Engku Kelana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Engku Kelana merupakan jawatan di bawah Yang Dipertuan Muda Riau. Tugas utama Engku Kelana ialah membantu Yang dipertuan Muda menjalankan pentadbiran Kesultanan Lingga-Riau dan juga sebagai timbalan serta wakil Yang Dipertuan Muda.

Menurut Tuhfat Al-Nafis, Engku Kelana bertugas menjaga segala jajahan, teluk dan rantau yang di bawah kekuasaan Riau. Raja Haji merupakan orang pertama yang memakai gelaran tersebut apabila dilantik oleh bapa saudaranya, Daeng Kemboja, Yang Dipertuan Muda III (1745-1777) sebagai wakil dan panglima perang baginda.

Raja Haji memegang jawatan tersebut pada tahun 1745 sehingga 1777 apabila baginda dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda menggantikan Daeng Kemboja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]