Engine Sentai Go-onger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Engine Sentai Go-onger
Genre Tokusatsu
Pencipta Toei
Toei Animation
Ditulis oleh
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan "Engine Sentai Go-onger" oleh Hideyuki Takahashi (Project.R)
Lagu penutup "Engine First Lap -Type Normal-" oleh Project.R with Engine Kids
"Engine Second Lap -TURBO CUSTOM-" oleh Project.R with Engine Kids
"Engine Third Lap -AERO-Dynamic CUSTOM-" oleh Project.R with Engine Kids
"Engine Final Rap -Type Evolution-" olehProject.R with Engine Kids
Penggubah
Negara asal Jepun
Bilangan episod 50
Penerbitan
Penerbit
Tempoh siaran 24-25 minit setiap episod
Penyiaran
Saluran asal TV Asahi
Siaran asal Februari 17, 2008 (2008-02-17) – Februari 8, 2009 (2009-02-08)
Kronologi
Mengikuti Juuken Sentai Gekiranger
Diikuti oleh Samurai Sentai Shinkenger
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Engine Sentai Go-onger (炎神戦隊ゴーオンジャー, Enjin Sentai Gōonjā, Pasukan Enjin Go-onger) adalah siri tajuk daripada syarikat Toei yang ke-32 untuk siri panjang Super Sentai. Ia mula bersiaran pada 17 Februari 2008 seminggu selepas Juuken Sentai Gekiranger tamat dan berakhir pada 8 Februari 2009. Ia juga disiarkan di slot Super Hero Time TV Asahi bersama Kamen Rider Kiva. Babak lakonan siri ini telah digunakan oleh pihak Amerika untuk menerbitkan siri Power Rangers RPM.Slogan untuk siri ini ialah "Mach Full Force, Go-On!!!"

Jalan Cerita[sunting | sunting sumber]

Dunia Mesin (Machine World) ialah salah satu daripada 11 dunia selari (Braneworld) dan dunia manusia (Human World) terdiri daripada salah satu darinya. Machine Worls merupakan sebuah dunia di mana hidupan di situ merupakan kenderaan bersaiz gergasi yang digelar Engines. Mereka menetang Gaiark yang cuba mencemarkan dunia mereka. Apabila Gaiark tewas, Tiga Menteri Pencemaran Gaiark telah melarikan diri ke dunia manusia. Menyedari dunia manusia mudah untuk dicemari, enam Engines berjaya mengejar mereka dan memilih lima sahabat perjuangan mereka, Go-Ongers. Kumpulan itu kemudiannya bekerjasama dengan Go-on Wings dan Engines mereka serta Engines Purba (Ancient Engines). Misi mereka adalah untuk memusnahkan Gaiark bukan sahaja di dunia manusia, malahan juga di 11 dunia selari yang lain.

Watak Protagonis[sunting | sunting sumber]

Go-Ongers[sunting | sunting sumber]

Berpangkalan di sebuah RV The Ginjiro-One. Mereka dibantu oleh BOMPER (Born-to Outerdimension and Mechanic x Pitcrew-type Engine-support Robot) yang merupakan juga penasihat robotik dan mekanik. Ciptaan daripada Jumbowhale

Sosuke Esumi / Go-On Red / Hyper Go-On Red

Berperanan sebagai ketua walaupun agak kelam kabut dan suka membuat keputusan terburu-buru. Merupakan bekas pelumba kereta. Nama samaran beliau ialah Speed King. Apanila dalam keadaan yang bermasalah, Sosuke akan melambungkan syiling utuk menentukan keputusannya. Sebagai Go-On Red dia tidak mudah berputus asa dan rakan seperjuangannya ialah Speedor.

Ren Kousaka / Go-On Blue

Berperanan sebagai seorang "ibu" bagi kumpulan Go-ongers. Beliau pandai memasak dan mengambil berat terhadap apa yang terjadi di sekitarnya. Beliau merupakan seorang bekas pemandu bas dan tidak hairanlah kerana beliau dengan mudah membawa The Ginjiro-One. Diberi gelaran Cyclopedia kerana akalnya yang cerdik. Sebagai Go-On Blue dia adalah orang yang pandai merancang strategi. Pasangannya ialah Bus-On.

Saki Royama / Go-On Yellow

Saki merupakan seorang yang periang dan ceria. Beliau merupakan ahli Go-Ongers yang paling muda. Merupakan seorang bekas penjual makanan di pusat perlumbaan. Saki tetap akan tersenyum walaupun beliau dilanda masalah. Gelaran yang diberikan ialah Sweet Angel. Beliau juga ialah ahli daripada kumpulan idola G3 Princess. Sebagai Go-On Yellow, Saki ialah pemberi semangat kepada rakan-rakannya. Pasangannya ialah Bear-V

Hanto Jo / Go-On Green

Hanto merupakan seorang yang pemalu. Beliau merupakan bekas pekerja di Doki-Doki Pizzeria sehingga Gunpei campur tangan dan menyebabkan dia dibuang kerja. Nama gelaran beliau ialah Vagabond. Sebagai Go-On Green, Hanto merupakan seorang ceria (dapat mengatasi sifat malunya) dan berfikiran positif. Pasangannya ialah Birca.

Gunpei Ishihara / Go-On Black

Gelarannya ialah Chaser.Gunpei pada mulanya seorang yang 'egoistik' dan lagaknya seperti seorang yang panas baran. Gunpei merupakan seorang bekas pegawai polis yang mempunyai rekod yang cemerlang. Selepas menyaksikan Go-Onger menewaskan Gaiark, beliau menyiasat Go-Ongers sehingga beliau dapat menyertai Go-Ongers. Gunpei mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan ahli Go-Ongers yang lain. Sebagai Go-On Black beliau adalah ahli yang berani bersama pasangannya Gunpherd.

Go-On Wings[sunting | sunting sumber]

Hiroto Suto / Go-On Gold

Gelarannya ialah Philosopher. Beliau merupakan ketua Go-On Wings dan menganggap Go-On Wings lebih Hebat daripada Go-Onger. Sebagai Go-On Gold beliau hanya serius ketika berlawan. Pasangannya ialah Toripter

Miu Suto / Go-On Silver

Gelarannya ialah Lovely Sensation'. Beliau merupakan adik kepada Hiroto dan selalu mengambil berat akan abangnya. Merupakan ahli daripada G3 Princess. Miu juga mempunyai perasaan terhadap Sosuke. Sebagai Go-On Silver, beliau mematuhi arahan abangnya mahupun Sosuke. Pasangannya ialah Jetras

Engines[sunting | sunting sumber]

Speedor

Merupakan Pasangan Sosuke. Ketua kepada Engines-engines lain. Speedor merupakan hibrid daripada kereta lumba dan burung kondor.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Gekiranger
Super Sentai
2008 – 2009
Diikuti oleh:
Shinkenger