Enjin Stirling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Enjin Stirling.

Enjin Stirling ialah enjin berasaskan haba yang beroperasi melalui kitaran pemampatan dan pengembangan udara atau gas lain (bendalir kerja) pada suhu yang berbeza-beza. Proses ini menghasilkan penukaran bersih tenaga haba kepada kerja mekanikal[1][2]. Secara spesifiknya, enjin Stirling merupakan sejenis enjin haba regeneratif dengan kitaran tertutup bendalir kerja menggunakan suatu gas kekal. Kitaran tertutup, dalam konteks ini merujuk kepada sistem termodinamik yang digunakan di mana bendalir kerja terkandung secara kekal dalam sistem itu dan diproses secara berulang. Penjanaan semula pula menerangkan penggunaan jenis penukar haba dalaman dan simpanan haba tertentu, yang dikenali sebagai penjana semula. Penggunaan penjana semula inilah yang membezakan enjin Stirling daripada enjin udara panas kitaran tertutup yang lain.

Pada asalnya, enjin ini dicipta pada 1816 oleh Robert Stirling sebagai penggerak utama industri untuk menyaingi enjin stim. Namun begitu, penggunaan enjin ini secara praktikal sebahagian besarnya terhad kepada aplikasi domestik berkuasa rendah sahaja. Walau bagaimanapun, pelaburan kontemporari dalam tenaga boleh diperbaharui, terutamanya tenaga solar telah meningkatkan kecekapan tenaga solar mentah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

[2]

  1. ^ "Stirling Engines", G. Walker (1980), Clarendon Press, Oxford, page 1: "A Stirling engine is a mechanical device which operates on a *closed* regenerative thermodynamic cycle, with cyclic compression and expansion of the working fluid at different temperature levels."
  2. ^ a b W.R. Martini (1983). "Stirling Engine Design Manual (2nd ed)" (17.9 MB PDF). NASA. m/s. 6. Dicapai pada 2009-01-19.