Elyas Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Elyas Omar

PSM; SUMW, SMW (WP); SIMP, DSAP (Pahang); DSSA (Selangor); DMPN (PP); JSM, KMN
Elyas pada Disember 2007.
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Dalam jawatan
1 November 1981 – 17 September 1992
Didahului olehYaacob Latiff
Digantikan olehMazlan Ahmad
Butiran peribadi
Lahir(1936-11-16)16 November 1936
Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Meninggal dunia15 Mei 2018(2018-05-15) (umur 81)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PasanganFawziah Binti Abdul Hamid (2000 Div.)
Dayang Normala Binti Awang Tambi
Anak-anak8
KediamanAmpang

Tan Sri Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Elyas bin Omar (16 November 1936 – 15 Mei 2018) merupakan Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said pada 5 Januari 2005[1] Beliau juga merupakan Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke - 3[2][3].

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Elyas berkahwin dengan Fawziah Abdul Hamid , dikurniakan tiga anak dan Dayang Normala Awang Tambi[4] serta dikurniakan lima orang anak . Beliau bercerai dengan Fawziah Abdul Hamid pada tahun 2000.

Sejarah kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Elyas Omar pernah menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia dengan rekod kejayaannya ialah membantu negara menjulang Piala Thomas pada 1992 dan dalam sukan bola sepak memimpin Pasukan bola sepak Kuala Lumpur muncul juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut dari 1987-1989.[5][6]

Dalam tahun 2008, Elyas Omar telah menjadi Pengerusi The BrandLaureate, organisasi yang memupuk kesedaran tentang penjenamaan.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 15 Mei 2018 jam 7:15 malam pada usia 81 tahun ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).[7][8][9] Jenazah beliau dikebumikan pada 16 Mei di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada jam 11:35 pagi, seramai 300 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "THE HISTORY". web.archive.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-29. Dicapai pada 2018-05-18.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  2. ^ "JUBLI EMAS: KENALI DATUK BANDAR KUALA LUMPUR". www.mkn.gov.my.
  3. ^ "Elyas: Much work needed for 2020". manage.mail.com.my.
  4. ^ "Elyas omar's wish to see son, grandchildren in London unfulfilled". www.pressreader.com.
  5. ^ "Rafiz: 1992 Thomas Cup winning team had all-round depth". The Star. Malaysia. 26 May 2012. Dicapai pada 13 April 2015.
  6. ^ "Elyas solves Benteng hawker woes". New Straits Times. 10 December 1982. Dicapai pada 30 October 2010.
  7. ^ "Elyas Omar meninggal dunia". Berita Harian. 15 Mei 2018. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  8. ^ Adzrin Jaafar (15 Mei 2018). "Elyas Omar meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  9. ^ "Former KL mayor Elyas Omar dies". Free Malaysia Today. 16 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-16. Dicapai pada 18 Mei 2018. Elyas was Badminton Association of Malaysia president in 1992 when the country last won the Thomas Cup.
  10. ^ "Elyas Omar laid to rest". New Straits Times. 16 Mei 2018. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  11. ^ "Jenazah Elyas Omar dikebumikan pagi ini". Berita Harian. 16 Mei 2018. Dicapai pada 18 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Pesuruhjaya Sukan
2005–April 2008
Penyandang Kemudian
Belum wujud
Penyandang
Penyandang Terdahulu Datuk Bandar Kuala Lumpur
1981–1992
Penyandang Kemudian
Tan Sri Yaakob Latiff
Dato' Dr. Mazlan Ahmad