Emylia Rosnaida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Emylia Rosnaida
Kelahiran
Emylia Rosnaida binti Abdul Hamid

(1976-09-01) 1 September 1976 (umur 47)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, penerbit
Tahun aktif1994–2002
PasanganDato’ AC Mizal (k. 2002)
Anak-anak4 (termasuk 2 anak tiri)
SaudaraEmelda Rosmila (adik)

Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid (lahir 1 September 1976) ialah seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada pelakon, Emelda Rosmila dan isteri kepada AC Mizal.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Emylia Rosnaida dilahirkan di Batu Gajah, Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada ibu bapanya, Rokiah Ibrahim dan Abdul Hamid Md. Ally serta berdarah kacukan Melayu-Pakistan.[2] Adiknya ialah Emelda Rosmila, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Emylia memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).[3][4] Selepas menamatkan kerjayanya di MAS, beliau memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai artis dengan mengambil bahagian dalam pertandingan Dewi Remaja 1994/1995 (yang turut disertai oleh Rozita Che Wan), namun beliau menarik diri di pusingan akhir. Selain itu, Emylia juga pernah menyertai Miss Malaysia Tourism 1994 dan berjaya memenangi tempat pertama yang melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa Miss Tourism International 1994. Pada akhir pertandingan tersebut beliau telah mendapat tempat kedua kepada perwakilan dari Australia, Michelle Leigh Holmes.

Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau ditawarkan berlakon dalam filem Cinta Metropolitan (1996) yang dibintangi oleh kumpulan KRU. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Azlin.[5]

Selain itu, beliau dan suaminya, AC Mizal menubuhkan Emac Vision mengkhususkan kepada penerbitan filem dan televisyen dengan kerjasama Datuk Jamaluddin Ahmad yang berkhidmat sebagai pengerusi.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan bekas ahli kumpulan 4U2C, AC Mizal pada 10 Oktober 2002.[7][8] Beliau dikurniakan dua anak, iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa. Selepas perkahwinannya dengan AC, beliau memutuskan untuk memperlahankan kerjaya seninya dan sejak itu tidak aktif lagi dalam industri hiburan, sebaliknya memilih untuk bergiat aktif di belakang tabir.[9][10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1996 Cinta Metropolitan Azlin Filem pertama
2002 Anak Mami The Movie Amelia Filem terakhir

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999 Sama TV3

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999 Kisah Benar (musim 17) Min TV3 Episod: "Tawaran Hadiah"

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2019 Pop Yeah Yeah TV3 Sebagai penerbit

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suzi (4 Ogos 2020). "Bergelar ibu 2 anak, Datin Emylia Rosnaida makin cantik dan bahagia di sisi Dato' AC!". NONA. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  2. ^ "Emylia semakin berani". Utusan Malaysia. 26 Disember 1999. Dicapai pada 5 Disember 2009.
  3. ^ Zurina Waji (1 September 1996). "Liku-liku Emylia". Metro Ahad. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  4. ^ Freda Hasan (4 Disember 2006). "Emylia rela berlapar". CyBerita. Dicapai pada 5 Disember 2013.
  5. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (11 Oktober 1996). "Emylia bosan". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  6. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (13 Jun 2006). "AC, Emylia yakin potensi Emac Vision". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020 – melalui KLiK.
  7. ^ "AC, Emylia selamat diijab kabul". Berita Harian. 11 Oktober 2002. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  8. ^ Hafizan Taib (11 Oktober 2002). "AC Mizal, Emylia nikah". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  9. ^ Muhamad Fairoz Azizan (11 Jun 2015). "Emylia dedah cabaran jadi isteri AC Mizal". Berita Harian. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  10. ^ Muhamad Fairoz Azizan (14 Jun 2015). "Emylia kekuatan AC Mizal". Berita Harian. Dicapai pada 5 Disember 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]