Enggang tangling
Burung Enggang Tangling | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. coronatus
|
Nama binomial | |
Anthracoceros coronatus (Boddaert, 1783)
|
Burung Enggang Tangling (bahasa Inggeris: Malabar Pied Hornbill) ialah burung enggang yang merupakan pembiak huni yang biasa di Asia selatan tropikia, dari India dan Sri Lanka hingga ke Borneo di timur. Ia merupakan keluarga burung yang tergolong dalam order hampir Passeriformes tropika dan terdapat di Dunia Lama. Nama saintifiknya Anthracoceros coronatus.[2]
Burung Enggang Tangling ialah burung besar yang 65 sentimeter, panjangnya. Sebahagian besar bulunya berwarna hitam, selain daripada bahagian perut, tompok leher, tepi ekor, dan tepi belakang sayapnya yang berwarna putih. Paruhnya berwarna kuning, dengan kask yang besar dan yang berwarna hitam pada sebahagian besarnya. Kask untuk kedua-dua jantina adalah serupa, tetapi kask anak burung adalah lebih kecil. Spesies ini ialah omnivor yang memakan buah-buahan, ikan, dan mamalia kecil.
Habitat Burung Enggang Tangling ialah hutang jarang terbuka dan ladang yang berhampiran. Semasa pengeraman, burung betina bertelur dua atau tiga biji telur di dalam lubang pokok yang kemudian ditutup dengan simen yang diperbuat daripada lumpur, tahi dan isi buah-buahan. Terdapat hanya satu lubang yang kecil untuk burung jantan memindahkan makanan kepada ibu dan anak-anak burung. Apabila anak burung membesar dan sarang tidak lagi muat, ibu burung akan keluar dari sarang, lalu menutup mulut sarang semula. Kedua-dua ibu bapa burung kemudian akan memberikan makanan kepada anak burung.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ BirdLife International (2012). "Anthracoceros coronatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ "SCHEDULE THREE, TOTALLY PROTECTED BIRDS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-22. Dicapai pada 2013-06-05.
- "Anthracoceros coronatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Masukan pangkalan data merangkumi justifikasi ringkas tentang mengapa spesies ini hampir terancam. - Birds of India oleh Grimmett, Inskipp and Inskipp, ISBN 0-691-04910-6
- Oiseaux Photo
![]() | Rencana berkenaan burung ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |