Elseya lavarackorum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Elseya lavarackorum
Elseya lavarackorum
Tidak dinilai (IUCN 2.3)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Subgenus:
Spesies:
E. lavarackorum
Nama binomial
Elseya lavarackorum
(White & Archer, 1994)[1]
Sinonim[2]

lihat teks

Elseya lavarackorum juga dikenali sebagai Kura-kura Sentap Teluk atau Kura-kura Lavaracks ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae.[3] Spesies ini berasal dari utara Australia iaitu barat laut Queensland dan barat daya Wilayah Utara.[4] Seperti kura-kura genus Elseya, mereka hanya naik ke darat untuk bertelur dan berjemur.[5] Kura-kura ini bersifat maun dan makanan utamanya ialah daun pandanus dan kulit-kulit kayu.[6]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama spesies, lavarackorum, diambil sempena nama paleontologis Australia, Jim Lavarack dan Sue Lavarack yang menjumpai bangkai spesies ini.[7]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Spesies ini mula dibincangkan pada tahun 1994 dan dikenali sebagai Emydura lavarackorum selepas fosilnya dijumpai di Riversleigh iaitu barat laut Queensland.[1] Walaupun dinamakan demikian, namun secara anatominya, topang penghubung hadapannya seperti kura-kura genus Elseya.[4] Malah spesies ini bukan sahaja satu-satunya fosil hidup pertama kura-kura Australia malah sebahagian dari populasi taksa zaman Pleistocene.[4] Ia kemudiannya menerima perhatian umum setelah cerita perjumpaan mengenainya diterbitkan dalam majalah, Discover Magazine pada bulan Januari 1997.[8] Selepas ia diletakkan dalam genus yang betul, maka ia ditetapkan ke dalam senarai filogeni Elseya dan kini dikenali sebagai Elseya lavarackorum.[9] Ahli dari kumpulan spesies ini termasuklah Elseya albagula dan Elseya irwini, dan ketiga-tiganya adalah capahan dari kumpulan Elseya dentata.[3][4][9]

Sinonim[sunting | sunting sumber]

  • Emydura lavarackorum —White & Archer, 1994
    • Elseya lavarackorum —Thomson, White & Georges, 1997
    • Elseya lavarakorum —Cann, 1998 (ex errore)
    • Elseya lavackorum —Georges & Thomson, 2006 (ex errore)
    • Elseya dentata lavarackorum — Artner, 2008
    • Elseya (Pelocomastes) lavarackorum — comb. nova. Thomson et al. 2015[10]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini agak besar, berwarna coklat. Karapasnya boleh mencecah sehingga 35 sentimeter (14 in) panjang; Mempunyai sutur antara hemeral dan perisai pektoral pada bahagian plastron.[11] Bentuk suturnya yang beralun membezakannya dengan spesies dari Kura-kura Sentap Utara (Elseya dentata) yang lebih tegak.[6]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini mendiami kawasan sungai dan tasik di Teluk Carpentaria yang terletak di Wilayah Utara dan Queensland. Kawasan habitatnya juga merangkumi Nicholson ke Sungai Calvert di Wilayah Utara hingga ke Sungai Gregory di Queensland.[6][11]

Kelakuan[sunting | sunting sumber]

Spesies ini bersifat maun dan menjadikan buah-buahan, kelopak bunga dan daun seperti pokok Pandanus sebagai makanan. Kura-kura muda memilih larvae serangga sebagai makanan. Walaupun dietnya terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, mereka sering menjadi mangsa pemancing yang menggunakan daging sebagai umpan. Mereka juga membina sarang telur berhampiran sungai.[6]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini disenaraikan sebagai antara haiwan terancam oleh akta Komanwel, Endangered Species Protection Act 1992,[12] dan spesies terjejas oleh akta Queensland, Nature Conservation Act 1992, dan dianggap kurang membimbangkan oleh akta Wilayah Utara Territory Parks and Wildlife Conservation Act 2000.[11]

Antara ancaman yang dihadapi kura-kura ini ialah gangguan terhadap sarang telurnya oleh haiwan perosak seperti khinzir, kemusnahan habitat oleh lembu, serta perubahan hidrologi dan cuaca.[11] Mereka juga sering terperangkap ke dalam jaring-jaring tangkapan ikan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b White, A.; Archer, M. (1994). "Emydura lavarackorum, a new Pleistocene turtle (Pleurodira: Chelidae) from fluviatile deposits at Riversleigh, Northwestern Queensland". Records of the South Australian Museum. 27: 159–167.
  2. ^ Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 329. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Disember 2010. Dicapai pada 29 Mei 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b Georges, A., & Thomson, S. 2010. Diversity of Australasian freshwater turtles, with an annotated synonymy and keys to species. Zootaxa 2496: 1–37.
  4. ^ a b c d Thomson, S.A.; White, A.; Georges, A. (30 Jun 1997). "Re-evaluation of Emydura lavarackorum: identification of a living fossil" (PDF). Memoirs of the Queensland Museum. 42: 327–336. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Julai 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Cann, J 1998, Australian freshwater turtles, Beaumont, Singapore.
  6. ^ a b c d e "Threatened Species of the Northern Territory: Gulf Snapping Turtle" (PDF). John Woinarski (compiler). Department of Natural Resources, Environment and the Arts, Northern Territory. Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Oktober 2009. Dicapai pada 8 Januari 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Beolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael. 2011. The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Elseya lavarackorum, p. 152).
  8. ^ Zimmer, C. 1997. Shell Game Discover Magazine 1997(1)
  9. ^ a b Thomson, S., Georges, A. and C. Limpus (2006). A New Species of Freshwater Turtle in the Genus Elseya (Testudines: Chelidae) from Central Coastal Queensland, Australia. Chelon. Conserv. Biol. 5 (1): 74–86. PDF fulltext Diarkibkan 29 Ogos 2007 di Wayback Machine
  10. ^ Thomson, S., Amepou, Y., Anamiato, J. & Georges, A. 2015. A new species and subgenus of Elseya (Testudines: Pleurodira: Chelidae) from New Guinea. Zootaxa 4006(1):59-82. Preview (PDF)
  11. ^ a b c d "Approved Conservation Advice for Elseya lavarackorum (Gulf snapping turtle)" (PDF). Department of the Environment and Water Resources, Australia. 3 Julai 2008. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  12. ^ "Elseya lavarackorum — Gulf Snapping Turtle". Species Profile and Threats Database. Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. 12 Februari 2010.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]