Elliott Bennett

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Elliott Bennett
Elliott Bennett 28 March 2009.jpg
Bennett bersama Bury pada tahun 2009
Maklumat peribadi
Nama penuhElliott Bennett
Tarikh lahir (1988-12-18) 18 Disember 1988 (umur 29)
Tempat lahirTelford, England
Ketinggian5 ft 9 in (1.75 m)
Posisi permainanPemain sayap / Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniNorwich City
Nombor17
Kerjaya remaja
2004–2007Wolverhampton Wanderers
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2007–2009Wolverhampton Wanderers0(0)
2007–2008Crewe Alexandra (pinjam)9(1)
2008Bury (pinjam)19(1)
2008–2009Bury (pinjam)48(3)
2009–2011Brighton & Hove Albion89(13)
2011–Norwich City66(2)
2014Brighton & Hove Albion (pinjam)7(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 01:14, 27 Januari 2015 (UTC).
† Kemunculan (Gol).

Elliott Bennett (lahir 18 Disember 1988) merupakan pemain bola sepak profesional Jamaica kelahiran England yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Norwich City. Dia merupakan abang kepada pemain bola sepak Kyle Bennett dan sepupu kepada Jake Bennett yang bermain untuk AFC Telford United.

Karier[sunting | sunting sumber]

Wolverhampton Wanderers[sunting | sunting sumber]

Bennett membesar di Telford, Shropshire, dan menyertai Wolverhampton Wanderers ketika berumur sembilan tahun. Dia merupakan kapten pasukan bawah--12 yang pergi ke Jepun pada tahun 2001 dan memenangi Piala Dunia B12, dimana dia juga dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Pertandingan. Dia menghadiri Thomas Telford School, dimana dia merupakan kapten pasukan yang memenangi County Cup lima tahun berturut-turut. Bennett juga merupakan pelari 200m yang berbakat dan mewakili Shropshire di English School Athletics Championships.

Dia meninggalkan sekolah untuk mendapatkan biasiswa di Wolves bersama Lee Collins, dan menandatangani kontrak profesional bersama mereka pada bulan Mac 2007. Pemain tengah itu tidak pernah membuat sebarang penampilan liga untuk Wolves, walaupun disenarai dalam pasukan utama beberapa kali, tetapi pernah beraksi dua kali untuk mereka dalam Piala Liga.

Brighton & Hove Albion[sunting | sunting sumber]

Selepas dipinjamkan kepada Crewe (dimana dia menjaringkan gol ketika menentang Port Vale)[1] dan Bury, Bennett menandatangani kontrak tiga tahun bersama Brighton & Hove Albion pada 20 Ogos 2009.[2] Pada bulan November 2010 dia menandatangani kontrak baru tiga tahun setengah yang akan mengekalkan di Brighton & Hove Albion sehingga musim panasa tahun 2014.[3] Bennett beraksi cemerlang pada musim 2010–11, memainkan peranan penting untuk kenaikan liga Brighton ke Championship. Menjaringkan lapan gol, dan membuat lebih daripada 20 bantuan gol, Bennett mendapat tempat dalam PFA League One Team of the Year.

Norwich City[sunting | sunting sumber]

Musim 2011–12[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2011, dia menyertai Norwich City dengan perjanjian tiga tahun.[4] Dia diberi nombor 17 untuk musim Liga Perdana Inggeris yang akan datang. Bennett menjaringkan gol ketiga ketika kemenangan 3–0 dalam perlawanan pra-musim menentang Coventry City. Walau bagaimanapun, ini tidak cukup untuk menempatkan Bennett dalam kesebelasan utama menentang Wigan Athletic dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris dimana dia masuk sebagai pemain gantian, menggantikan Andrew Surman. Pada 9 April 2012, Bennett menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane yang berjaya memberikan pasukannya kemenangan 2-1.

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Bennett memulakan musim 2012/2013 di bangku simpanan ketika kekalahan pasukannya 5-0 di Craven Cottage. Bennett kembali beraksi ketika pertembungan Piala Liga menentang Doncaster Rovers. Pada 6 April dia membuat dua bantuan gol ketika seri 2–2 menentang Swansea City. Pada 20 April, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 2-1 ke atas Reading.[5]

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Selepas bermain dalam perlawanan pembukaan menentang Everton, Bennett cedera ligamen lututnya, yang memerlukaan pembedahan menyebabkannya tidak bola beraksi sehingga tahun 2014.[6] Dia kembali daripada kecederaan pada hari terakhir musim, menggantikan Nathan Redmond pada minit ke-76 ketika kekalahan 2-0 kepada Arsenal.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bennett layak beraksi untuk Jamaica menerusi datuk dan nenek sebelah bapanya. Dia dipanggil ke pasukan kebangsaan Jamaica pada 27 Februari 2015 untuk perlawanan persahabatan menentang Venezuela dan Cuba.[7]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Brighton & Hove Albion
Individu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Port Vale 0–1 Crewe". BBC. 6 November 2007. Dicapai 21 April 2013. 
  2. ^ Brighton swoop for winger Bennett, BBC sport, 20 August 2010. Retrieved 7 June 2011.
  3. ^ Winger Elliott Bennett signs new Brighton deal, BBC sport, 23 November 2010. Retrieved 7 June 2011.
  4. ^ Bennett Completes Norwich Move, Seagulls World, 14 June 2011. Retrieved 14 June.
  5. ^ "Norwich 2-1 Reading" BBC Sport. 20 April 2013. Retrieved 20 August 2013.
  6. ^ "Norwich City's Elliott Bennett ruled out until 2014". BBC Sport. BBC. 22 August 2013. Dicapai 7 September 2013. 
  7. ^ "Four Newcomers For Jamaica's Reggae Boyz Football Squad". Gleaner (Jamaica). 27 February 2015. Dicapai 27 February 2015. 
  8. ^ "PFA Divisional Awards: Npower League One". Professional Footballers Association. 17 April 2010. Dicapai 18 April 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]