Epaulet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pegawai bagi Pengawal Republikan Perancis memakai epaulet jerumbai

Epaulet (/ˈɛpəlɛt/; juga dieja epolet)[1] (bahasa Melayu; jerumbai) ialah sejenis kepingan hiasan bahu atau perhiasan yang digunakan sebagai insignia pangkat oleh angkatan tentera dan organisasi lain. Dalam beberapa tentera darat Eropah epaulet juga dipakai oleh semua pangkat unit elit atau istiadat semasa perbarisan.

Epaulet dipasang pada bahu melalui belibir bahu atau "passant", iaitu belibir kecil selari dengan jahitan bahu, dan butang berdekatan kolar, atau melalui kain renda disebelah bawah epaulet yang memasuki lubang di bahu kot. Menurut bahasa basahan, apa jua bentuk belibir bahu dengan lencana juga dipanggil epaulet. Peletakan epaulet, warna, panjang dan diameter jerumbai emasnya telah digunakan untuk menanda pangkat si pemakai. Pada sambungan jerumbai dan papan bahu itu selalu terdapat kepingan logam yang berbentuk bulan sabit. Walaupun pada asalnya dipakai di medan perang, epaulet kini di hadkan pada baju raptai atau pakaian seragam istiadat.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Epaulet (epaulette) berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud "bahu kecil" (diambil dari épaule, bermaksud "bahu").

Penerbitan moden[sunting | sunting sumber]

Hari ini, epaulet kebanyakannya telah digantikan dengan kelepak kain lima segi yang dipanggil papan bahu, yang dijahit dari hujung bahu dan dikancing dengan butang.

Dari papan bahu telah menciptakan lencana bahu, iaitu gelung kain rata (jenis 'slip on') yang di pakai pada belibir bahu dan atasnya di sulam atau disematkan dengan lencana pangkat. Kelebihan jenis ini ialah ia mudah menukar insignia mengikut keperluan semasa.

Pakaian seragam juruterbang syarikat penerbangan umumnya adalah epaulet gelung berkain rata (jenis 'slip on') yang mempunyai jalur tenunan emas/perak, disertakan dengan belibir bahu integral pada baju. Pangkat si pemakai ditentukan oleh jumlah jalur: Secara tradisi empat jalur untuk kapten, tiga untuk pegawai pertama (pembantu juruterbang), dua untuk pegawai kedua (jurutera penerbangan). Walau bagaimanapun, lencana pangkat adalah hak istimewa syarikat penerbangan. Sebagai contoh sesetengah syarikat penerbangan, dua jalur melambangkan pegawai pertama junior dan satu jalur pegawai kedua (juruterbang bantuan atau kruise). Topi seragam juruterbang syarikat penerbangan biasanya akan mempunyai pita braid pada visor.

Jerman[sunting | sunting sumber]

Contoh papan bahu atau shoulder knot (berbentuk lapan) bagi golongan Jeneral, Wehrmacht (Heer)

Sehingga Perang Dunia I para pegawai Tentera Darat Imperial Jerman umumnya memakai epaulet berwarna perak sebagai ciri yang membezakan pakaian lengkap seragam mereka. Bagi pangkat sehingga kapten epaulet dipakai tanpa jerumbai, bagi mejar dan kolonel epaulet dipakai dengan jerumbai halus dan bagi golongan jeneral dipakai dengan jerumbai tebal. Tapak (pelapik) epaulet adalah warna rejimen. Untuk pakaian tugas biasa "shoulder cord" (pintalan bahu) berwarna perak diikat tocang yang berpintal dengan warna negara, telah dipakai.[2]

Semasa era 1919-45, pakaian seragam Tentera Darat Jerman dikenali dengan epaulet empat ikatan tocang berpintal "figure-of-eight" (berbentuk lapan) yang bertindak sebagai papan bahu bagi pegawai kanan dan golongan jeneral. Ia dipanggil "shoulder knot" (simpulan bahu) dan dalam warna perak dengan piping warna khusus (bagi pegawai medan) dan warna perak dengan tepi berwana merah (bagi golongan jeneral). Walaupun ia pernah dilihat pada pakaian seragam Tentera Darat AS, ia hanya kekal dalam mess kit (pakaian istiadat makan malam), manakala bentuk yang sama telah digunakan dalam Tentera Darat British dan ia disimpan oleh Household Cavalry hari ini, jenis papan bahu yang sama telah digunakan oleh pegawai jeneral Tentera Darat Republik Korea. Jenis ini masih digunakan dalam tentera darat masa kini dari Venezuela, Chile, Colombia, Paraguay, Ecuador dan Bolivia; kesemua pakaian seragamnya mengikut model Imperial Jerman. Hanya Tentera Darat Chile menayangkan pemakaian uniform ini dalam unit istiadat mereka, Akademi Tentera dan Sekolah PTT manakala Rejimen Ke-5 Kavalri "Aca Caraya" dari Tentera Darat Paraguay menayangkan pemakaian kedua-dua epaulet dan shoulder knot dalam pakaian seragam mereka (kecuali bagi platun yang memakai pakaian seragam Perang Chaco). Epaulet corak Jerman (serta shoulder knot) telah digunakan oleh para pegawai unit istiadat dan maktab Tentera Darat Bolivia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.merriam-webster.com/dictionary/epaulet
  2. ^ page 590, Volume XXVII, Encyclopaedia Britannica, Eleventh Edition

Pautan luar[sunting | sunting sumber]