Enam menteri syahid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Enam menteri syahid
Hangul사육신
Hanja死六臣
Perumian SemakanSayuksin
McCune–ReischauerSayuksin

Enam menteri yang mati syahid (Jawi: انم منتري شهيد) atau Sayuksin ialah enam orang menteri Dinasti Joseon yang dihukum mati oleh Raja Sejo pada tahun 1456 kerana merancang untuk membunuhnya dan mengembalikan bekas raja Danjong ke takhta.[1]

Enam orang menteri tersebut ialah Seong Sam-mun, Pak Paeng-nyeon, Ha Wi-ji, Yi Gae, Yu Eung-bu, dan Yu Seong-won.[2] Sebilangan besar mereka ialah anggota Balai Kenamaan, sebuah institusi penyelidikan diraja, yang telah dilantik oleh Raja Sejong. Kedua-dua Raja Sejong dan Raja Munjong telah melantik mereka untu menjaga Raja Danjong (yang merupakan cucu Sejong dan putera Munjong), dan mereka bertindak balas dengan kemarahan terhadap perampas an takhta oleh Sejo pada tahun 1455. Bersama dengan Kim Jil, mereka merancang sebuah rampasan kuasa bertepatan dengan kunjungan utusan Dinasti Ming. Apabila jamuan makan dan kemudiannya rancangan pembunuhan ditunda, Kim Jil berasa kecut hati dan mengkhianati plot itu kepada bapa mertuanya, yang kemudian melaporkan kepada Sejo. Enam orang kecuali Yu Seong-won, yang membunuh diri dengan isterinya, ditangkap dan diseksa.

Sejo merasa sangat dikhianati kerana baginda sangat menghargai enam orang pegawai-pegawai sarjana ilmiah dan mengangkat mereka ke kedudukan tinggi berbanding penyokongnya sendiri yang membantunya mengambil takhta. Baginda cuba memaksa mereka untuk menyesali perbuatan mereka dan mengakui kesahihannya ke takhta dengan gabungan pelbagai penyeksaan, tawaran pengampunan, dan bahkan puisi. Baginda juga mengirim Kim Jil ke penjara mereka untuk membacakan puisi yang telah digunakan Raja Taejong dari Joseon untuk menguji kesetiaan ahli sarjana besar Goryeo Jeong Mongju terhadap dinasti Goryeo. Seong Sam-mun, Pak Paeng-nyeon, dan Yi Gae semua menjawab dengan puisi yang menegaskan kesetiaan mereka kepada Danjong . (Puisi-puisi kematian terkenal ini mengukuhkan reputasi mereka dalam sejarah Korea.)

Ketika Pak terus menolak untuk memanggil Sejo dengan gelaran diraja, Sejo berpendapat bahawa tidak ada ertinya untuk menolak kesahihannya sekarang kerana Pak telah memanggil dirinya sebagai "hamba diraja" dan menerima bijian kerajaan daripada baginda. Pak, bagaimanapun, membantahnya dan memang diketahui bahawa Pak sengaja salah eja perkataan "hamba diraja" (beliau menulis perkataan yang bermaksud "besar" (巨) dan bukan "hamba diraja" 臣) dalam semua laporannya dan tidak pernah menggunakan bijian yang diberi kerajaan tetapi meletakkannya tidak terpakai di dalam karung simpanan. Pak akhirnya mati kerana diseksa di penjara, dan selebihnya dihukum mati.

Walaupun enam orang ini yang paling terkenal, lebih daripada 70 orang sebenarnya telah dihukum mati kerana disyaki terlibat dalam plot atau bersimpati dengan Danjong. Sama bagi kes pengkhianatan lain, hukuman itu tidak terhad kepada individu tersebut tetapi juga merangkumi seluruh keluarga. Lelaki keluarga itu dibunuh dan wanitanya pula dijadikan hamba.

Terdapat juga banyak pegawai yang tidak terlibat dalam komplot itu tetapi telah berundur ke wilayah luar bandar sebagai protes terhadap perampasan takhta oleh Sejo. Enam lelaki paling terkenal di antara mereka, termasuk Kim Si-seup, dipanggil "Enam menteri yang hidup" (생육신).

Setelah puak Sarim mendominasi politik Joseon, negara mula menghormati enam menteri yang mati syahid itu sebagai sebagai rakyat contoh, dan banyak kuil dan seowon dibina untuk memperingati mereka. Sikap ini berlanjutan hingga abad ke-20, dengan ahli falsafah Ham Seok-heon memuji tingkah laku mereka dan mengatakan bahawa "Rasa malu selama lima abad Yi Korea tidak mencukupi jika dibandingkan dengan peristiwa ini."

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Kisah enam menteri ini juga sering digambarkan dalam sastera dan siri TV, yang terbaru ialah drama bersejarah yang dihasilkan di Korea Utara. Rancangan ini, yang merupakan drama Korea Utara pertama yang ditayangkan di Selatan, disiarkan di Korea Selatan pada bulan Ogos 2007. [3]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee (1984), p. 201.
  2. ^ Lee (1984), p. 173.
  3. ^ Announcement: "제목 : 북한 드라마 '사육신' 내년KBS 방영". KBS website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-18. Dicapai pada 2006-04-08.. Coverage: Yahoo News Diarkibkan 2007-03-12 di Wayback Machine

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]