Eolianit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Eolianit ialah apa jua batu yang terbentuk daripada proses pembatuan atau penglitikan enapan melalui proses aeolian, yakni, angin. Dalam kegunaan biasa, istilah ini merujuk kepada bentuk elionit yang paling biasa: batu kapur pesisir yang terbentuk daripada endapan karbonat yang berasal daripada biogeni marin air cetek. Proses ini membentuk gumuk pinggir laut, dan seterusnya menjadi batu. Elionit juga dikenali sebagai kurkar di Timur Tengah, miliolit di India dan Arabia, dan grès dunaire Mediterranean timur.

Difahamkan eolianit terbentuk dalam tempoh satu juta tahun yang lampau, dan saat-saat endapan berlaku berhubung kait dengan paras laut, akan tetapi sifat penghubungkaitan itu masih dibahaskan.

Eolianit terdapat di banyak tempat. Ia terjumpa luas di antara latitud 20° dan 40° di keuda-dua hemisfera, dengan hanya sedikit di rantau khatulistiwa, dan hampir tiada di rantau kutub. Tiada ternampak banyak perbezaan dalam taburan endapan, akan tetapi jika keluasan dan ketebalan diambil kira, dapat dikatakan yang Hemisfera Selatan memiliki kebanyakan eolianit.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.