Empangan Bukit Kwong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fail:--Padang Bukit--jpeg.


Empangan Bukit Kwong atau dikenali juga dengan nama Padang Bukit terletak di negeri Kelantan Darul Naim berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di latitud 500 57.3' U dan longitude 1010 57.9' T. Empangan ini terletak kira-kira 8.5km dari barat daya pekan Rantau Panjang. Kawasan tadahannya adalah lebih kurang 11km persegi yang disalirkan oleh Sg. Tandak Liang yang mengalir ke dalam Sungai Golok, sungai utama dalam lembangan Sg. Golok. Empangan terdiri daripada satu benteng timbusan tanah homogen, satu alur limpah tidak berpintu berabung lebar separa bulat jatuh tegak dan satu struktur pengambilan pintu skru gelongsor tegak.


Pembinaan empangan ini bermula pada bulan September 1976 dan siap pada bulan Julai 1979. Kapasiti takungan empangan adalah lebih kurang 14.3Mcm pada aras kolam biasa RL16.76m dan storan aktif 10.49Mcm. Berdasarkan saiz dan klasifikasi potensi bahaya empangan oleh US Army Corps of Engineers, empangan ini jatuh di bawah kategori saiz pertengahan dengan potensi bahaya tinggi.


Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Empangan ini adalah merupakan sumber air bagi kawasan pertanian sawah padi iaitu menyalirkan air ke Kampung Telaga Mas, Kok Pauh dan sehingga tamat di kawasan Kampung Parit Air , Rantau Panjang .Air dari empangan ini disalirkan menggunakan tali air.

Kawasan di sekitar empangan ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong dengan mempunyai daya tarikan yang tersendiri iaitu tasik dan bukit bukau yang menarik.Tetapi itu semua masih dalam perbincangan.