"Empat Dara" ialah lagu hasil nukilan Ahmad Yusoh serta iringan biola S. Baharom dan dipersembahkan oleh S. Radziah & Orkes Gambos Penambang. Lagu ini dikeluarkan oleh M.H.I. Records pada tahun 1966 melalui piring hitam.[1][2]
Noraniza Idris telah merekodkan lagu "Empat Dara" untuk album ke-10nya, Iktiraf, yang dikeluarkan pada tahun hujung tahun 2000. Lagu ini juga turut ditutup oleh Sharifah Aini untuk jelajah orkestranya bersama RTM pada tahun 2017 dan Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana pada tahun 2020.
"Empat Dara" versi Noraniza Idris, disusun dan diterbitkan oleh S. Atan, dikeluarkan untuk album ke-10nya, Iktiraf pada 27 November 2000. Lagu versi Noraniza Idris ini tidak dikeluarkan sebagai single. Namun demikian, walaupun tidak dikeluarkan sebagai single, tetapi lagu tetap mendapat pengiktirafan dan perhatian kepada masyarakat tanah air. Lagu ini juga merupakan antara lagu popular yang pernah dikeluarkanya—Noraniza turut mengeluarkan muzik video untuk lagu tersebut.
Sepanjang tempoh lagu "Empat Dara" dikeluarkan, Noraniza tidak pernah sesekali mempersembahkan lagunya yang popular ini sehinggalah 13 Disember 2020, iaitu pada minggu akhir Gegar Vaganzamusim yang ke-7. Sebagai penghargaan Noraniza kepada peminat-peminatnya yang sentiasa menyokongnya sejak awal kariernya, beliau akan mempersembahkan lagu ini buat kali pertama dan berduet bersama-sama Aishah di dalam minggu akhir Gegar Vaganza.
"Empat Dara" versi Sharifah Aini ialah lagu yang dinyanyikan beliau semasa persembahan besar bersama Orkestra RTM pada tahun 2000 di Shah Alam. Lagu yang dinyanyi oleh beliau semasa konsert itu telah didendangkan oleh Sharifah sendiri dan digubalkan menjadi sebuah lagu dan kemudianya dikeluarkan sebagai album secara langsung yang bertajuk Seri Dewi Malam (Bersama Orkestra RTM).[3]
Semasa episod ke-6 untuk drama komedi yang sedang menjadi fenomena di Malaysia ketika itu ditayangkan, Kampung People 2, terdapat satu babak yang berdurasi 45 saat dimana Elly Mazlein ataupun yang memegang watak sebagai Mona di dalam drama tersebut, menyanyikan lagu Empat Dara untuk menunjukkan sebagai tanda expresi marah kepada ibunya (yang dilakonkan oleh Adibah Noor). Justeru, selepas sahaja daripada babak itu terdapat ramai penonton daripada drama tersebut meminta Elly untuk merekodkan lagu tersebut dalam sebuah lagu yang penuh.
Sebagai respon daripada permintaan daripada penggemar drama komedi tersebut, Elly telah memuat naik satu video yang hanya berdurasi 13 saat di laman Instagramnya dengan berkapsyenkan "...Ada siapa brani masuk??? Tag kak lina laju2 .. siapa yg paling buat hal,kak lina bagi hadiah RM100 .. yg pnting tiru sebijik hokeyyyyy...". Dengan serta merta, Elly telah mewujudkan satu tren yang dipanggil "#EmpatDaraChallenge" dan telah menjadi suatu fenomena di tanah air. Dengan wujudnya tren tersebut, terdapat banyak orang yang telah mengrespon permintaan Elly itu dengan membuat satu video dan meniru gaya tudung Elly yang dipakainya dalam drama komedi tersebut, antaranya ialah Achey Bocey, Acong Sweet Child, Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Zawari, Aznil Nawawi, Feeya Iskandar, Nabil Ahmad, Adibah Noor, Sherry Alhadad, PU Azman dan ramai lagi.
"Enjut"Bersama The Fabulous Cats• "Kuasa Cinta"Duet bersama Black Hanafiah• "Mahligai"Duet bersama Jaclyn Victor
Lagu-lagu lain
"Kalau Kaca Menjadi Intan" duet bersama Ahmad Fauzee• "Sayang Ibu"• "Sumpah Tanda Setia" duet bersama Sulaiman Yassin• "Tanda Kasih" bersama 2 by 2• "Bantu Mereka" MAKNA• "Onjak Sekaki" bersama Ruffedge
Lagu-lagu perayaan
"Masih Ada Yang Sayang"• "Rendang Untuk Suami"• "Nikmat Hari Raya" bersama September 5• "Aidilfitri di Alaf Baru" bersama Siti, Liza Hanim & Anis Suraya• "Halal Bihalal"• "Rajuk Rindu di Aidilfitri"• "Cinta Lebaran"bersama Akasia