Engin Alan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Engin Alan merupakan jeneral bersara Tentera Turki yang kini menjadi ahli parlimen Turki. Beliau menang dalam Pilihan raya Turki yang diadakan pada hari Ahad, 12 Jun 2011.

Pada 28 Julai 2011, Mahkamah Turki tidak membebaskan beliau dari Penjara Turki kerana dituduh terlibat dalam rancangan Rampasan kuasa tentera pada 2010. Parti Rakyat Republik dari pembangkang turut dituduh terlibat dalam rancangan menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Parti Keadilan dan Pembangunan mendapat majoriti 50 peratus dan kembali berkuasa di Turki untuk kali-3. Namun parti itu gagal mendapat sasaran majoriti 2/3 yang diperlukan untuk merombak Perlembagaan Turki.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]