Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Emily Blunt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Emily Blunt
Emily Blunt avp 2014 (headshot).jpg
Blunt pada tahun 2014
Kelahiran Emily Olivia Leah Blunt
(1983-02-23) 23 Februari 1983 (umur 35)
Wandsworth, London, England, United Kingdom
Kediaman Los Angeles, California, A.S.
Kerakyatan
  • British
  • Amerika Syarikat
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2003–sekarang
Pasangan John Krasinski (k. 2010)
Anak 1
Saudara Peter Blunt (datuk)
Crispin Blunt (bapa saudara)
Stanley Tucci (abang ipar)

Emily Olivia Leah Blunt (lahir 23 Februari 1983)[1] ialah seorang pelakon Inggeris dengan kerakyatan British dan Amerika Syarikat. Beliau telah muncul dalam The Devil Wears Prada (2006), The Young Victoria (2009), The Adjustment Bureau (2011), Looper (2012), Edge of Tomorrow (2014) dan Into the Woods (2014). Beliau telah dicalonkan untuk lima Anugerah Golden Globe, empat Anugerah Critics' Choice, dua Anugerah London Film Critics' Circle dan satu Anugerah BAFTA. Beliau memenangi Anugerah Golden Globe untuk Lakonan Terbaik daripada Pelakon Wanita dalam Peranan Sokongan untuk lakonannya dalam drama televisyen BBC Gideon's Daughter (2007).[2] Pada tahun 2009, beliau menerima Anugerah Brittania BAFTA untuk Artis British Tahunan.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Blunt dilahirkan di Wandsworth, London,[4][5] anak kedua daripada empat adik beradik.[6] Ibunya adalah Joanna Mackie dan bapanya adalah Oliver Simon Peter Blunt.[7][8][9] Adik beradiknya adalah Felicity, Sebastian dan Susannah.[10][7] Datuknya adalah Major-General Peter Blunt dan bapa saudara beliau adalah Crispin Blunt,[11] Ahli Parlimen Konservatif untuk Reigate.

Karier[sunting | sunting sumber]

Pada bulan November 2001, Blunt membuat penampilan profesional pertamanya bersama Judi Dench dalam The Royal Family. Dipuji oleh pengkritik untuk lakonannya, beliau dinamakan sebagai "Pendatang Baru Terbaik" oleh Evening Standard. Beliau kemudiannya berlakon sebagai Eugenie dalam Vincent in Brixton di National Theatre dan sebagai Juliet dalam Romeo and Juliet di Chichester Festival Theatre, kedua-duanya pada tahun 2002. Pada tahun 2003, Blunt membuat penampilan skrin pertamanya dalam filem British Boudica. Pada tahun yang sama, beliau dipuji untuk lakonannya sebagai Catherine Howard dalam Henry VIII.>

Blunt di Anugerah BAFTA 2007

Pada tahun 2004, Blunt berlakon sebagai Tamsin dalam My Summer of Love. Pada tahun 2005, Blunt membintangi bersama Bill Nighy dan Miranda Richardson dalam Gideon's Daughter. Blunt memenangi Anugerah Golden Globe untuk lakonannya.[12]

Blunt di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada tahun 2012

Pada tahun 2006, Blunt muncul bersama Meryl Streep dan Anne Hathaway dalam The Devil Wears Prada. Peranannya sebagai Emily mendapatkannya pencalonan Anugerah BAFTA dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Pada tahun yang sama, Blunt membintangi bersama Susan Sarandon dalam Irresistible. Pada tahun 2007, Blunt muncul dalam empat filem: Wind Chill, The Jane Austen Book Club, Dan in Real Life dan Charlie Wilson's War. Pada tahun 2008, Blunt muncul dalam dua filem, Sunshine Cleaning sebagai Norah Lorkowski dan The Great Buck Howard sebagai Valerie Brennan. Pada tahun 2009, Blunt melakonkan watak Ratu Victoria dalam The Young Victoria diarahkan oleh Jean-Marc Vallée dan ditulis oleh Julian Fellowes. Beliau juga membintangi filem pendek Curiosity. Beliau merupakan pilihan pertama pengarah Jon Favreau untuk watak Black Widow dalam Iron Man 2 tetapi konflik penjadualan bersama Gulliver's Travels memaksa beliau melepaskan watak kepada Scarlett Johansson.[13] Beliau menyuarakan watak ibu Angelina, Matilda Mouseling dalam Angelina Ballerina: The Next Steps.

Pada tahun 2010, Blunt membintangi bersama Benicio del Toro dan Anthony Hopkins dalam filem seram The Wolfman. Beliau juga membintangi Gulliver's Travels dan The Adjustment Bureau bersama-sama Matt Damon.[14] Blunt ditawarkan sebagai pelakon wanita utama dalam Captain America: The First Avenger tetapi menolak tawaran itu.[15] Pada tahun 2011, Blunt dinamakan sebagai duta wangian Yves Saint Laurent, Opium.[16]

Blunt membintangi filem komedi British 2011 Salmon Fishing in the Yemen, diarahkan oleh Lasse Hallström dan dibintangi Ewan McGregor serta Kristin Scott Thomas.[17] Juga pada tahun itu, beliau muncul dalam The Muppets. Beliau membintangi filem 2012 The Five-Year Engagement, diarahkan oleh Nicholas Stoller dan dibintangi Jason Segel. Pada bulan Januari 2011, Blunt mula menjalani pengambaran filem sains fiksyen Amerika Syarikat, Looper, diarahkan oleh Rian Johnson dan dibintangi Bruce Willis serta Joseph Gordon-Levitt; filem ini ditayangkan pada bulan September 2012. Juga pada tahun ini, beliau membintangi Arthur Newman bersama Colin Firth.[18]

Pada tahun 2014, beliau membintangi bersama Tom Cruise dalam Edge of Tomorrow, adaptasi dari novel Jepun All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka.[19] Juga pada tahun ini, Blunt muncul dalam Into the Woods.[20][21]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Blunt bersama suaminya, John Krasinski di Anugerah Golden Globe 2013

Blunt mempunyai hubungan selama tiga tahun bersama penyanyi Kanada Michael Bublé. Pada bulan November 2008, Blunt mula mempunyai hubungan dengan pelakon Amerika Syarikat John Krasinski. Blunt dan Krasinski bertunang pada bulan Ogos 2009,[22] dan berkahwin pada 10 Julai 2010 di Como, Itali.[23] Pada 16 Februari 2014, beliau melahirkan anak perempuan, Hazel.[24] Abang ipar Blunt adalah Stanley Tucci.

Pada bulan Ogos 2015, Blunt menjadi warganegara naturalisasi Amerika Syarikat.[25]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2004 My Summer of Love Tamsin
2006 Devil Wears Prada, TheThe Devil Wears Prada Emily Charlton
2006 Irresistible Mara
2007 Wind Chill Girl
2007 Jane Austen Book Club, TheThe Jane Austen Book Club Prudie
2007 Dan in Real Life Ruthie Draper
2007 Charlie Wilson's War Jane Liddle
2008 Great Buck Howard, TheThe Great Buck Howard Valerie Brennan
2008 Sunshine Cleaning Norah Lorkowski
2009 Young Victoria, TheThe Young Victoria Ratu Victoria
2009 Curiosity Emma Short film
2010 Wolfman, TheThe Wolfman Gwen Conliffe
2010 Wild Target Rose
2010 Gulliver's Travels Puteri Mary
2011 Gnomeo & Juliet Juliet (suara)
2011 Adjustment Bureau, TheThe Adjustment Bureau Elise Sellas
2011 Salmon Fishing in the Yemen Harriet Chetwode-Talbot
2011 Your Sister's Sister Iris
2011 Muppets, TheThe Muppets Miss Piggy's Receptionist Kameo
2012 Five-Year Engagement, TheThe Five-Year Engagement Violet Barnes
2012 Looper Sara
2012 Arthur Newman Michaela Fitzgerald / Charlotte Fitzgerald
2013 The Wind Rises Naoko Satomi (suara) Dub Bahasa Inggeris
2014 Edge of Tomorrow Rita Vrataski
2014 Into the Woods The Baker's Wife
2015 Sicario Kate Macer
2016 Animal Crackers Zoe Huntington (suara)
2016 The Huntsman Freya[26]
2016 The Girl on the Train Rachel Watson

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2003 Boudica Isolda Filem televisyen
2003 Foyle's War Lucy Markham Episod: "War Games"
2003 Henry VIII Catherine Howard Filem televisyen
2004 Agatha Christie's Poirot Linnet Ridgeway Episod: "Death on the Nile"
2005 Empire Camane 6 episod
2005 Strange Case of Sherlock Holmes & Arthur Conan Doyle, TheThe Strange Case of Sherlock Holmes & Arthur Conan Doyle Jean Leckie Filem televisyen
2006 Gideon's Daughter Natasha Filem televisyen
2009 Simpsons, TheThe Simpsons Juliet Hobbes (suara) Episod: "Lisa the Drama Queen"

Pentas[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2000 Bliss Maddy[27] Edinburgh Fringe Festival
2001–2002 Royal Family, TheThe Royal Family Gwen Theatre Royal Haymarket
2002 Vincent in Brixton Eugenie Loyer National Theatre, London
2002 Romeo and Juliet Juliet Chichester Festival Theatre

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2004 Bumps and Bruises Holly BBC Radio 4

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1248). 1 March 2013. m/s. 25. 
  2. ^ "Emily Blunt". IMDB. Dicapai 31 October 2011. 
  3. ^ "Britannia Award Honorees - Awards & Events - Los Angeles - The BAFTA site". British Academy of Film and Television Arts (BAFTA). Dicapai 31 July 2012. 
  4. ^ "Person Details for Emily Olivia L Blunt, "England and Wales Birth Registration Index, 1837-2008" — FamilySearch.org". familysearch.org. Dicapai 4 October 2015. 
  5. ^ "Emily Blunt: Biography". TVGuide.com. Dicapai 17 February 2014. 
  6. ^ Taylor, Ella (2009-03-01). "Down to Earth, Even When Off the Wall". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai 2015-10-28. 
  7. ^ a b Day, Eli TELASO INIe zabeth (21 June 2009). "Enter a new leading lady". The Guardian. London. Dicapai 30 December 2009. 
  8. ^ Stein, Ruthe (27 September 2007). "Blunt moves from the runway to the royal family". San Francisco Chronicle. Dicapai 30 December 2009. 
  9. ^ "Oliver Blunt, Esq, QC Authorised Biography - Debrett's People of Today". debretts.com. 
  10. ^ Day, Elizabeth. "Elizabeth Day meets young British actress Emily Blunt". the Guardian. Dicapai 2015-10-28. 
  11. ^ "Stanley Tucci Marries Felicity Blunt". People. 8 August 2012. Dicapai 24 August 2012. 
  12. ^ "Emily Blunt 2007 Golden Globes Acceptance speech". YouTube. Dicapai 15 October 2012. 
  13. ^ "Former 'Iron Man 2' Black Widow, Emily Blunt, Speaks Out About Losing Role". splashpage.mtv.com. Dicapai 17 May 2015. 
  14. ^ "Emily Blunt To Star Opposite Matt Damon In The Adjustment Bureau". Slashfilm.com. 14 July 2009. Dicapai 13 March 2010. 
  15. ^ "Marvel makes Emily Blunt an offer for 'Captain America,' but British actress probably will say no – UPDATED". Los Angeles Times. 2 April 2010. 
  16. ^ Whitworth, Melissa (4 November 2011). "Emily Blunt's Opium campaign revealed". The Daily telegraph. Dicapai 15 October 2012. 
  17. ^ Lasse Hallström goes Fishing In The Yemen TotalFilm.com
  18. ^ "Emily Blunt and Colin Firth in Arthur Newman, Golf Pro", 14 May 2011, Britscene
  19. ^ Szalai, Georg (10 January 2012). "Tom Cruise's 'All You Need Is Kill' to Hit Theaters in March 2014". Hollywood Reporter. Dicapai 15 October 2012. 
  20. ^ "Emily Blunt Confirms INTO THE WOODS Starring Role; Jake Gyllenhaal, Too?". BroadwayWorld.com. 5 June 2013. Dicapai 5 June 2013. 
  21. ^ "Emily Blunt to Sing Better in Into the Woods Than She Did in That Karaoke Video". Vulture.com. 5 June 2013. Dicapai 5 June 2013. 
  22. ^ Oh, Eunice (28 August 2009). "Emily Blunt & John Krasinski Are Engaged". People. Dicapai 24 August 2012. 
  23. ^ "Emily Blunt, John Krasinski Wed in Italy!". Us Weekly. Dicapai 1 November 2011. 
  24. ^ Eggenberger, Nicole (16 February 2014). "Emily Blunt Gives Birth, Welcomes Daughter Hazel With Husband John Krasinski". Us Weekly. Dicapai 16 February 2014. 
  25. ^ "Emily Blunt Becomes A U.s. Citizen". Contactmusic.com. 6 August 2015. Dicapai 16 September 2015. 
  26. ^ "Cedric NicolasTroyan". Twitter. Dicapai 4 October 2015. 
  27. ^ Taylor, Ella (1 March 2009). "Down to Earth, Even When Off the Wall". The New York Times. Dicapai 7 December 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]