Empangan Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Empangan Batu terletak di Lembah Kelang, Selangor, Malaysia. Empangan ini hanyalah empangan untuk bekalan air minuman sahaja, bukan empangan janakuasa elektrik. Empangan ini menampung 30,199 juta liter air. Empangan ini telah dibina sejak zaman penjajahan British lagi bagi menampung keperluan penduduk di Selangor terutama di ibu kota Kuala Lumpur. Sungai Batu yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa telah dipilih kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Empangan Batu menyalurkan air mentah kepada loji rawatan air Sg Batu.

Empangan Batu juga dikenali sebagai lokasi pemancing melepaskan gian untuk merasai tarikan ikan. Di sini terdapat pelbagai spesis ikan antaranya toman, kepar, patong, puyu, tilapia, sebarau, ikan pelampung jaring, kap sisik halus, rohu, pacu, kelisa, kaloi, lampam, merah mata (temperas), tebal sisik dan terbul. Malahan ada juga orang kampung yang berjaya memerangkap ikan kelah di sini menggunakan jaring.

Kini walaupun Empangan Batu telah dipagar dengan pagar besi bergalvani setinggi 10 kaki, ada manusia yang merosakkan pagar itu demi untuk masuk ke kawasan tasik dan memancing. Jika hanya untuk memancing tidaklah terlalu menjengkelkan, tapi ada pula si pencuri motosikal yang membuang rangka atau komponen motosikal curi ke dalam tasik.

Dulunya Empangan Batu cukup terkenal pada warga kota sebagai tempat melepaskan lelah setelah seminggu bekerja. Di sini mereka berkelah, berkayak, memancing, malahan ada yang biadap dengan membuat asmara dikhalayak ramai.

Empangan Batu juga terkenal sebagai lokasi penggambaran drama dan filem, juga klip video untuk VCD karaoke.

Akan tetapi, kegemilangan tasik ini telah lenyap kerana kerapnya berlaku kejadian orang bunuh orang, orang bunuh diri dan menjadi tempat pencuri membuang hasil curian. Empangan Batu telah dipagar pada tahun 2010. Sejak itu pagar besi tersebut telah beberapa kali melalui fasa baikpulih dek kerana tingkah segelintir manusia bodoh yang suka merosakkan harta yang bukan milik mereka. Segala fasiliti seperti tandas awam, bangku, rel pengunci basikal, dan lampu jalan telah rosak dan diabaikan oleh pihak berkuasa kerana Empangan Batu tidak lagi menjadi kawasan tumpuan masyarakat.

Kepada peminat paranormal, sepanjang jalan yang melalui Empangan Batu adalah antara lokasi wajib pencarian anda. Pelbagai cerita seram didengari daripada kalangan pengguna jalan Empangan Batu.