Emydocephalus annulatus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Emydocephalus annulatus
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Keluarga: Elapidae
Genus: Emydocephalus
Spesies:
E. annulatus
Nama binomial
Emydocephalus annulatus
Krefft, 1869[2]
Sinonim

Emydocephalus szczerbaki

Emydocephalus annulatus ialah spesies ular laut[2] yang boleh ditemui di perairan Oceania berhampiran Australia dan beberapa Kepulauan Pasifik seperti Filipina dan Pulau Loyalty di New Caledonia. Jarak taburan geografinya adalah sporadis dengan taburan populasi berhampiran pantai timur dan barat Australia di Terumbu Sawar Besar dan terumbu Laut Timor. Walau bagaimanapun, mereka tidak dijumpai di Teluk Carpentaria di sepanjang pantai utara.[1]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Dinamakan kerana kepalanya yang pendek dan tumpul, ular bersaiz sederhana ini mempunyai bentuk yang langsing dan berbeza-beza dari segi warnanya. Setiap seekor mungkin mempamerkan hanya satu warna, atau mungkin mempunyai corak berjalur putih atau kuning dengan gegelang gelap. Sisik di bahagian atas kepalanya adalah besar, teratur, dan menyeluruh. Sisik rostral pada hujung muncungnya berbentuk kon, dan sisik kedua daripada tiga sisik supralabialnya adalah yang terbesar. Badannya mempunyai 15–17 baris sisik yang licin dan bertindih. Spesies ini mempunyai 125–145 sisik ventral, sisik anal tunggal, dan 20–33 sisik subkaudal tunggal.[3] Spesies ini mampu membesar hingga 103 cm(41 inci) dari segi ukuran panjang badan.[2]

Warna setiap seekor ular ini mempengaruhi jumlah kotoran alga yang terkumpul pada tubuhnya. Ular berwarna gelap dan kurang bercorak mempunyai kadar pengumpulan alga lebih tinggi berbanding ular yang berwarna lebih pudar dan bercorak. Penambahan berat dari alga ini mempengaruhi kelajuan pergerakan ular ini dengan mengurangkan kelajuan mereka hingga sebanyak 20%. Ular yang terkesan lebih cenderung untuk menjadi kurang aktif, lalu menyembunyikan diri di sebalik batu-batu karang manakala ular yang tidak mempunyai kotoran alga mencari makan secara lebih aktif. Walaubagaimanapun, hal ini tidak membawa sebarang perubahan kepada kadar kemandirian mereka.[4]

Tabiat pemakanan[sunting | sunting sumber]

Spesies ini hanya memakan telur ikan dasar laut.[5][6] Semakin besar saiz ular, semakin tinggi kemungkinan untuk ular tersebut memakan telur ikan yang lebih terdedah.[5] Populasi E. annulatus kebiasaannya hidup dalam kawasan mereka sendiri dan jarang berpindah randah. Hal ini mungkin berkaitan dengan keupayaan ingatan spatial dan kebolehan ular ini untuk mengingati lokasi-lokasi sarang, justeru membolehkan mereka makan secara berkadar di tempat-tempat yang sama.[7] Anehnya, Emydocephalus adalah satu-satunya ular laut yang tidak memiliki gigi palatal.[6] Ular ini gemar memakan mangsa kecil dengan kekerapan lebih tinggi, berbeza dengan spesies lain yang kebiasaannya makan mangsa yang lebih besar pada kekerapan yang kurang. Kaedah pemakanan ini membuktikan kebolehan penyesuaian diri ular-ular.[8]

Tabiat mengawan[sunting | sunting sumber]

Ular darat menggunakan feromon untuk mencari pasangan. Perkara ini walaubagaimanapun adalah mustahil dalam persekitaran akuatik yang didiami ular ini.[9] Oleh yang demikian, E. annulatus menggunakan ciri visual untuk mencari pasangan. Ciri-ciri ini termasuklah saiz, pergerakan dan corak serta warna objek yang menarik perhatian mereka.[9] Apabila ular jantan bertemu dengan ular betina, ia akan menjelir lidah sebagai tanda menerima feromon lipid pada kulit si betina untuk berpacar seterusnya mengawan.[10]

Ular ini mengalami dimorfisme seks iaitu ular betina mampu membesar lebih daripada ular jantan,[5] dan ketegasan sisik ular jantan juga lebih tinggi berbanding ular betina.[11]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Pengurangan populasi spesies ini pernah dilaporkan di Lagun New Caledonia. Pada tahun 2003, sukarelawan telah menemukan secara purata lebih daripada enam ekor ular sehari dalam kawasan 'snorkeling' di terumbu karang terpelihara lagun itu, dan jumlah itu telah berkurangan hingga 2 ekor sehari pada tahun 2011.[12] Pada tahun 2006, kajian yang sama telah dilaksanakan di Terumbu Ashmore di utara Australia, dan hasil kajian mempamerkan pengurangan populasi yang sama.[1] Punca pengurangan ini berbeza dalam kedua-dua kajian, namun para pengkaji mengaitkan campur tangan manusia, kerosakan habitat akibat pelancongan, pelunturan karang, dan kerumitan habitat dan pemakanan.[1][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Emydocephalus annulatus (2010). The IUCN Red List of Threatened Species. International Union for Conservation of Nature.
  2. ^ a b c Emydocephalus annulatus di Reptarium.cz Reptile Database. Diakses pada 30 November 2015.
  3. ^ Emydocephalus annulatus - Turtle-headed Seasnake. Department of the Environment. Australian Government.
  4. ^ Shine, R.; Brischoux, F.; Pile, A. J. (2010). "A seasnake's colour affects its susceptibility to algal fouling". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 277 (1693): 2459–2464. doi:10.1098/rspb.2010.0255. PMC 2894923. PMID 20375055.
  5. ^ a b c Goiran, C.; Dubey, S.; Shine, R. (June 2013). "Effects of season, sex and body size on the feeding ecology of turtle-headed sea snakes (Emydocephalus annulatus) on IndoPacific inshore coral reefs". Coral Reefs. 32 (2): 527–538. doi:10.1007/s00338-012-1008-7.
  6. ^ a b Voris, Harold K. (1966). "Fish eggs as the apparent sole food item for a genus of sea snake, Emydocephalus (Krefft)". Ecology. 47 (1): 152–154. doi:10.2307/1935755. JSTOR 1935755.
  7. ^ Lukoschek, Vimoksalehi; Shine, Richard (2012). "Sea snakes rarely venture far from home". Ecology and Evolution. 2 (6): 1113–1121. doi:10.1002/ece3.256. PMC 3402188. PMID 22833788.
  8. ^ Shine, R.; Bonnet, X.; Elphick, M. J.; Barrott, E. G. (2004). "A novel foraging mode in snakes: browsing by the sea snake Emydocephalus annulatus (Serpentes, Hydrophiidae)". Functional Ecology. 18 (1): 16–24. doi:10.1046/j.0269-8463.2004.00803.x.
  9. ^ a b Shine, R. (April 2005). "All at sea: aquatic life modifies mate-recognition modalities in sea snakes (Emydocephalus annulatus, Hydrophiidae)". Behavioral Ecology and Sociobiology. 57 (6): 591–598. doi:10.1007/s00265-004-0897-z.
  10. ^ Mason, Robert T.; Parker, M. Rockwell (Oct 2010). "Social behavior and pheromonal communication in reptiles". Journal of Comparative Physiology A. 196 (10): 729–749. doi:10.1007/s00359-010-0551-3. PMID 20585786.
  11. ^ Avolio, Carla; Richard Shine & Adele Pile (Oct 2006). "Sexual dimorphism in scale rugosity in sea snakes (Hydrophiidae)". Biological Journal of the Linnean Society. 89 (2): 343–354. doi:10.1111/j.1095-8312.2006.00678.x.
  12. ^ a b Goiran, C.; Shine, R. (2012). "Decline in sea snake abundance on a protected coral reef system in the New Caledonian Lagoon". Coral Reefs. 32 (1): 281–284. doi:10.1007/s00338-012-0977-x.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Krefft G. 1869. The Snakes of Australia; An Illustrative and Descriptive Catalogue of All the Known Species. Sydney: Thomas Richards, Government Printer. xv + 100 pp. + Plates I-XII. (Emydocephalus annulatus, new species, p. 92).