Pergi ke kandungan

Enomoto Takeaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Enomoto Takeaki
榎本 武揚
Sosai Republik Ezo
Dalam jawatan
27 Januari 1869 – 27 Jun 1869
Naib PresidenMatsudaira Tarō
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Menteri Pertanian dan Perdagangan
Dalam jawatan
22 Januari 1894 – 29 Mac 1897
Perdana MenteriItō Hirobumi
Matsukata Masayoshi
Didahului olehGotō Shōjirō
Digantikan olehŌkuma Shigenobu
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
29 Mei 1891 – 8 Ogos 1892
Perdana MenteriMatsukata Masayoshi
Didahului olehAoki Shūzō
Digantikan olehMutsu Munemitsu
Menteri Pendidikan
Dalam jawatan
22 Mac 1889 – 17 Mei 1890
Perdana MenteriKuroda Kiyotaka
Yamagata Aritomo
Didahului olehMori Arinori
Ōyama Iwao (pemangku)
Digantikan olehYoshikawa Akimasa
Menteri Perhubungan
Dalam jawatan
22 Disember 1885 – 22 Mac 1889
Perdana MenteriItō Hirobumi
Kuroda Kiyotaka
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehGotō Shōjirō
Menteri Tentera Laut
Dalam jawatan
28 Februari 1880 – 7 April 1881
RajaMeiji
Didahului olehKawamura Sumiyoshi
Digantikan olehKawamura Sumiyoshi
Maklumat peribadi
Lahir(1836-10-05)5 Oktober 1836
Edo, Jepun
Meninggal dunia26 Oktober 1908(1908-10-26) (umur 72)
Tokyo, Jepun
Tempat semadiKisshō-ji, Bunkyō-ku, Tokyo
35°43′39″U 139°45′13″T / 35.727425°U 139.75364°T / 35.727425; 139.75364
KewarganegaraanJepun
PasanganHayashi Tatsu (k. 1867; m. 1892)
Anak
  • Enomoto Takenori (anak lelaki)
  • Enomoto Kinu (anak perempuan)
  • Enomoto Harunosuke (anak lelaki)
  • Enomoto Hisashi (anak lelaki)
  • Ishii Fujiko (anak perempuan)
  • Enomoto Takako (anak perempuan)
Ibu bapa
  • Enomoto Takeyuki (bapa)
  • Koto (ibu)
SaudaraEnomoto Takeshi (abang)
PendidikanPusat Latihan Tentera Laut Nagasaki
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Keshogunan Tokugawa
Republik Ezo
Empayar Jepun
Cabang/khidmat Tentera Laut Imperial Jepun
Tahun khidmat1874–1908
Pangkat Laksamana Madya
Perang/PertempuranPerang Boshin
Pertempuran Hakodate
Pertempuran Teluk Hakodate

Viscount Enomoto Takeaki (榎本 武揚, 5 Oktober 1836 – 26 Oktober 1908) ialah seorang samurai Jepun dan laksamana dalam Tentera Laut Tokugawa pada zaman Bakumatsu di Jepun, yang kekal setia kepada Kesyogunan Tokugawa dan berjuang menentang kerajaan Meiji yang baharu sehingga tamatnya Perang Boshin. Beliau kemudiannya berkhidmat dalam kerajaan Meiji sebagai salah seorang pengasas Tentera Laut Imperial Jepun.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Enomoto dilahirkan dalam sebuah keluarga samurai yang berkhidmat secara langsung dengan puak Tokugawa di daerah Shitaya, Edo (kini Taitō, Tokyo). Pada tahun 1850-an, beliau mula mempelajari bahasa Belanda dan selepas pembukaan Jepun secara paksa oleh Komodor Matthew Perry pada 1854, beliau menerima latihan ketenteraan laut di Pusat Latihan Tentera Laut Kesyogunan Tokugawa di Nagasaki serta di Pusat Latihan Kapal Perang Tsukiji di Edo.

Pada usia 26 tahun, Enomoto dihantar ke Belanda untuk mempelajari teknik peperangan laut Barat dan memperoleh teknologi Barat, dan beliau menetap di Eropah dari 1862 hingga 1867 sehingga fasih berbahasa Belanda dan Inggeris.[1] Setelah kembali ke Jepun dengan menaiki kapal perang wap Kaiyō Maru yang dibeli oleh kerajaan shogun dari Belanda, Enomoto menyedari kepentingan telegraf sebagai alat komunikasi masa depan dan mula merancang sistem yang menghubungkan Edo dan Yokohama. Selepas kepulangannya, beliau dinaikkan pangkat sebagai Kaigun Fukusōsai, iaitu jawatan kedua tertinggi dalam Tentera Laut Tokugawa semasa berusia 31 tahun, serta dianugerahkan gelaran istana Izumi-no-kami.

Perang Boshin dan Pemulihan Meiji

[sunting | sunting sumber]

Semasa Pemulihan Meiji, selepas penyerahan Edo pada 1868 dalam Perang Boshin kepada tentera yang setia kepada Perikatan Satchō, Enomoto enggan menyerahkan kapal-kapal perangnya dan melarikan diri ke Hakodate di Hokkaido bersama saki-baki Tentera Laut Tokugawa serta beberapa penasihat ketenteraan Perancis bersama ketua mereka, Jules Brunet. Armada beliau yang terdiri daripada lapan kapal perang wap ketika itu merupakan yang terkuat di Jepun.

Enomoto berharap menubuhkan sebuah negara bebas di Hokkaido di bawah pemerintahan keluarga Tokugawa, tetapi kerajaan Meiji menolak sebarang pembahagian Jepun. Pada 27 Januari 1869, penyokong Tokugawa mengisytiharkan penubuhan Republik Ezo dan memilih Enomoto sebagai presidennya.

Tentera kerajaan Meiji kemudian bertempur dan menewaskan pasukan Enomoto dalam Pertempuran Laut Hakodate pada Mei 1869. Selepas pertempuran tersebut pada 27 Jun 1869, Republik Ezo runtuh dan Hokkaido berada di bawah pemerintahan kerajaan pusat yang diketuai Maharaja Meiji.

Ahli politik Meiji

[sunting | sunting sumber]

Selepas menyerah diri, Enomoto ditangkap, didakwa kerana pengkhianatan besar dan dipenjarakan. Bagaimanapun, pemimpin kerajaan Meiji baharu terutama atas desakan Kuroda Kiyotaka, mereka menyedari bahawa kepakaran dan ilmu yang dimiliki Enomoto berguna, lalu memaafkannya pada tahun 1872. Enomoto menjadi antara bekas penyokong Tokugawa yang berjaya menyesuaikan diri dengan golongan elit pemerintah baharu, walaupun politik ketika itu dikuasai oleh tokoh-tokoh dari Chōshū dan Satsuma yang cenderung menolak orang luar, khususnya bekas pegawai Tokugawa. Beliau mendapat pengecualian dan naik jawatan dengan cepat dalam kalangan pemerintah baharu, mencapai kedudukan lebih tinggi daripada mana-mana anggota pentadbiran Tokugawa terdahulu.

Pada 1874, Enomoto dianugerahkan pangkat Laksamana Muda dalam Tentera Laut Imperial Jepun. Menjelang setahun kemudian, beliau dihantar ke Rusia sebagai utusan khas untuk merundingkan Perjanjian St. Petersburg. Kejayaan rundingan ini diterima baik di Jepun dan meningkatkan prestij Enomoto dalam kalangan elit pemerintah, serta menunjukkan perdamaian antara bekas musuh dalam kerajaan.[2]

Pada 1880, Enomoto dilantik sebagai Menteri Tentera Laut (海軍卿). Pada 1885, kepakaran diplomatiknya digunakan semula untuk membantu Itō Hirobumi menyiapkan Persetujuan Tientsin dengan Dinasti Qing. Selepas itu, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan Jepun, termasuk Menteri Perhubungan (1885–1888), Menteri Pertanian dan Perdagangan (1894–1897), Menteri Pendidikan (1889–1890), dan Menteri Luar Negeri (1891–1892).[3]

Pada 1887, Enomoto dinaikkan pangkat sebagai Viscount di bawah sistem bangsawan kazoku dan dipilih sebagai ahli Majlis Penasihat Diraja. Beliau juga aktif mempromosikan penghijrahan rakyat Jepun melalui kolonisasi di Lautan Pasifik serta Amerika Selatan dan Tengah. Pada 1891, beliau menubuhkan "bahagian penghijrahan" dalam Kementerian Luar, meskipun bertentangan dengan kehendak Kabinet Matsukata Masayoshi, untuk menggalakkan penghijrahan dan mencari wilayah baharu untuk penempatan Jepun. Pada dua tahun kemudian, selepas meninggalkan kerajaan, beliau turut menubuhkan organisasi swasta, "Persatuan Kolonial", bagi memajukan perdagangan luar dan menggalakkan penghijrahan rakyat Jepun.

Enomoto meninggal dunia pada tahun 1908 pada usia 72 tahun. Kuburnya terletak di Kuil Kisshō-ji, Bunkyō-ku, Tokyo.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Akita, (1967) pp. 120–121
  2. ^ Kamo p. 87
  3. ^ Kamo p. 214
  4. ^ Yamamoto (1997) pp. 56–59
Pejabat-pejabat kerajaan
Gelaran baharu Presiden Ezo
Jan 1869 – Jun 1869
Jawatan dimansuhkan
Jawatan politik
Didahului oleh
Kawamura Sumiyoshi
Menteri Tentera Laut
(Ministry of Military Affairs)

Feb 1880 – Apr 1881
Diikuti oleh:
Kawamura Sumiyoshi
Ciptaan baharu Menteri Perhubungan
Dis 1885 – Mac 1889
Diikuti oleh:
Gotō Shōjirō
Didahului oleh
Ōyama Iwao
Menteri Pendidikan
Mac 1889 – Mei 1890
Diikuti oleh:
Yoshikawa Akimasa
Didahului oleh
Aoki Shūzō
Menteri Luar Negeri
Mei 1891 – Ogos 1892
Diikuti oleh:
Mutsu Munemitsu
Didahului oleh
Kuroda Kiyotaka
Menteri Pertanian dan Perdagangan
Apr–Jul 1888 (sementara)
Diikuti oleh:
Inoue Kaoru
Didahului oleh
Gotō Shōjirō
Menteri Pertanian dan Perdagangan
Jan 1894 – Mac 1897
Diikuti oleh:
Ōkuma Shigenobu