Empayar Yawadwipa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sebelum abad pertama Masihi, terdapat sebuah kawasan yang dinamakan Medang Permulaan yang kini terletak di Kelantan. Mulai abad pertama Masihi, kawasan ini mula dikenali sebagai Medang Gana. Dalam tahun 50-100 M, sebuah empayar bernama Yawadwipa telah diasaskan. Empayar ini kekal sehingga abad ke-3 Masihi.

Kewujudan[sunting | sunting sumber]

Raja Medang Gana, Sri Kripawarman bergelar Wan Pa telah melancarkan kempen penaklukan ke seluruh Semenanjung Emas ketika era ini. Baginda telah membahagikan bangsa Melayu kepada dua iaitu;-

  1. Jawa (merujuk kepada keseluruhan bangsa Melayu)
  2. Jawa (bangsa yang masih menggunakan nama Jawa sehingga sekarang)

Sri Kripawarman telah menjadi pengasas keluarga Diraja Kelantan yang paling lama dalam sejarah dengan berterusan hingga awal abad ke-17.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sri Kripawarman mempunyai 2 orang saudara yang terkenal iaitu;

  1. Maliniwarman bergelar Wan Malini
  2. Kaundinyawarman bergelar Wan Kaundinya yang mengasaskan Funan

Sri Kripawarman telah menakluk seluruh Nusantara dan ianya kekal untuk beberapa abad.

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-3 M, Empayar Yawadwipa telah runtuh akibat diserang oleh Funan. Namun, empayar ini meninggalkan kesannya di dalam perabadan Asia Tenggara.


Rekod[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak rekod yang menceritakan tentang Yawadwipa seperti:

Vayu Purana (Sanskrit)[sunting | sunting sumber]

Buku ini disusun pada zaman Gupta (320-647) yang menceritakan tentang Jambuwidpa (Asia Tenggara). Kenyataan tersebut berbunyi: Di sana terdapat enam lagi wilayah-wilayah Jambuwidpa dalam pelbagai bentuk iaitu Angawidpa, Malayadwipa dan Varahadwipa...Yamadwipa pula ialah penuh dengan lombong-lombong, ada satu bukit di sini terkenal dengan nama Dyutiman, punca sungai-sungai dan emas...

Bahmanda Purana (Sanskrit)[sunting | sunting sumber]

Buku ini menceritakan tentang beberapa dwipa di Jambuwidpa iaitu Yawadwipa, Malayadwipa, Sankhadwipa, Kusadwipa dan Varahadwipa. Yawadwipa telah dinyatakan sebagai lombong pelbagai jenis permata dan sebuah bukit bernama Dyutiman yang merupakan punca kebanyakan sungai dan emas. Dalam buku ini juga dijelaskan kewujudan Kusadwipa tetapi Angadwipa telah hilang. R.Braddel yang merujuk kepada seorang pengembara bernama Jayaswal dan telah mengatakan bahawa terdapat beberapa lagi dwipa yang terletak di Bharatavarsha (ke arah utara India) seperti Indrawipa, Kaseru/Kaserumat, Nagadwipa, Ghabastiman, Ghanharva dan Varuna.

Manimegalai (Tamil)[sunting | sunting sumber]

Terdapat satu syair bertajuk Manimegalai yang menyebut tentang Kota Nagapuram (Nagapura) dalam Savaka-Nadu iaitu Yawadwipa dalam Bahasa Tamil. Dua orang Raja Nagapuram dikatakan berasal daripada Indra.

Ramanaya[sunting | sunting sumber]

Buku ini ada menulis tentang beberapa fakta mengenai Yawadwipa dalam bahagian syair keempat daripada Ramayana naskhah Bombay. Ianya membicarakan tentang arahan daripada Sugriwa (Hanuman) kepada kumpulannya supaya pergi ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari Sita Dewi yang hilang. Syair tersebut berbunyi:- Yatnavanto Yavadvipam, Saptarajyopasobhitam, Suvarnarupyakadvipam, Suvarnakaramanditam, Yavadvipam-antikaramnya, Sisiro nama parvatah, Divam sprsati srngena, Devadanava-sevitah.

Maksudnya: Walau bagaimanapun, lawatilah Yawadwipa, tujuh kerajaan menjadi hiasan, itulah tanah emas dan perak, banyak berlombong bertukang emas, di sebelah sana Yawadwipa, terletak gunung bernama Sisiro, puncaknya menyapu awan, dikunjungi danava.

Geographia[sunting | sunting sumber]

Buku ini ditulis oleh Ptolemi dalam tahun 150 Masihi. Ia dinyatakan bahawa penulisan bukunya ini berdasarkan kepada Marinos dari Tyre yang telah dibaiki dan ditambah baik dengan mengambil maklumat lebih lanjut yang dikumpul oleh beliau sendiri. Buku Marinos itu pula dihasilkan pada 120 Masihi dan ia dihasilkan berdasarkan buku seorang nakhoda yang juga seorang pengembara bernama Alexander yang dihasilkan pada tahun 75 Masihi. Buku Alexander dan Marinos ini telah hilang dan hanya diketahui melalui dari petikan-petikan yang dibuat oleh Ptolemi dalam buku Geographia.

Menurut Ptolemi, Semenanjung disebut dengan nama Chryse Chersonesos yang bermaksud Semenanjung Emas dan beliau telah memperihalkan secara terperinci nama kota-kota, sungai-sungai dan gunung-gunung yang ada di Asia Tenggara. Di sebelah selatan dari Semenanjung Emas, terletak sebuah pulau yang bernama Labadiou (Pulau Jelai). Ibu empayar kerajaan bernama Argyre (Kota Perak) yang terletak di hujung barat Labadiou dan terletak di sebelah timur dari Semenanjung Emas. Labadiou adalah satu kawasan yang subur dan banyak menghasilkan emas.

Hou Han Shu[sunting | sunting sumber]

Buku ini disusun dalam abad ke-5 M. Dalam buku ini terdapat kisah satu perwakilan yang telah tiba di Yetio pada tahun 132 M. Yetio ini terletak bersempadan dengan Jihnan. Perwakilan ini dihantar oleh Raja Tio-pien dan menerima hadiah-hadiah daripada Maharaja China iaitu satu mohor emas dan pita berwarna ungu.

Saddharmasmrityupasthana Sutra (Sanskrit)[sunting | sunting sumber]

Buku ini adalah mengenai agama Buddha dalam bahasa Sanskrit. Ianya telah diterjemah ke dalam bahasa Cina pada tahun 539 M oleh seorang Brahman yang datang dari Benares. Menurut Sharat Chandra Das, Asvagosha ada menulis satu tafsiran mengenai sutra ini. Usia sutra ini ialah sama usia dengan Zaman Kanishka pada akhir abad pertama Masihi. Dalam sutra ini mengandungi satu bahagian petikan yang menggambarkan tentang Jambuwidpa (Asia Tenggara).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting oleh Abdullah Nakula, 1981