Encik Mimpi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Encik Mimpi
GenrePop, Soft rock, Pop rock, R&B,
PekerjaanPenghibur, Youtuber, Pelukis, Komposer, Penyanyi dan Penulis Lirik.
Tahun aktif2009 – Kini
Syarikat rakaman
Encik Mimpi Production
Laman sesawang
[1]

Nama panggilan Encik Mimpi itu sendiri sudah semestinya menimbulkan perasaan ingin tahu peminat tentang mengapa nama itu dipilih. Idea itu timbul sejak zaman Encik Mimpi berjinak-jinak dalam penulisan blog seterusnya memilih nama pena Encik Mimpi sebagai blogger. Nama Encik Mimpi sesuai dengan pembawakan lagu yang dimuatkan di dalam blog yang membuai-buai perasaan pendengar dengan lagu berentak akustik. Encik Mimpi membuat keputusan untuk terus mengekalkan identiti bertopeng memandangkan dia sendiri sudah selesa membawa imej sebegitu. Mengakui dirinya seorang yang pemalu, Encik Mimpi merasakan dirinya lebih selamat dan berani apabila memakai topeng dan menutup sebahagian mukanya. Menjawab pelbagai pertanyaan mengenai dirinya yang bertopeng, Encik Mimpi menegaskan bahawa kewujudan bermula dialam blogger dan youtube seawal 2009 tanpa menunjukkan wajahnya, Encik Mimpi ingin mengekalkan identiti rahsianya dengan bertopeng bukan semata untuk meraih populariti atau meniru mana-mana artis bertopeng lain, malah Encik Mimpi tampil untuk menunjukkan bakatnya bukan paras rupa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]