Pergi ke kandungan

Embun (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Embun
Poster keluaran tayangan
PengarahErma Fatima
Penulis
  • Rohiman Haroon
  • Erma Fatima
Lakon layar
Dibintangi
SinematografiTeoh Gay Hian
Disunting olehKamaruddin Abu
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 1 Ogos 2002 (2002-08-01) (Malaysia)
[1]
Masa tayangan
135 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM3 juta
Pecah panggungRM142 ribu

Embun ialah sebuah filem drama sejarah Malaysia 2002 arahan Erma Fatima dengan skrip oleh Erma dan Rohiman Haroon terbitan bersama Filem Negara Malaysia (FNM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).[2][3][4][5] Ia mengisahkan Embun, seorang wanita yang sentiasa bersemangat dalam memperjuangkan misi abangnya kerana telah ditawan oleh tentera Jepun kerana menentang pencerobohan Jepun. Filem ini dibintangi oleh Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin, Rahim Razali, Ahmad Tarmimi Siregar, Khatijah Tan dan Izi Yahya. Dialog filem Embun menggunakan bahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.[6][7][8]

Asalnya bertajuk Titisan Air Mata Embun, filem ini ialah filem pertama terbitan bersama FNM dan FINAS dengan kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM3 juta. Penggambaran dijalankan pada Julai dan September 2001 di Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Embun ditayangkan pada 1 Ogos 2002 di pawagam seluruh Malaysia. Meskipun telah menerima pelbagai ulasan positif, filem ini menjadi kegagalan komersial apabila hanya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM142,000. Filem ini telah menerima 6 kemenangan daripada 10 pencalonan di Anugerah Skrin 2003 dan 7 kemenangan daripada 12 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-16. Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, namun ia turut menerima kritikan.[9][10]

Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun (Umie Aida), bersama abangnya Bayu (Hani Mohsin) serta kekasihnya, Leftenan Koishi (Aqasha). Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat pembebasan dan daya juang yang tinggi. Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Embun berpendapat bahawa kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris. Bayu adalah seorang lepasan sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, Ibrahim Haji Yaakob serta anak asuhan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mereka dengan senangnya mempercayai slogan "Asia Untuk Asia" dan "Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya" yang dilaungkan pemerintah Jepun.

Suatu hari, setahun selepas kedatangan pihak Jepun, Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa (Ahmad Tarmimi Siregar) untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenan Akishi (Izi Yahya) dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai. Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian penyeksaan itu lalu menyelamatkan Embun. Embun semakin sedih apabila ayahnya, Pak Harun (Rahim Razali) dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas.

Hubungan Embun dan Koishi kian erat bagai orang yang bercinta, sehingga merunsingkan Akishi yang kemudiannya mendapati bahawa Koishi mengkhianati penjajah dengan membantu orang Melayu menentang penjajah lalu mengehendaki Koishi dan Embun dihukum mati. Koishi juga mati di akhir cerita akibat dibunuh dan dibalas dendam oleh Embun akibat membunuh kekasihnya. Akishi juga maut akibat tikaman Embun.

Umie Aida (gambar di atas), memegang watak sebagai Embun, dan Hani Mohsin (gambar di bawah), memegang watak sebagai Abang Bayu.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Ia telah dilaporkan pada Mac 2001 bahawa Filem Negara Malaysia (FNM) akan bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk menerbitkan sebuah filem epik yang berlatarkan zaman pendudukan Jepun di Malaya pada tahun 1940-an.[17] Tajuk asal filem ini ialah Titisan Air Mata Embun yang merupakan tajuk skrip karya Rohiman Haroon yang pernah memenangi tempat kedua Pertandingan Penulisan Skrip anjuran FINAS dan Persatuan Penulis Skrip Malaysia (SWAM) pada tahun 1998. Majlis pelancaran filem ini dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad pada 5 April 2001.[18] Embun ialah filem ketiga arahan Eirma Fatima selepas Jimi Asmara (1995) dan Perempuan Melayu Terakhir (1999).[19][20][21] Beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Rohiman.[22][23]

Pada Mei 2001, Filem Negara dan FINAS sedang dalam perbincangan untuk memilih siapa yang akan melakonkan watak utama dalam Embun.[24] Umie Aida dan Hani Mohsin terpilih sebagai pelakon utamanya selepas menghadiri sesi ujibakat yang diadakan oleh FINAS.[25] Pada masa yang sama, Umie telah diumumkan melakonkan watak Embun selepas lebih sebulan dalam pencarian siapa yang paling layak membawa watak gadis bernama Embun dalam filem itu.[26][27] Dalam satu coretannya yang ditulis untuk Metro Ahad, Umie mengakui terkejut setelah diumumkan sebagai teraju utama watak Embun, namun yakin akan melakukan yang terbaik.[28] Aqasha melakonkan watak sebagai Leftenan Koishi. Embun ialah filem sulung lakonannya.[29] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini yang bertajuk sama.

Kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM3 juta[30][31][32] dengan penggambaran dijalankan selama 2 bulan, dari Julai sehingga September 2001 di Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Ia melibatkan 1,700 pelakon tambahan termasuk 180 orang bagi watak askar Jepun selain 25 pelakon berdialog dan 65 krew.[33]

Simbolisme

[sunting | sunting sumber]

Embun disifatkan sebagai sebuah "filem tempoh" dan dianggap "mampu menjadi permulaan yang baik kerana ia melihat satu anjakan paradigma dalam sinema nasional".[34] Filem ini juga dilihat "berjaya mencerminkan pemikiran dan jati diri bangsa Melayu".[35] Menurut Berita Harian, Embun dilihat sebagai sebuah "filem epik sejarah berjiwa besar dan juga bercita-cita, turut mengubah landskap filem Melayu yang selama ini bermain sekitar tema cinta dan komedi".[36]

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Embun pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Mac 2002,[37] bagaimanapun dikeluarkan secara rasmi pada 1 Ogos 2002,[38][39][40] berikutan penerbitnya terpaksa mengetepikan tarikh sepanjang Jun kerana tempoh itu ialah musim bola sepak Piala Dunia FIFA 2002.[41] Filem ini menjadi kegagalan komersial apabila tiada rangka promosi dilakukan termasuk penyiaran treler filem ini di Radio Televisyen Malaysia (RTM).[42][43] Bagaimanapun, ia berjaya tersenarai dalam carta pecah panggung pawagam.[44][45][46]

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Meor Shariman dari The Malay Mail menulis: "Embun ialah sebuah karya agung, sebuah filem yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat".[47] Wahti Mahidin dari Sunday Mail memuji filem ini sambil menyifatkannya sebagai sebuah "filem hebat".[48] Menulis untuk Berita Harian, Akmal Abdullah berkata: "Embun, filem Melayu yang tinggi semangat sinematografinya. Imej visualnya banyak bermain dengan warna kelabu, putih dan hitam. Ia sesuai dengan mood dan milieau zaman lampau yang menjadi igauan hitam rakyat di negara ini sekitar lebih 55 tahun lalu".[49] Ellyna Ali, yang menulis untuk Berita Minggu turut memuji filem ini sambil berpendapat ia merupakan "sebuah karya tempatan yang hebat dan boleh dibanggakan".[50] Adam Salleh dari Metro Ahad pula menulis: "Sesudah Jimi Asmara dan Perempuan Melayu Terakhir, Embun kian memantapkan sekaligus mencernakan variasi Erma Fatima dalam pengarahan. Bukan mudah menghasilkan filem klasik yang boleh menambat selera, dan Embun ternyata menepati cita rasa dengan sinematografinya yang cukup berkesan".[51]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Embun menjadi subjek kecaman umum apabila adegan rogol yang dikatakan agak ghairah dan dianggap bahan eksploitasi untuk melariskan filem Embun.[52] Pengarahnya, Erma bagaimanapun menegaskan bahawa Embun bukan sebuah filem bertemakan seks.[53] Beliau kemudian meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa kononnya beliau mengarahkan salah seorang pelakon filem ini, Izi Yahya berbogel ketika penggambaran untuk filem Embun.[54][55] Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Zainal Abidin Zin berkata adegan rogol dalam filem itu telah ditapis.[56]

Pada tahun 2014, Embun telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 6 filem bertemakan Hari Kemerdekaan Terbaik oleh portal filem Cinema Online.[57] Majalah Remaja juga menyenaraikan filem ini sebagai antara filem patriotik yang patut ditonton.[58]

  • Lakonan pertama Aqasha selepas 2 tahun menceburkan dunia nyanyian dan menjadi hero, Lagu Embun juga dinyanyikan oleh beliau dengan ciptaan Aiman (Zul 2by2) bersama AD Samad sehingga sekarang menjadi pilihan peminat. Semasa permulaan kerjaya lakonan, beliau dipanggil oleh Erma Fatima untuk membuat casting sungguhpun pada awalnya tolak tawaran kerana tidak berpengalaman namun Erma menyakinkan bakatnya akhirnya Aqasha terima kemudian menjalani latihan lakonan dibawah Fatimah Abu Bakar dan Bahasa Jepun sebelum ke lokasi penggambaran.
  • Hanya dua pelakon boleh bertutur dialek utara seperti Hani Mohsin (lahir di Kangar, Perlis), Ropie Cecupak (lahir di Taiping, Perak)manakala selebihnya pelakon luar bukan asal Utara perlu berlatih bertutur dialek.
  • Khatijah Tan alami cedera di kaki akibat terkena air panas semasa jalani babak tanpa sebarang rawatan dan beliau menahan kesakitan sampai terkupas kulit kaki sepanjang penggambaran sehingga tamat barulah dibawa ke hospital.
  • Pengarah Muzik RTM Mokhzani Ismail dipilih untuk membuat skor muzik untuk filem Embun.
Khatijah Tan memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik di Festival Filem Asia Pasifik yang ke-45

Embun terpilih mewakili Malaysia di Festival Filem Asia Pasifik ke-47 yang berlangsung dari 1 hingga 4 Oktober 2002 di Seoul, Korea Selatan,[59] namun tidak terpilih untuk dipertontonkan untuk delegasi yang hadir.[60][61][62] Bagaimanapun, ia telah memenangi 2 daripada 3 pencalonan,[63] termasuk Pemilihan Filem Rasmi yang diterima oleh Embun, manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik dimenangi oleh Khatijah Tan.[64][65] Pada malam Festival Filem Malaysia ke-16 yang berlangsung pada 19 April 2003, filem ini telah memenangi 7 anugerah daripada 12 pencalonan termasuk Anugerah Khas Juri dan Poster Terbaik.[66] Di Anugerah Skrin 2004 yang berlangsung pada 24 Ogos, Embun telah menerima 6 kemenangan daripada 10 pencalonan termasuk Filem Terbaik.[67][68]

Anugerah Tarikh Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
Festival Filem Asia Pasifik 1–4 Oktober 2002 Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik Umie Aida Tercalon [69]
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik Khatijah Tan Menang
Pemilihan Filem Rasmi Embun Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 13 Oktober 2002 Pelakon Filem Lelaki Popular Aqasha Tercalon
Hani Mohsin Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Umie Aida Tercalon
Ellie Suriati Tercalon
Festival Filem Malaysia 19 April 2003 Filem Terbaik Embun Tercalon [70]
Pengarah Terbaik Eirma Fatima Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Hani Mohsin Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Izi Yahya Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Khatijah Tan Tercalon
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Aqasha Tercalon
Penataan Seni Terbaik Yee I-Lan & Fadzil Idris Menang
Skor Muzik Terbaik Datuk Mokhzani Ismail Menang
Sinematografi Terbaik Teo Gay Hean Menang
Anugerah Khas Juri FINAS & Filem Negara Malaysia Menang
Poster Terbaik Menang
Anugerah Skrin 24 Ogos 2003 Filem Terbaik Embun Menang [71]
Skrip Terbaik Rohiman Harun Menang
Sinematografi Terbaik Teo Gay Hian Menang
Suntingan Terbaik Kamaruddin Ali Menang
Pengarah Terbaik Eirma Fatima Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Hani Mohsin Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Izi Yahya Tercalon
Rahim Razali Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Khatijah Tan Menang
Ellie Suriati Tercalon
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u "Catatan penerbitan Embun". Filemkita.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2008. Dicapai pada 7 Februari 2013.
  2. ^ Akmal Abdullah (7 Jun 2001). "Mengapa Erma Fatima dipilih arah filem epik Embun?". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  3. ^ Akmal Abdullah (9 April 2001). "Embun, filem estetika arahan Erma Fatima". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  4. ^ Akmal Abdullah (8 Mac 2001). "Harap Embun mampu angkat imej, jati diri bangsa". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  5. ^ Akmal Abdullah (26 Mei 2001). "Embun diduga perhebat imej filem". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  6. ^ "Embun pengukur filem Melayu". Berita Harian. 22 Jun 2002. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  7. ^ Akmal Abdullah (10 Julai 2002). "Erma berdebar menghitung hari Embun". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  8. ^ Roslen Fadzil; Akmal Abdullah (26 Julai 2002). "Karyawan filem kagumi Embun". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  9. ^ Akmal Abdullah (6 September 2002). "Polemik Embun hanya memalukan". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  10. ^ Akmal Abdullah (15 Ogos 2002). "Penonton Malaysia tidak terima Embun?". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  11. ^ a b "Umie Aida, Aqasha tidak sorok hubungan". Berita Minggu. 16 Disember 2001. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  12. ^ Suzan Ahmad (18 Mei 2002). "Umie enggan dedah rahsia cinta". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  13. ^ Norhadiani Baharom (11 Januari 2002). "Aqasha serik". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  14. ^ Hartati Hassan Basri (29 Julai 2002). "Hani Mohsin tetap tenang, tidak melatah". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  15. ^ "Izi lawan sakit demi Akashi". Metro Ahad. 30 September 2001. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  16. ^ Zul Husni Abdul Hamid (25 September 2002). "Trofi bukan sasaran Ellie". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  17. ^ Akmal Abdullah (3 Mac 2001). "FNM, Finas terbitkan Embun". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  18. ^ "Dr Mahathir jadi 'pengarah' filem Embun". Harian Metro. 6 April 2001. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  19. ^ Abie Abdullah (1 April 2001). "Embun Erma". Metro Ahad. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  20. ^ Abie Abdullah (6 April 2001). "Embun sebagai perintis". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  21. ^ Suraya Al-Attas (10 April 2001). "Erma makes her mark" [Erma membuat tandanya] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  22. ^ Hanisah Selamat (14 Mei 2001). "Embun serlah bakat Rohiman". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  23. ^ "Rohiman tawar tiga skrip filem". Berita Harian. 15 Jun 2001. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  24. ^ Abie Abdullah (24 Mei 2001). "Erma jumpa Embun". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  25. ^ Abie Abdullah (25 Mei 2001). "Umie, Mohsin janji beri terbaik". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  26. ^ Akmal Abdullah (25 Mei 2001). "Umie jadi Embun". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  27. ^ Suraya Al-Attas (15 Jun 2001). "Umie's role of a lifetime" [Peranan Umie sepanjang hayat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  28. ^ "Umie terkejut terpilih terajui Embun". Metro Ahad. 27 Mei 2001. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  29. ^ Haswari Ali (12 Julai 2001). "Aqasha terima lamaran Erma". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  30. ^ Akmal Abdullah (4 September 2002). "RM3 juta tepati biaya pembikinan Embun: Finas". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  31. ^ Abie Abdullah (24 Ogos 2002). "Berbaloikah Embun Erma?". Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  32. ^ Baharudin A. Latif (9 Oktober 2002). "Setting the Embun record straight" [Menetapkan rekod Embun lurus] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  33. ^ Akmal Abdullah (1 Ogos 2001). "1,700 pelakon jayakan penggambaran Embun". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  34. ^ Roslen Fadzil; Akmal Abdullah (24 Julai 2002). "Embun mampu pulih maruah filem Melayu". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  35. ^ Akmal Abdullah (25 Julai 2002). "Embun berada dalam kelas satu". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  36. ^ Sasterawan Muda (15 Ogos 2002). "Antara kelembutan Embun dan kerakusan Erma Fatima". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  37. ^ Akmal Abdullah (14 Januari 2002). "Embun masuk pawagam Mac ini". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  38. ^ Yusof Haslam (28 Julai 2002). "Embun perlukan sokongan penonton". Berita Minggu. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  39. ^ Abie Abdullah (1 Ogos 2002). "Erma harap Embun". Harian Metro. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  40. ^ Akmal Abdullah (1 Ogos 2002). "Ujian Embun bermula hari ini". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  41. ^ Akmal Abdullah (12 April 2002). "Embun ditayang bulan Merdeka". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  42. ^ Akmal Abdullah (6 Ogos 2002). "Embun kurang promosi". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  43. ^ "Mengapa RTM kurang promo filem Embun". Harian Metro. 8 Ogos 2002. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  44. ^ Izza Safinaz Ibrahim (10 Ogos 2002). "Embun melonjak carta box-office". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  45. ^ Izza Safinaz Ibrahim (17 Ogos 2002). "Penonton pelbagai bangsa kagumi Embun". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  46. ^ "Embun kecoh". Metro Ahad. 25 Ogos 2002. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  47. ^ Meor Shariman (25 Julai 2002). "Engraving Embun" [Ukiran Embun] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  48. ^ Wahti Mahidin (28 Julai 2002). "Great movie..." [Filem hebat] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  49. ^ Akmal Abdullah (4 Ogos 2002). "Embun beri kesan pilu kekejaman zaman Jepun". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  50. ^ Ellyna Ali (11 Ogos 2002). "16 rahsia Embun". Berita Minggu. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  51. ^ Adam Salleh (11 Ogos 2002). "Erti jati diri dalam Embun". Metro Ahad. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  52. ^ Ellyna Ali (11 Ogos 2002). "Umie Aida jangan pertikai babak rogol". Berita Minggu. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  53. ^ "Embun bukan filem seks". Berita Harian. 12 Ogos 2002. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  54. ^ Akmal Abdullah (30 Ogos 2002). "Isu bogel dalam Embun: Erma, Izi dakwa difitnah". Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  55. ^ Akmal Abdullah (1 September 2002). "Izi nafi berbogel dalam Embun". Berita Minggu. Dicapai pada 20 Februari 2021.
  56. ^ "Zainal: Rape scene in 'Embun' censored" [Zainal: Adegan rogol dalam 'Embun' ditapis] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 21 November 2002. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  57. ^ Azizah Saleh (29 Ogos 2014). "6 Best local Independence Day films" [6 filem Hari Kemerdekaan tempatan terbaik] (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 24 Januari 2015.
  58. ^ Fiezreen (1 September 2020). "Pejuang dulu-dulu bergolok gadai pertahankan negara. Ini filem-filem patriotik yang patut anda tonton". Remaja. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  59. ^ Akmal Abdullah (29 Ogos 2002). "Akhirnya Embun dapat ke Seoul". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  60. ^ Hafidah Samat (2 Oktober 2002). "Erma Fatima's 'Embun' not picked for screening" ['Embun' Erma Fatima tidak terpilih untuk ditayangkan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  61. ^ Abie Abdullah (2 Oktober 2002). "Tiada tayangan filem Embun". Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  62. ^ Abie Abdullah (2 Oktober 2002). "Embun tidak ditayang di Seoul". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  63. ^ Ellyna Ali (27 Oktober 2002). "Kemenangan tuah filem Embun". Berita Minggu. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  64. ^ Abie Abdullah (5 Oktober 2002). "Hanya Khatijah Tan menang anugerah". Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  65. ^ Abie Abdullah (5 Oktober 2002). "Khatijah Tan menang anugerah FFAP47 di Seoul". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  66. ^ Akmal Abdullah (21 April 2003). "Malam KL Menjerit, Embun". Berita Harian. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  67. ^ Nor Akmar Samudin (25 Ogos 2003). "Tebus maruah". Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  68. ^ "Embun ungguli Anugerah Skrin Ke-6". Berita Harian. 25 Ogos 2003. Dicapai pada 25 Februari 2003.
  69. ^ "#SPOTLIGHT: Data Pencapaian Filem Cereka Tempatan Di Peringkat Antarabangsa (1950-Terkini)" (PDF) (Siaran akhbar). Perbadanan Kemajuan Filem Nasional. 2018. Dicapai pada 5 Jun 2020.
  70. ^ "INISIATIF PEMBANGUNAN DATA INDUSTRI DATA PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)" (PDF) (Siaran akhbar). FINAS. 2018. Dicapai pada 15 November 2020.
  71. ^ "Ragam Skrin". Harian Metro. 25 Ogos 2003. Dicapai pada 25 Februari 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]