Empangan Aswan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Empangan Hulu Aswan

Empangan Hulu Aswan dilihat dari angkasa
Empangan Aswan yang terletak di Mesir
Lokasi Empangan Aswan di Mesir
Nama rasmi Empangan Hulu Aswan
Lokasi Mesir
Koordinat 23°58′14″U 32°52′40″T / 23.97056°U 32.87778°T / 23.97056; 32.87778Koordinat: 23°58′14″U 32°52′40″T / 23.97056°U 32.87778°T / 23.97056; 32.87778
Mula dibina 1960
Tarikh buka 1970
Empangan dan alur limpah
Tinggi 111 meter (364 ka)
Panjang 3,830 meter (12,570 ka)
Lebar tapak 980 meter (3,220 ka)
Impounds Sungai Nil
Spillway capacity 11,000 cubic metres per second (390,000 cu ft/s)
Takungan
Creates Tasik Nasser
Kapasiti 111 kilometer padu (90,000,000 kaki ekar)
Luas permukaan 5,250 kilometer persegi (2,030 batu²)
Stesen kuasa
Turbin 12
Kapasiti pemasangan 2,100 megawatt

Empangan Aswan adalah sebuah empangan tetambak yang terletak merentasi Sungai Nil di Aswan, Mesir. Sejak tahun 1950-an, nama ini biasanya merujuk kepada Empangan Hulu, yang mana lebih besar dan baru berbanding Empangan Hilir Aswan, yang mana telah disiapkan pada tahun 1902. Pembinaan Empangan Hulu menjadi tujuan utama bagi Kerajaan Mesir selepas Revolusi Mesir 1952, di sebabkan keupayaan untuk mengawal air banjir dan meningkatkan kuasa hidroelektrik yang mampu dijananya. Empangan Hulu telah dibina antara tahun 1960dan 1970. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran ekonomi dengan mengawal aliran sungai tahunan dan menyediakan takungan bagi menyimpan air untuk pertanian, dan kemudian menjana hidroelektrik. Empangan ini memiliki kesan penting kepada ekonomi dan budaya di Mesir.

Sebelum empangan-empangan ini dibina, Sungai Nil mengalami banjir setiap tahun pada akhir musim panas, setelah air mengalir ke hilir dari lembah lembangan saliran di Afrika Timur. Banjir ini membawa banyak air dan nutrien dan mineral semulajadi yang mana memperkayakan tanah subur di sepanjang dataran banjir dan delta; ini menjadikan lembah Nil ideal bagi pertanian sejak zaman purba.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]