Elusor macrurus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Elusor macrurus
Kura-kura Sungai Mary di Zoo Australia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Elusor

Cann and Legler, 1994
Spesies:
E. macrurus
Nama binomial
Elusor macrurus
Cann and Legler, 1994
Sinonim[2]
  • Elusor macrurus Cann & Legler, 1994

Elusor macrurus atau Kura-kura Sungai Mary ialah kura-kura leher sisi yang endemik dan boleh ditemui di Sungai Mary di tenggara Queensland, Australia.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Kura-kura Sungai Mary pertama kali dibincangkan pada tahun 1994. Elusor ialah genus monotip dan mempunyai sejarah evolusi yang panjang di benua Australia.[3]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini adalah antara kura-kura terbesar Australia. Boleh mencapai panjang melebihi 50cm. Kura-kura yang masih kecil mempunyai panjang sekitar 2.0–3.5cm. Kura-kura dewasa memiliki karapas (tempurung) yang lonjong, bergaris arus, sama ada bercorak atau tiada. Berwarna merah, coklat atau hitam. plastron (cangkerang perut) berwarna krim atau merah jambu. Manakala warna kulitnya mengikut warna pada cangkerang dan biasanya ekor dan kaki-kakinya berwarna merah jambu. Iris mata berwarna biru pucat. Haiwan ini mempunyai pernafasan bimodal, menjadikan ia mampu menyerap oksigen melalui kloaka ketika berada dalam air. Bagaimanapun, mereka kerap menuju je permukaan air untuk bernafas melalui hidung seperti biasa.[3]

Kura-kura jantan mempunyai ekor yang panjang, iaitu hampir dua pertiga panjang badannya. Ekornya juga berbentuk lengkung haemal, iaitu ciri-ciri yang tiada pada kura-kura lain dan fungsinya masih tidak diketahui. Malah kura-kura ini memiliki sesungut panjang pada bawah rahangnya. Sebagai perbandingn, Kura-kura Sungai Mary mempunyai saiz kepala yang kecil dan kaki belakang yang besar menjadikan ia perenang yang pantas.[3]

Kura-kura ini juga dipanggil Kura-kura Rambut hijau kerana kebanyakan spesimen yang ditemui mempunyai algae yang tumbuh pada kepalanya yang menyerupai rambut.[4]

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Mendiami kawasan air mengalir di tebing Sungai Mary, dan bertelur di sekitar kawasan tanah sekeliling sungai tersebut.[1] Kura-kura ini mengambil masa yang lama untuk matang; Dianggarkan kura-kura betina mencapai kematangan ketika berusia 25 tahun, dan jantan, 30 tahun.[5] Kura-kura Jantan yang matang boleh bertindak agresif terhadap kura-kura jantan lain, atau spesies lain. Haiwan ini bersifat maun, menjadkan tumbuh-tumbuhan seperti algae sebagai makanan serta haiwan-haiwan kecil lain.[3]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 1960 dan 1970an, kura-kura ini sangat popular dijadikan haiwan peliharaan di Australia. Lebih 15,000 ekor dihantar ke kedai-kedai haiwan setiap tahun selama 10 tahun, sehingga mereka menggelarkan haiwan ini sebagai "penny turtle"[5] atau "kura-kura kedai".

Kini, spesies ini disenaraikan sebagai haiwan terancam melalui Akta Pemuliharaan Alam Semulajadi Queensland's 1992, dan diletakkan di bawah Akta Perlindungan dan Pemuliharaan Biodiversiti Persekutuan 1999.[5] Manakala lembaga pemuliharaan antarabangsa, IUCN menyenaraikannya sebagai spesies terancam di bawah Senarai Merah IUCN.[1] Selain itu, ia juga disenaraikan sebagai terancam oleh Zoological Society of London's Evolutionarily Distinct and Globally Endangered list, yang menjadi sebahagian daripada program Kewujudan EDGE.[6][7] Haiwan ini menjadi spesies kedua sangat terancam di Australia selepas spesies Pseudemydura umbrina atau kura-kura Paya Barat, dari barat Australia. Turtle Conservation Fund menyenaraikan kura-kura ini sebagai antara 25 spesies kura-kura paling terancam pada tahun 2003.[8]

Bagi menambahkan populasinya yang semakin berkurangan, sebuah organisasi pemuliharaan Australia, iaitu Australian Freshwater Turtle Conservation and Research Association, berjaya membiakkaan haiwan ini dalam kurungan untuk dilepaskan ke habitat asal mereka pada tahun 2007.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group (1996). "Elusor macrurus". IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 1996: e.T7664A12841291. Dicapai pada 6 December 2015.
  2. ^ Uwe, Fritz; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 330. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c d Cann, J.; Legler, J. M. (1994). "The Mary River Tortoise: A New Genus and Species of Short-necked Chelid from Queensland, Australia (Testudines: Pleurodira)". Chelonian Conservation and Biology. 1 (2): 81–96.
  4. ^ "'Genital breathing' turtle faces extinction, scientists warn". 11 April 2018.
  5. ^ a b c "Elusor macrurus in Species Profile and Threats Database". Department of the Environment. Dicapai pada 24 January 2010. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "Species: EDGE of Existence". Dicapai pada 12 April 2018.
  7. ^ "Mary River Turtle: Elusor macrurus". Dicapai pada 12 April 2018.
  8. ^ "Turtle Conservation Fund - top 25 turtles in trouble". Turtle Conservation Fund. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-21. Dicapai pada 2 February 2017.
  9. ^ "Australian first". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-03. Dicapai pada 3 February 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]