Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997
Tajuk panjang
  • Enakmen bagi membuat peruntukan untuk pemeliharaan dan pengurusan hidupan liar dan habitatnya di Negeri Sabah untuk manfaag dan kenikmatan generasi masa kini dan masa depan bagi rakyat Negeri Sabah.
Petikan
Jangkauan wilayah
Digubal oleh
Dewan Undangan Negeri Sabah
Tarikh diluluskan
18 November 1997
Tarikh diperkenankan
24 Disember 1977
Ditandatangan oleh
Sakaran Dandai, Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ditadbir olehJabatan Hidupan Liar Sabah
Kata kunci
Pemeliharaan habitat, pengurusan habitat, pemeliharaan hidupan liar, pengurusan hidupan liar
Status: Tidak diketahui

Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 ialah undang-undang wilayah yang hanya dikuatkuasakan di negeri Sabah di Borneo Malaysia. Tujuannya ialah untuk melindungi spesies fauna dan flora yang terancam di rantau ini serta mengawal perdagangan antarabangsa spesies ini. Ini juga memperincikan hukuman khusus bagi mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam enakmen tersebut.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997, dalam bentuknya sekarang (27 April 2016), terdiri daripada 12 Bahagian yang mengandungi 119 bahagian dan 5 jadual.

  • Bahagian I: Permulaan
  • Bahagian II: Pentadbiran
  • Bahagian III: Kawasan Lindung
  • Bahagian IV: Perlindungan Haiwan dan Pemburuan
  • Bahagian V: Pemilikan dan Perdagangan Haiwan
  • Bahagian VI: Perlindungan Tumbuhan
  • Bahagian VII: Pemanfaatan Hidupan Liar
  • Bahagian VIII: Penguatkuasaan
  • Bahagian IX: Kesalahan
  • Bahagian X: Tanggungjawab Anggota Syarikat, Pentadbiran Penalti dan Penalti Lain
  • Bahagian XI: Kuasa Menteri
  • Bahagian XII: Pelbagai
  • Jadual

Pautan luar[sunting | sunting sumber]