan 2008, Gillies diberi peranan sebagai Lucy dalam penernitan Goodspeed bagi muzikal 13 karya Jason Robert Brown, bersama bakal bintang bersamanya dalam siri Victorious, Ariana Grande. Pada tahun berikutnya 13 berpindah ke Broadway, yang menjadi penerbitan Broadway pertama mempunyai pelakon dan kugiran yang semuanya dari golongan remaja.[8] Gillies kekal bersama penerbitan itu sehingga ia berakhir pada 4 Januari January 4, 2009.[9]

2010–2014: Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, Gillies melakonkan watak Jade West dalam siri televisyen Nickelodeon Victorious, sebuah sitkom berkisarkan sekumpulan remaja di sekolah tinggi berasaskan seni persembahan di Hollywood. Ini menandakan kali kedua lakonan beliau bersama bintang 13 Ariana Grande. Ditanya mengenai wataknya dalam Victorious, Gillies berkata "Ia sungguh menakjubkan. Saya suka menegang wayak Jade. Saya selalu kata yang dia tidak terlalu "garang”, tetapi “jahatnya” dia dalam pelbagai cara. Dia mempunyai banyak kualiti manusia padanya — dia tidaklah sosiopatik sepenuhnya. Dia seorang yang manis di depan teman leakinya. Ia sungguh baik untuk membawakan watak sedemikian."[10] Siri itu memulakan tayangan perdana pada 27 Mac 2010. Semasa zamannya dengan Victorious, Gillies tampil dalam beberapa lagu dalam runut bunyi Victorious dan Victorious 2.0, termasuk "Give It Up" (duet bersama Ariana Grande), dan "Take a Hint" (duet bersama Victoria Justice). Beliau juga menulis dan merakamkan lagu "You Don't Know Me" untuk episod Victorious,[11] dan ia kemudiannya dimuatkan dalam album Victorious 3.0.[12][13] Beliau meminjamkan bakatnya dalam satu lagi siri Nickelodeon, meminjamkan suaranya bagi watak Daphne dalam siri animasi Winx Club dan merakamkan lagu rasmi Winx Club, "We Are Believix." Beliau juga tampil dalam episod siri Big Time Rush dan sebagai peserta dalam rancangan permainan BrainSurge dan Figure It Out.

Bermula pada 2012, Gillies mula membawakan peranan tamu kecil di luar Nickelodeon. Kemunculan utamanya termasuk White Collar dan The Exes. Pada Julai 2012, ia telah dilaporkan yang Gillies sedang mempersiapkan album rock alternatif.[14][15] Victorious berakhir pada 2 Februari 2013 selepas empat musim. Berikutan pembatalan siri tersebut, Gillies berehat dari aktiviti lakonannya. Pada 2013, beliau memegang watak Courtney dalam muzikal adaptasi dari filem Jawbreaker dan mengambil bahagian dalam rancangan tersebut di Manhattan.[16] Muzikal itu tidak berakhir sebaik ia dibawa ke Broadway. Pada 10 Disember 2013, Gillies merakamkan sebuah lagu duet bersama Ariana Grande bertajuk "Santa Baby" EP Krismas Grande Christmas Kisses.[17] Pada 2014, Gillies muncul dalam filem seram Animal sebagai Mandy dan siri Lifetime Killing Daddy, memegang watak Callie Ross. Animal telah difilemkan pada musim panas 2013 di Manchester, Connecticut dan diterbitkan oleh Drew Barrymore. Filem itu juga menampilkan bekas pelakon bersama Gillies dk Winx Club Keke Palmer dan dikeuarkan di iTunes pada 17 Jun 2014.[18] Gillies membawakan kembali peranannya sebagai Jade dalam episod khas siri spinoff iCarly dan Victorious, Sam & Cat. Killing Daddy, sebuah filem asal Lifetime,[19] lakonan Gillies sebagai Calista "Callie" Ross, seorang wanita muda bermasalah yang kembali kepada keluarga yang telah berpisah dengan rancangan untuk bapa kurang upaya beliau dan mewarisi. Filem ini disiarkan di Lifetime pada 5 Julai 2014.

2015–kini: Puncak populariti[sunting | sunting sumber]

Gilles di Festival ATX TV 2015.

Pada 2015, Gillies diberikan watak sebagai Heather dalam pembikinan semula Vacation. Filem ini menerima keluaran meluas pada 29 Julai 2015. Beliau kemudiannya berlakon dalam siri Sex&Drugs&Rock&Roll sebagai Gigi, seorang penyanyi bercita-cita dan anak kepada bekas bintang rock bernama Johnny Rock (dibintangi oleh Denis Leary, pencipta rancangan tersebut).[20] Siri ini ditayangkan 16 Julai 2015 hingga ulasan bercampur-campur, tetapi persembahan Gillies sebagai Gigi diterima dengan baik. Ia disiarkan sebanyak dua musim, dengan siaran musim finale kedua pada 1 September 2016. Pada 9 September 2016, FX enggan memperbaharui siri itu untuk musim ketiga, sekaigus membatalkan siri ini..[21]

Pada Februari 2017, Gillies ditawarkan peranan Fallon Carrington dalam siri reboot The CW, Dynasty.[22][23][24]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Harold Evelyn Taylor
The Clique Shelby Wexler Terus ke video
2011 The Death and Return of Superman Eradicator folks Filem pendek
2012 Winx Club: The Secret of the Lost Kingdom Daphne (suara) Alihsuara bahasa Inggeris
2014 Animal Mandy
2015 Vacation Heather

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 Black Donnelly, TheThe Black Donnelly Jenny muda 3 episod
2009 Battery's Down, TheThe Battery's Down Tetamu Bat Mitzvah Episod: "Bad Bad News"
2010–2013 Victorious Jade West Peranan suara; 57 episod
2011 iCarly Jade West Episod: "iParty with Victorious"
2011 Big Time Rush Heather Fox Episod: "Big Time Secret"
2011–2015 Winx Club Daphne Peranan suara; 24 episod
2012 White Collar Chloe Woods Episod: "Upper West Side Story"
2013 The Exes Tracy Cooper Episod: "Prelude to a Kiss"
2014 Sam & Cat Jade West Episod: "#TheKillerTunaJump: #Freddie #Jade #Robbie"
2014 Killing Daddy Callie Ross Filem televisyen
2015 American Dad! Lena Horne Peranan suara; episod: "A Star is Born"; tidak dikreditkan
2015–2016 Sex&Drugs&Rock&Roll Gigi Peranan utama; 20 episod
2015 Penguins of Madagascar, TheThe Penguins of Madagascar Penyanyi Peranan suara; episod: "The Penguin Who Loved Me"
TBA Dynasty Fallon Carrington Peranan utama

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis
2010 "Freak the Freak Out" Victoria Justice
2011 "Beggin' on Your Knees" Victoria Justice
2011 "All I Want Is Everything" Victoria Justice
2011 "Take a Hint" Victoria Justice dan dirinya sendiri
2011 "Time in the Day" Mickey Deleasa
2012 "Time of Our Life" Big Time Rush
2012 "Make It in America" Victoria Justice
2012 "We Are Believix" Dirinya sendiri
2012 "You Don't Know Me" Dirinya sendiri
2013 "Right There" Ariana Grande
2015 "One Last Time" Ariana Grande
2015 "Die Trying" Dirinya sendiri
2016 "Bang Bang" Dirinya sendiri

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008–2009 13 Lucy Pelakon asal Broadway
2013 Jawbreaker: The Musical Courtney Bacaan bengkel

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brantley, Ben (October 6, 2008). "Stranger in Strange Land: The Acne Years". The New York Times. Dicapai September 15, 2011. 
  2. ^ Gillies, Elizabeth [LizGillies] (July 25, 2011). "Enjoying the last few hours of my childhood! Tomorrow I am a legal adult!" (Tweet). Dicapai January 22, 2017 – melalui Twitter. 
  3. ^ "13 A New Musical Announces Its Teenage Cast and Band". Broadwayworld.com. August 14, 2008. 
  4. ^ Gillies, Elizabeth [LizGillies] (April 23, 2016). "My platinum blonde, bowl-cut-haired little brother is now a fully grown TWENTY YEAR OLD MAN. Can't believe it. Happy Bday @GeorgeGillies3 :)" (Tweet). Dicapai January 22, 2017 – melalui Twitter. 
  5. ^ "Interview: Broadway Star and 'Victorious' Mean Girl Elizabeth Gillies Couldn't Handle Bieber Fans". Crushable. March 13, 2011. Dicapai August 20, 2015. But my Italian grandmother and great-grandmother weren’t having any of it; they have their traditional Italian meal, and I had to watch this gorgeous food be consumed by my family. Lasagna, meatballs, and I’m just sitting there... 
  6. ^ Rohan, Virginia (July 20, 2011). "TV Mean Girl: Haworth's Elizabeth Gillies talks iParty with Victorious". bergen.com. Dicapai June 26, 2015. Elizabeth Gillies is not a diva. She just plays one on TV. The Haworth teen is nothing but charming as she chats on the phone about Jade, the gifted character with attitude she plays on Nickelodeon's Victorious. 
  7. ^ "Locker 514". Internet Movie Database. Dicapai September 21, 2016. 
  8. ^ "13, A New Musical Announces Its Teenage Cast and Band". Broadway World. August 14, 2008. Dicapai December 6, 2013. 
  9. ^ Gans, A.; Jones, K. (November 21, 2008). "New Musical 13 to Close on Broadway in January 2009". Playbill. Dicapai September 21, 2016. 
  10. ^ Orenstein, H. (July 27, 2012). "Elizabeth Gillies, 'Victorious' Star, On Playing The Bad Girl And Being The Nice Girl". Huffington Post. Dicapai September 21, 2016. 
  11. ^ Mulvaney, Nicole. "J-14 Exclusive: Liz Gillies Talks the End of 'Victorious' and New Music". J-14.com. Dicapai December 6, 2013. 
  12. ^ "Victorious 3.0 Track List". Diarkibkan daripada asal pada October 2, 2013. 
  13. ^ Gillies, Liz. "Liz Gillies Tweet". Twitter (Verified Account). Dicapai October 16, 2012. 
  14. ^ "Twitter / LizGillies: @LizGOnline". Dicapai July 27, 2012. 
  15. ^ Orenstein, Hannah (July 27, 2012). "Liz Gillies Interview". Huffington Post. 
  16. ^ Gans, A. (September 26, 2013). "MadBromance Productions hosts a 29-hour reading of Jawbreaker: The Musical, based on the 1999 film "Jawbreaker," Sept. 26-27 at 3 PM in Manhattan". Dicapai September 21, 2016. 
  17. ^ Boardman, Madeline (December 10, 2013). "Ariana Grande Does 'Santa Baby' With Liz Gillies". The Huffington Post. Dicapai December 18, 2013. 
  18. ^ Ng, Philiana (July 25, 2013). "Drew Barrymore's 'Animal' Sets Ensemble Cast (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai August 7, 2013. 
  19. ^ Gillies, Elizabeth. "Liz Gillies Tweet". Twitter (Verified Account). Dicapai December 6, 2013. 
  20. ^ Patten, Dominic (June 30, 2014). "FX Orders Denis Leary's 'Sex&Drugs&Rock&Roll' To Series". Deadline Hollywood. 
  21. ^ Ausiello, M. (September 9, 2016). "Sex&Drugs&Rock&Roll Cancelled at FX". TVLine. Dicapai September 21, 2016. 
  22. ^ Wagmeister, Elizabeth (February 10, 2017). "CW's Dynasty Reboot Casts Elizabeth Gillies in Starring Role". Variety. Dicapai May 13, 2017. 
  23. ^ Petski, Denise (February 10, 2017). "Elizabeth Gillies Joins The CW's Dynasty Reboot; William Miller Cast In Searchers". Deadline Hollywood. Dicapai May 13, 2017. 
  24. ^ Holloway, Daniel (May 10, 2017). "Dynasty Reboot, Military Drama Valor Land Series Orders at CW". Variety. Dicapai May 13, 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]