Epigenetik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh perubahan ekspresi genetik yang disebabkan oleh mekanisme epigenetik. Kedua tikus hasil pengklonan ini memiliki gen yang sama dengan status metilasi DNA yang berbeza[1]

Epigenetik di dalam biologi, ialah kajian mengenai perubahan fenotip atau ekspresi genetik yang disebabkan oleh mekanisme selain perubahan urutan DNA dasar. Epigenetik berasal dari bahasa Yunani, epi- yang bermaksud "di atas" atau "menutupi", dan -genetik. Tiada perubahan pada urutan DNA dasar, melainkan faktor bukan genetik yang menyebabkan ekspresi gen organisme berubah.[2]

Contoh terbaik perubahan epigenetik pada eukariotik ialah proses pembezaan sel. Sepanjang morfogenesis, sel induk totipoten berubah menjadi pelbagai sel pluripoten pada embrio yang kemudian akan berubah menjadi sel yang dibezakan secara penuh. Dengan kata lain, zigot, sel telur yang telah dibuah, berubah menjadi pelbagai jenis sel, seperti neuron (sel saraf), sel otot, epitel, pembuluh darah, dan sebagainya, yang kemudian akan terus membelah.[3] Ini berlaku di mana pengaktifan beberapa gen dapat mengakibatkan peredaman gen lain. Contoh lain ialah seperti yang kelihatam pada gambar, dua tikus hasil pengklonan dengan gen yang sama dan status metilasi DNA yang berbeza menghasilkan ekspresi genetik yang berbeza.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b (Inggeris)Jane Bradbury (22 December 2003). "Human Epigenome Project-Up and Running". PLos Biol. 1 (3): 316-319.
  2. ^ (Inggeris)Bruce Alberts, Alexander Johnson, Julian Lewis, Martin Raff, Keith Roberts, Peter Walter (2008). Molecular Biology of the cell. Garland Science. m/s. 219. ISBN 978-0-8153-4106-2. Dicapai pada 2010-03-31.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ (Inggeris)C. David Allis, Thomas Jenuwein, Danny Reinberg, Marie-Laure Caparros (2007). Epigenetics. New York: Cold Spring Harbor Laboratory Press. m/s. 26-27. ISBN-13: 978-0-87969-724-2.CS1 maint: multiple names: authors list (link)