Pergi ke kandungan

Enchong Dee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Enchong Dee
Dee di Star Magic Tour pada April 2011
Kelahiran
Ernest Lorenzo Velasquez Dee

(1988-11-05) 5 November 1988 (umur 37)
WarganegaraFilipina
Nama lainELD, ErLo
Pusat pendidikanUniversiti De La Salle-Manila
PekerjaanPelakon, model, penyanyi, perenang
Tahun aktif2006–kini
MajikanABS-CBN
EjenStar Magic (2006-kini)
Ibu bapaJohnson Molina Dee (bapa)
Maria Theresa Diño Velasquez (ibu)
SaudaraAJ Dee (abang)
Isiah Dee (adik)
Angelika Dee (adik)

Ernest Lorenzo "Enchong" Velasquez Dee (lahir 5 November 1988) ialah seorang pelakon, peragawan dan perenang Filipina. Dee ialah artis kontrak Star Magic milik ABS-CBN. Beliau menjadi terkenal setelah membintangi drama TV utamanya yang pertama Katorse (2009). Dee memegang watak "Luis" dalam drama pembikinan semula Maria La Del Barrio (2011). Beliau juga membintangi Ina, Kapatid, Anak (2012–13), dan Muling Buksan Ang Puso. Beliau merupakan adik pelakon dan peragawan, AJ Dee.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Enchong Dee dilahirkan di Mother Seton Hospital, Bandaraya Naga, Camarines Selatan pada jam 8:21 malam hari Sabtu 5 November 1988. Dia mempunyai dua orang saudara lelaki, Angel James Dee III yang juga seorang pelakon, manakala adik lelakinya Isiah Dee adalah mahasiswa De La Salle University Manila- College of St. Benilde. Enchong juga mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Angelika Dee yang merupakan pelajar di Immaculate Conception Cathedral School di Cubao, Quezon City. Ibu bapanya ialah Johnson Molina Dee dan Maria Theresa Diño Velasquez.

Lulusan Naga Hope Christian School. Selanjutnya dia mengejar karier renang di De La Salle University di Manila. Dee adalah sebahagian daripada pasukan renang kebangsaan Filipina dan pernah menyertai Sukan SEA dan Sukan Asia 2006.[perlu rujukan]

Kemunculan pertama Dee dalam TV berhasil pada tahun 2006 ketika dia muncul dalam rancangan bual bicara Filipina Homeboy sebagai salah seorang tetamu. Dia mencuri perhatian agensi peragawan dan pengiklanan dan tidak lama kemudian muncul dalam beberapa kempen iklan seperti Close Up, Bench, KFC dan Timex.

Pada Mei 2007, kontrak Dee dengan KFC tamat dan dia beralih kepada Jollibee sebagai duta produk baru.

Dee menerima beberapa watak lakonan bermula pada tahun 2007 termasuklah Abt Ur Luv, Sineserye, Komiks, Your Song dan My Girl.

Pada tahun 2009, dia dimasukkan ke dalam senarai watak utama Katorse, sebuah adaptasi filem 1968 (yang pernah dibuat semula pada tahun 1981).

Pada tahun 2010, dia kemudian dipersatukan semula dengan beberapa orang bintang gandingan, Erich Gonzales dan Ejay Falcon dalam Tanging Yaman. Dia kemudian terlibat dengan Magkaribal. Dia membintangi filem Sa 'yo Lamang yang menyebabkannya menerima pencalonan anugerah dan memenangi Gawad PASADO bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik. Dee memperoleh watak utama movie yang pertama, di samping wanita utama tayangan perdananya, Erich Gonzales, dalam I Do.

Pada tahun 2011, dia membintangi drama buat semula Filipina Maria La Del Barrio sebagai Luis de la Vega.

Beliau muncul dalam filem 2012, The Reunion bersama-sama dengan Enrique Gil, Xian Lim dan Kean Cipriano. Selepas bergandingan dengan Kim Chiu dan Maja Salvador dalam teleserye 2012-2013 Ina, Kapatid, Anak, dia muncul dalam Muling Buksan Ang Puso bersama-sama dengan Julia Montes dan Enrique Gil.

Dee memenangi beg bimbit berisi satu juta peso dalam episod 18 Ogos 2012 "Kapamilya Deal Or No Deal" bersama-sama bintang gandingannya dalam "The Reunion" Kean Cipriano.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2007 Komiks Presents: Pedro Penduko at ang mga Engkantao Mark ABS-CBN
Your Song Presents: Tulak ng Bibig Marlon
Mars Ravelo's Lastikman Rafael "Raffy" Gipit
Star Magic Presents: Abt Ur Luv:Ur Lyf 2 Blue Mangubat
2008 Star Magic Presents: Astigs in Haay...Skul Lyf Ipe
Star Magic Presents: Astigs in Luvin' Lyf Epi
My Girl Nico Legaspi
Your Song Presents: My Only Hope Juanito "Jhun" Dimaano Jr.
2009–kini ASAP 18 Pengacara/Penghibur
2009 Komiks Presents: Mars Ravelo's: Nasaan Ka Maruja? Brian Lozano
Your Song Presents: Boystown Arnel Dela Cruz
Tayong Dalawa David Anthony Garcia III
Katorse John Joseph "Jojo" Wenceslao
2010 Your Song Presents: Love Me, Love You Water Boy
Maalaala Mo Kaya: Kariton Efren Penaflorida
Tanging Yaman Jose Mari "Jomari" Buenavista
Magkaribal Caloy Javier
Your Song Presents: Andi Nico Mariveles
Wansapanataym: Ali Badbad en da Madyik Banig Ali Badbad
Shout Out! Diri sendiri/Pengacara TV
Maalaala Mo Kaya: Parol Toto
2011Your Song Presents: Kim Manny
Mara Clara Kemunculan Cameo
Maria La Del Barrio Luis Fernando Dela Vega
2012-13Ina, Kapatid, Anak Ethan Castillo
2013Muling Buksan Ang Puso Leonel Beltran
2014 Maalaala Mo Kaya: OrasanJohnny
Tahun Filem Watak Syarikat
2009BFF (Best Friends Forever)PacoStar Cinema
Paano Ko Sasabihin? [1]MikeCinema One Originals
2010Sa 'Yo Lamang [2]James AlveroStar Cinema
I DoLance Anderson Tan
2012The ReunionLloyd
The StrangersDolfo
2013Four Sisters and a WeddingCJ SalazarStar Cinema
TuhogCaloy Sicat
Call Center GirlVince Sandoval
2014Once A PrincessLeonard JamiesonRegal Films, Skylight Films

Video muzik

[sunting | sunting sumber]
Tahun Lagu Artis Pengarah
2013"Chinito"Yeng ConstantinoAvid Liongoren

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
TahunKritik/Anugerah FilemAnugerahKeputusan
2009Anugerah Pilihan Penonton Pop ASAPPop Male FashionistaTercalon
2010Gawad PASADOPinakapasadong KabataanMenang
201041st Guillermo Mendoza Memorial Foundation AwardsMost Promising Love Team with Erich Gonzales[3]Menang
2010Star Awards for MoviesNew Movie Actor for Paano Ko Sasabihin?Tercalon
2010FAMAS AwardsGerman Moreno Youth Achievement AwardMenang
2010Star Magic BallStar Magic Ball's Most Romantic Couple with Erich GonzalesMenang
2010ASAP Pop Viewer's Choice AwardsPop Male FashionistaTercalon
2010ASAP Pop Viewer's Choice AwardsPop Fans Club for Loveteam with Erich GonzalesTercalon
2010ASAP Pop Viewer's Choice AwardsPop Loveteam with Erich GonzalesTercalon
201041st Box Office Entertainment AwardsMost Promising Love Team of the Year with Erich GonzalesMenang
2011Barkada Choice AwardsChoice Male IconTercalon
2011Barkada Choice AwardsChoice Actor of the Year for Maalaala Mo Kaya: ParolMenang
2011Barkada Choice AwardsChoice Breakthrough Artist of 2010Menang
2011Gawad PASADOPasadong Katuwang Aktor for Sa'yo LamangMenang
2011Star Awards for MoviesMovie Supporting Actor of the Year for Sa'yo LamangTercalon
2011ASAP Pop Viewer's Choice AwardsPop Male FashionistaTercalon
2011ASAP Pop Viewer's Choice AwardsPop Pin Up BoyMenang
2011ASAP Pop Viewer's Choice AwardsPop Fans Club for Loveteam with Erich GonzalesTercalon
2011Star Magic BallStar Magic Ball's Most Favorite Couple with Erich GonzalesMenang
2011Golden Screen TV AwardsOutstanding Performance by an Actor in a Single Drama/Telemovie Program for Maalaala Mo Kaya: ParolTercalon
2011Star Awards for TVBest Single Performance by an Actor for Maalaala Mo Kaya: ParolMenang
2012Gawad TANGLAWBest Performance by an Actor (Single Performance) for Maalaala Mo Kaya: ParolMenang
201243rd Guillermo Mendoza Memorial Foundation Awards[4]Best Loveteam for TV and Movies with Erich GonzalesMenang
  1. "Enchong Dee talks about his torrid kissing scene with Erich Gonzales in 'Paano Ko Sasabihin?'". ABS-CBN.com. 2009-10-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-08. Dicapai pada 2010-11-10.
  2. "Enchong Dee looks forward to working with Christopher de Leon in the movie 'Sa 'yo Lamang'". ABS-CBN.com. 2010-04-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-23. Dicapai pada 2010-11-10.
  3. "ABS-CBN big winner at GMMSF Entertainment Awards". ABS-CBN News. Retrieved 2014-05-21.
  4. "Vice Ganda named Phenomenal Box-Office Star; Derek Ramsay is Box-Office King while Anne Curtis and Cristine Reyes share Box-Office Queen title". Pep.ph. Retrieved 2014-05-20.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]